Tahun Baru Cina 2011

2011-02-02


Kong Hee Fatt Choy, Gong Xi Fa Cai, Happy Chinese New Year, Selamat Tahun Baru Cina... X kiralah macamana korang wish, kpd semua yang berbangsa Cina, Kakkoii ucapkan sihat selalu, bertambah kaya dan nasib yg baik bagi tahun Arnab kali ini...

Sempena Tahun Baru Cina 2011 ni, Kakkoii nak cerita sikit berkenaan sambutan ni. Bukan nak kutuk, bukan nak hina tapi hanya mahu kongsi informasi..


Menurut lagenda, sambutan Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Akhirnya peristiwa ini menjadi perayaan Tahun baru Cina yang juga menandakan bermulanya tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Ia akan disambut dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , yang telah menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina bagi memperingati peristiwa itu.

Perayaan ni melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul (Amalan ini hampir serupa dengan sambutan Hari Raya kita). Rumah akan dicuci bersih dan semua hutang-piutang akan dilangsaikan agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru (Kiranya mereka meninggalkan semua masalah tahun lepas dan memulakan tahun baru dengan kegembiraan dan hati yang senang).

 

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Yee Sang atau yuu sahng (tulisan Cina ringkas: 鱼生; sebutan pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee Sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, Yee Sang diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Kerana simboliknya, hidangan ini akan dimakan semasa majlis makan besar berlangsung. Majlis makan besar ini merupakan simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat Cina yang harmoni.      

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang (bagaimana upacara ini dijalankan, Kakkoii tak dapat nak explain). Bagi yang tua,  malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun akan dibakar sebagai simbolik bermulanya tahun baru disamping menghalau puaka dan nasib malang. Mereka juga akan menghias rumah dengan buah limau (sebagai simbol murah rezeki), bunga dan pokok limau.

Perayaan Tahun Baru Cina yang juga permulaan kepada musim bunga di Tanah Besar China turut merupakan tarikh pertukaran zodiak baru. Seperti yang diketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada penganut Buddha. Menurut lagenda Cina, suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. 

Binatang-binatang itu ialah:
  1. Anjing
  2. Khinzir
  3. Tikus
  4. Monyet
  5. Harimau
  6. Kambing
  7. Ayam
  8. Kuda
  9. Ular
  10. Naga
  11. Lembu
  12. Arnab
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Dan pada tahun ini, zodiak Arnab akan menyusul.

Berikut merupakan sifat dan untuk nasib Arnab :
  • Sifat positif : Peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni
  • Sifat negatif : Tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, naif, pengecut, mudah terpedaya
  • Zodiak paling serasi : Khinzir, Kambing
  • Zodiak sederhana serasi : Anjing, Arnab, Ular, Kuda
  • Zodiak tidak serasi : Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Kera, Harimau

 
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, dan tidak lupa juga ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’(semoga tahun ini akan membawa kebaikan) akan diucapkan sesama penganut. Selepas itu para tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ dalam sampul merah (membawa maksud nasib yang baik) diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

P/s: Diharap info ini berguna kepada kita sebagai rakyat di negara berbilang kaum..

Sumber : P.M.R. & Wiki

0 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011