Teh Hijau dan Kesihatan

2011-01-30

Teh Hijau / Green Tea dah mula popular bukan aje di Malaysia, tp di seluruh dunia. Kakkoii pun salah seorang fanatic green tea ni... Dan untuk dipendekkan cerita, Kakkoii jumpa fakta yang amat menarik tentang Green Tea and decide untuk share.



Teh Hijau dan Kanser
  1. Teh Hijau dapat mengurangkan risiko kanser.
  2. Antioksidan yang terkandung di dalam Teh Hijau adalah 100x lebih efektif dari vitamin C dan 25x lebih   baik dari vitamin E.
  3. Ia bertindak dengan melindungi sel badan dari rosak (Sel badan rosak dipercayai punca kepada kanser)
  
Teh Hijau dan Penyakit Jantung
  1. Teh Hijau mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke dengan merendahkan kandungan kolestrol
  2. Malah selepas serangan sakit jantung, ia bertindak menghalang kematian sel disamping mempercepatkan pemulihan sel jantung.

Teh Hijau dan Penuaan
  1. Teh Hijau mengandungi Antioksidan Polyphenols yang bertindak melawan radikal bebas
  2. Ia memperlahankan proses penuaan

Teh Hijau dan Berat Badan
  1. Teh Hijau membantu penurunan berat badan.
  2. Ia membakar lemak dan meningkatkan kadar metabolisma secara semulajadi.
  3. Kajian menunjukkan ia akan membakar sehingga 70 kalori sehari (7 paun setahun)

Teh Hijau dan Kulit
  1. Antioksidan di dalam Teh Hijau melindungi kulit dari radikal bebas.
  2. Radikal bebas adalah salah satu punca kepada kedutan dan penuaan kulit.
  3. Ia juga bertindak sebagai pelindung dari kanser kulit.

Teh Hijau dan Arthritis
  1. Teh Hijau akan menghalang dan mengurangkan risiko Artritis Reumatoid.
  2. Ia akan menghalang enzim dari menyerang tulang rawan.

Teh Hijau dan Tulang
  1. Teh Hijau juga mengandungi kandungan fluorida yang tinggi.
  2. Ia bertindak untuk menguatkan tulang.
  3. Jika Teh Hijau diambil setiap hari, ia dapat mengekalkan ketumpatan tulang.

Teh Hijau dan Kolestrol
  1. Teh Hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol
  2. Ia akan maningkatkan kadar kolestrol baik dengan mengurangkan kadar kolestrol jahat.

Teh Hijau dan Kegemukan
  1. Teh Hijau dapat menghalang obesiti dengan mematikan pergerakan glukos dalam sel lemak.
  2. Sekiranya anda sedang berdiet, bersenam selalu dan minum Teh Hijau akan mengelakkan dari obesiti.

Teh Hijau dan Diabetes
  1. Teh Hijau akan meningkatkan metabolisma lipid dan glukos.
  2. Ia akan menghalang peningkatan mendadak kandungan gula dalam darah disamping mengimbangkan kadar metabolisma badan.

Teh Hijau dan Alzheimer
  1. Teh Hijau akan membantu menguatkan ingatan.
  2. Walaupun tiada ubat bagi penyakit Alzheimer, namun ia akan memperlahankan pengurangan Acetylcholine di dalam otak yang mengakibatkan penyakit ini.

Teh Hijau dan Parkinson
  1. Antioksidan di dalam Teh Hijau membantu mengelakkan kerosakan sel otak.
  2. Kajian menunjukkan orang yang mengamalkan Teh Hijau dapat mengurangkan perkembangan Parkinson dengan banyaknya.

Teh Hijau dan Hati
  1. Teh Hijau membantu mencegah kegagalan transplantasi pada pesakit yang mengalami kegagalan hati.
  2. Penyelidikan menunjukkan bahawa teh hijau menghancurkan radikal bebas berbahaya yang terdapat di dalam lemak hati.

Teh Hijau dan Tekanan Darah Tinggi
  1. Teh Hijau membantu menghalang Tekanan Darah Tinggi.
  2. Meminum Teh Hijau dapat membantu mengurangkan tekanan darah dengan menurunkan Angiotensin, punca kepada penyakit ini.

Teh Hijau dan Keracunan Makanan
  1. Catechin di dalam Teh Hijau dapat membunuh bakteria serta toksin yang dihasilkannya yang menjadi sebab kepada keracunan makanan.

Teh Hijau dan Glukosa Dalam Darah
  1. Kandungan Gula Darah cenderung untuk meningkat dengan umur.
  2. Namun, Polifenol dan Polisakarida dalam Teh Hijau akan membantu menurunkan kandungan gula darah anda.

Teh Hijau dan Imunisasi
  1. Polifenol dan flavenoids yang terdapat dalam Teh Hijau membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menjadikan kesihatan tubuh anda lebih baik dalam melawan jangkitan.

Teh Hijau dan Demam
  1. Vitamin C di dalam Teh Hijau dapat membantu anda mengubati demam dan selesema.

Teh Hijau dan Asma
  1. Teofilin dalam Teh Hijau dapat mengendurkan otot-otot yang menyokong saluran bronkial, mengurangkan keparahan asma.

Teh Hijau dan Jangkitan Telinga
  1. Teh Hijau membantu dengan masalah jangkitan telinga.
  2. Untuk membersihkan telinga secara semulajadi, rendam kapas dalam Teh Hijau dan bersih telinga yang dijangkiti.

Teh Hijau dan Pereputan Gigi
  1. Teh Hijau membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan kebanyakan penyakit gigi.
  2. Ia juga melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau mulut.

Teh Hijau dan Tekanan
  1. L-theanine, sejenis asid amino dalam Teh Hijau, dapat membantu menghilangkan stress.

Teh Hijau dan Alergi

  1. EGCG (epigallocatechin gallate) yang dijumpai dalam Teh Hijau dapat mengurangkan alergi.
  2. Sekiranya anda mempunyai alergi, anda harus mempertimbangkan untuk meminum Teh Hijau.

Teh Hijau dan HIV
  1. Para saintis di Jepun telah mendapati bahawa EGCG (epigallocatechin gallate) dalam Teh Hijau boleh menghentikan HIV dari menjangkiti sel imunisasi yang sihat.
  2. Adakah ini bermakna bahawa Teh Hijau dapat membantu menghentikan penyebaran virus HIV ? Insyaallah.

2 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

nodin on February 14, 2011 at 8:53 PM said...

memang banyak khasiat teh hijau ni ye

Kakkoii on February 14, 2011 at 9:51 PM said...

memang banyak... kakkoii akan update bahagian ni dr semasa ke semasa ye.. info kesihatan x leh main tulis, kalo salah info, naya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011