Salam sejahtera para Kakkoiis sekalian..
Tapi kita harus sedar..
JIKA KAMBING ITU MEMUDARATKAN, MENGAPA NABI MUHAMMAD TIDAK MELARANG UMATNYA MEMAKAN KAMBING? MALAH BAGINDA SENDIRI MEMAKAN DAGING KAMBING.
Cuba kita renungkan sebentar..
Kisah ini diceritakan sendiri oleh rakan Kakkoii sewaktu dia sedang menuntut di Universiti Malaya.
Pada suatu hari..
"Prof, saya ada satu soalan berkenaan pemakanan dalam Islam."
"Silakan."
"Mengapa Nabi Muhammad makan kambing sedangkan kambing itu memudaratkan?"
"Memudaratkan?"
"Iye lah, saya selalu dengar orang kata jika kita makan kambing, kita akan kena darah tinggi atau stroke."
"Ye, memang orang kita berpendapat begitu. Kadang-kadang ada sesetengah doktor pun berkata benda yang sama."
"Persoalannya jika ia memudaratkan, mengapa nabi Muhammad tidak melarangnya?"
"Ok, ini jawapannya. Kambing memang tidak memudaratkan. Malah sebenarnya ia lebih baik daripada daging lain kerana ia mengandungi kandungan protein yang tinggi. Sebenarnya, kadar lemak daging kambing hampir sama dengan kadar lemak yang terdapat pada ayam. Jika tak silap saya 3% je."
"Tapi mengapa orang yang makan tu dapat penyakit?"
"Ini kerana, di Malaysia kebanyakan kambing yang diternak untuk daging adalah biri-biri. Maka yang mereka makan itu sebenarnya biri-biri dan bukannya kambing."
"Biri-biri? Itu kan kambing juga?"
"Ye memang kambing.. tapi spesis yang berlainan. Kambing biri-biri berasal dari kawasan bersuhu rendah. Maka kandungan lemaknya jauh lebih tinggi dan ia berbulu tebal untuk melindungi suhu badan mereka. Itu sebabnya, di tempat asalnya, biri-biri diternak untuk bulu dan bukan daging."
"Jika begitu mengapa di Malaysia ia diternak untuk daging?"
"Kerana bulu biri-biri berkualiti rendah dalam iklim kita. Lagipun ia lebih murah berbanding kambing."
"Maksudnya kambing memang selamat?"
"Ya memang selamat dan bagus untuk dimakan. Cuma kita sukar untuk membezakan antara daging kambing dengan biri-biri."
P/s : Diharap info ini mampu menghuraikan kekeliruan Kakkoiis semua. ^^








