Tidak ada kena mengena dengan cerita ini |
Kakkoii sedang melakukan latihan industri di salah sebuah syarikat konsultan.. Ditugaskan untuk memantau kerja-kerja penanaman cerucuk di sebuah projek..
Pada hari jumaat yang lepas..
"Tauke, sudah jam 12 ni. Time rehat... Aku mau pergi sembahyang Jumaat."
"Ooo ok bos. Nanti masuk jam berapa?"
"Biasa kalau Jumaat jam 2.30 petang macam tu masuk balik lah."
"Ooo tak ada orang jaga lah jam 1 petang nanti?"
"You kalau mau ketuk jam 1, you panggil orang pantau ini tempat. Nanti aku masuk aku kasi check balik."
"Ooo ok lah kalau macam tu. Mari I hantar you turun.."
Disebabkan tapak tersebut terletak di atas bukit, maka kontraktor terpaksa mengambil dan menghantar Kakkoii (Kes tak nak kereta tersangkut dekat tanah lah ni..)
Dalam perjalanan turun, kami berselisih dengan pekerja yang juga sedang turun untuk berehat..
"Alo Mat.. Lu orang ada pergi sembahyang tak?"
"Tak ada bos!"
"Ok, kalau macam tu.. Nanti jam 1 petang lu orang start kerja balik. Ok?"
Dan dengan muka tak bersalah mereka jawab..
"Bos, hari ini Jumaat. Rehat 2 jam! Nanti jam 2 petang kami mula lah!"
"Haiya.. Lu orang tak sembahyang pun mau rehat 2 jam ka!"
"Kita orang Islam ma.. Mau kasi respek sama Jumaat!"
"Erk.."
Ada juga orang sebegini.. Mengaku Islam tetapi tuntutan agama diabaikan.
P/s :-Nanti mati kena hempap cerucuk konkrit tak sempat taubat baru tau!