Peristiwa Tahun Baru

2011-02-06


Dlm entry kali ni, Kakkoii nak citer satu peristiwa yg berlaku pd CNY tahun lepas..

Kakkoii ni adalah seorang MELANA (Melayu + Cina).. Kiranya mix la gitu.. Then dah memang jd kelazimannya Kakkoii akan sambut CNY dgn saudara mara + sahabat handai yg sememangnya Kakkoiis! Nak kata kekok, x la jugak (agaknya dah ada darah Cina kot). Tp yg penting kita tau yg mana halal haram, yg mana boleh dan x boleh kan?

So dipendekkan citer, Kakkoii teman la sorang member (Melayu) bertandang la ke jamuan rumah terbuka sorang member Cina dia, Ah C.. Kononya nak bertanya khabar coz lama dah x jumpa (lost contact since high school - mcmane diaorng jumpa x tau la pulak). Tp sampai aje kat rumah Ah C, ibu dia yg Kakkoii panggil Aunty K (peramah orangnya) pelawa la kitaorng makan. Mula2 rasa ragu2 la jugak, tp Ah C ckp


" Jgn u all risau.. mama I beli lauk halal punya..Lai, mari sini, itu nasi sudah hidang "

Dek kerana nak jaga hati, dan diyakini lauk itu dibeli (kebetulan Aunty K jamu pekerja Melayu dia), kitaorng pun duduk kat meja makan setelah tetamu lain bersurai..

Kemudian, Aunty K datang bawak satu mangkuk lauk Ayam Kari dan dihidangkan atas meja tu bersama lauk pauk yg lain.. Ah C pun ckp

" Apa lu orang tunggu lagi, angkat lauk makan.. Jgn segan "

Malu2 kitaorng cedok lauk pauk yg ada.. Baru je Kakkoii nak cedok lauk ayam kari, Aunty K pun ckp

" Hah ini lauk semua aunty beli, halal punya.. Ayam ni pun halal aunty masak.. Don't worry, I cut it exactly like Muslim cut.. "

Terkedu Kakkoii dengar ayat dia...

" I CUT EXACTLY LIKE MUSLIM CUT "

Terus Kakkoii senyum & makan je lauk pauk yg lain.. Member Kakkoii pun x sentuh lauk tu..

" Eh, why u all x ambil lauk ayam ni. Penat Aunty masak tau "

Sekali lagi kami terkedu x tau nak kata apa. Lastly member Kakkoii ni pun terangkan lah pada dia yg lauk ayam tu tidak halal dimakan oleh kitaorng.. Kerana,

" Walaupun cara sembelihannya seperti orang Islam, tapi x cukup syarat2 nya untuk jadikan ayam tu Halal "

Nasib baik penjelasan ringkas ni diterima oleh Aunty K yg memang "Sporting"... Malah dia minta maaf coz x tau ttg hal ni..

X tau la pulak pekerja dia mkn atau x lauk ayam kari tu.. Wallahualam..

Teringat jugak quote dri mr XXX:

" Pelik, saya sudah banyak bina itu masjid dan surau, namun orang ISLAM masih panggil saya KAFIR "

Nah, jelas kurangnya pengetahuan non-Muslim ni menjadi iktibar pd Kakkoii dan diharap kpd para Kakkoiis jugak.. So sentiasa berhati2 agar tidak termakan makanan yg haram agar hidup kita diberkati hendaknya..

P/s: Jgn salahkan mereka, tp kita sendiri perlu muhasabah diri dalam ketidakcekapan kita dalam berkongsi pengetahuan.

4 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

AnahSamsudin on February 6, 2011 at 6:19 PM said...

wow..nasib tak sempat makan.hee.
kita as muslim yg wajib terangkan kat diorang.
kan ?

Kakkoii on February 6, 2011 at 11:50 PM said...

betul tu.. kakkoii setuju dgn anah.
Nasib baik la masa tu kwn kakkoii bleh terangkan & ia diterima Aunty K. kalo x, mau gabra kitaorng.. keh3

fyna ahmad on February 7, 2011 at 12:16 AM said...

hehehe.....naseb baek kak...





jom singgah n follo belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:19 AM said...

fyna >> haha memang nasib bek... ok done

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011