Sedarkah kita?

2011-08-20


Baru-baru ini Kakkoii ada mendengar satu ceramah yang dihadiri pelajar sekolah. Intipati ceramah ini sangat menarik perhatian Kakkoii dan ingin dikongsikan bersama..

Penceramah berkata..


"Pelajar-pelajar sekalian tolong bantu saya. Saya ini seorang yang pelupa. Diminta untuk diingatkan kembali perkara-perkara penting ini.. Boleh anda semua bantu saya?"

"Boleh..."


Penceramah mula bertanyakan soalan..


"Pada tarikh apa ialah Hari Buruh atau Hari Pekerja yang kita cuti itu?"

"1 Mei.."

"Ooo 1 Mei ya.. Jika begitu, Hari Merdeka pula bila?"

"31 Ogos.."

"Ooo 31 Ogos... dan tahunnya kita merdeka?"

"1957!"

"Ooo 1957... Jika begitu Hari Malaysia pula bila?"

"16 September..!"

"Ooo 16 September.. Itu yang pasangan muda selalu sambut... Apa namanya hari itu?"

"Hari Valentine!"

"Haa... Valentine.. Berapa haribulan disambutnya?"

"14 Februari!"

"14 Februari ya? Bila pula tarikh sambutan Krismas?"

"25 Disember!"

"Ooo 25 Disember ya? Apa yang disambutnya hari itu?"

"Hari raya orang Kristian.."

"Ooo apa yang diraikan?"

"Kelahiran Jesus!"

"Ooo ye ke? Kalau macam itu, nabi Muhammad pula lahirnya pada berapa haribulan?"

"Err... tahun Gajah!"

"Ooo tahun Gajah.. tarikhnya?"


Kelihatan hanya sebahagian yang menjawab...


"12 Rabiulawal!"

"Ok, saya tukar soalan. Tarikh kita mula puasa tahun ini bila?"

"......."

"Ok, tak apa... Saya tanya lagi.. hari ini bulan apa?"

"Mac...!"

"Ooo itu kalau ikut kalendar Romawi.. Jika kalender Hijrah, bulannya apa?"

"..Err...."

"Ok, saya tukar lagi soalan...Itu kumpulan penyanyi lelaki korea yang pandai menari itu apa namapa?"

"Super Junior!!"

"Ooo Super Junior.. Anda kenal siapa Luqman al Hakim?"

"Taaaaak~"

"......"


P/s : Anak zaman sekarang... Agak-agaknya berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?

Jika anda minat entry ini, sila tekan Like dan Share di FB yer..


34 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Anonymous said...

erkk.. saya pon sentap^^

CeritaSekupang on August 20, 2011 at 8:39 AM said...

sedar tak sedar itulah kenyataan yang kita harus tempuhi...

AleeyaLiya on August 20, 2011 at 9:05 AM said...

liya dulu cmtuh gk..apapun thanks kakkoii sbb bgi liya share entri nie.. :)

Kakkoii on August 20, 2011 at 9:22 AM said...

@el-janna

Masa kk dengar ceramah tu, kk lagi la sentap~ Spontan terkena batang idung sendiri

Kakkoii on August 20, 2011 at 9:23 AM said...

@ceritasekupang

dan kenyataan itu amatlah menakutkan

Kakkoii on August 20, 2011 at 9:24 AM said...

@AleeyaLiya

kita kena sedar dari buaian mimpi leeya~

sama2.. kalau ada entry kk yg leeya nak share gtau lah yer

feeza macho on August 20, 2011 at 9:39 AM said...

--" betullah entry ni

haha, org skrg lebih kenal artis dari ulama :D

hana on August 20, 2011 at 9:45 AM said...

erk..
tu la hakikat dunia hari ini..

Kakkoii on August 20, 2011 at 9:49 AM said...

@si macho

^^ si macho kenal ke siapa luqman al hakim?

Kakkoii on August 20, 2011 at 9:49 AM said...

@hana

hakikat yg amat menakutkan

Anonymous said...

syabas KK this is the best bro :)

RinsyaRyc on August 20, 2011 at 10:07 AM said...

adeh.. cetek sungguh ilmu saya.. Hhuhu..

visit me back yehh..

http://bulatmata.blogspot.com/2011/08/taddarus-atau-taqrau.html

miRa'e on August 20, 2011 at 10:17 AM said...

entri nih buat sy tersedar.. tq :)

Kakkoii on August 20, 2011 at 10:26 AM said...

@cik AF

hah, yeke the best? thx sgt2.. huhu terharunye

Kakkoii on August 20, 2011 at 10:26 AM said...

@RinsyaRyc

cetek ilmu kita kenalah belajar untuk tambahnya.. ok sy dtg visit ^^

Kakkoii on August 20, 2011 at 10:27 AM said...

@miRa'e

itu tanggungjawab kita semua ^^

sama2

ezzu on August 20, 2011 at 11:26 AM said...

kalu soklan lain tau jer jwb..tp soklANyg berkaitan agama jer lmbt n ada jgak yg x tahu...kita plak cm mane???

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah on August 20, 2011 at 11:28 AM said...

SETUJU ! Belum ditanya pasal ibadah lagi. Moge kita tidak lalai. ;)

Nice entry.

sHy on August 20, 2011 at 1:17 PM said...

setuju..sedar tak sedar minda kita sebenarnya telah dijajah....

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr on August 20, 2011 at 3:38 PM said...

sarkastik..hehe..

tp, bagus untuk kesedaran..

Unknown on August 20, 2011 at 6:58 PM said...

bagus entry ni...good job...
sentap x sentap itu la hakikatnye...

HanTu-ToMYam on August 20, 2011 at 11:46 PM said...

mantap...

suke entry ni...

ramai orang menangis sebab anak tak lulus spm tapi tak ramai yang menangis kalau anak tak solat..

mmm betul ke???=(

Kakkoii on August 21, 2011 at 2:57 AM said...

@ezzu

sama2 renungkan ^^

Kakkoii on August 21, 2011 at 2:58 AM said...

@Nur Salsabilla

yup... kalao ditanya pasal ibadah agaknye bape ramai la yg leh jawab dgn tepat kan?

Thx~

Kakkoii on August 21, 2011 at 2:58 AM said...

@~sHy~

penjajahan dalam bentuk inilah yang menggerunkan kita sebenarnya.. secara halus~

Kakkoii on August 21, 2011 at 2:59 AM said...

@visitme@FaTiN cOrNeR

kdg2 kita kene jadi sarcastic untuk menyedarkan rakan2 lain betul x? hehe

Kakkoii on August 21, 2011 at 2:59 AM said...

@niesa

yup... walaupun sentap kita harus terima gak kerana itulah hakikatnya dan kita harus berusaha mengubahnya..

Kakkoii on August 21, 2011 at 3:00 AM said...

@mindaKhayaLan

yup.. betul tu.. keduniaan lebih diutaman dari keakhiratan sekarang.. sedih bila mengenangkannya

yayath on August 21, 2011 at 4:08 AM said...

bagus entry nih..satu peringatan:)

Kakkoii on August 21, 2011 at 6:50 AM said...

yayath >> thx ^^

Leeza on August 21, 2011 at 9:01 PM said...

tersedak jap..huk2.

Kakkoii on August 21, 2011 at 9:03 PM said...

miss >> nak air x? haha

Run Away on August 21, 2011 at 10:43 PM said...

dah lumrah mcm tu...pendedahan lebih byk kearah tu...;d

Kakkoii on August 22, 2011 at 12:31 AM said...

run away >> haha kesedaran itu penting..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011