![]() |
| Apakah sebenarnya maksud "diskaun" ? |
Pada suatu hari Kakkoii keluar dengan seorang rakan..
"Man, aku ingat nak beli kasut sukan sepasang lah.."
"Aik ? Bukan kau dah ada ke ?"
"Dah rosak.."
"Ha tu la.. Lain kali jangan la beli cap ayam.."
"Yang original mahal lah.."
"Memang lah.. tapi tahan lama.. Kasut lama aku tu tahan 4 tahun kot.."
"Kasut yang kau pakai ni ?"
Sambil menunjuk kepada kasut yang dipakai oleh rakan..
"Eh, bukan yang ni.. Yang ni aku baru beli bulan lepas.."
"Cantik design dia.. Cap ayam ke ?"
"Woi, original ni... Tak main lah cap ayam !"
"Berapa ?"
"RM 125 aje.."
"Wow, murah jugak.."
"Berminat ke ? Aku tengok kedai tu tengah buat sale sekarang.. Bulan lepas masa aku beli tak ada sale, so mesti sekarang harga lagi murah !"
"Ye ke ?"
"Yup.. Kau nak tak ? Kalau nak jom kita pergi tengok dulu.."
Kami pun bergerak ke kedai yang dimaksudkan...
"Wah, nama kedai ni ada macam arab sikit lah.."
"Ha, kedai ni orang Melayu punya.. Dia punya bisnes dah berkembang.. Cawangan dia ada seluruh negara kalau tak silap aku lah.."
"Wow, jarang dengar orang melayu yang berjaya.."
"Itu yang aku suka beli dekat kedai ni.. Biasalah kalau orang Melayu, tak kan tipu macam kedai lain kan ? So, aku memang 100% percaya kedai ni je.."
Kami melangkah masuk ke dalam kedai tersebut..
"Pergh, kau tengok... diskaun 70% tu.."
"Ha ah lah.. Dia tengah buat jualan penghabisan stok kot.. Haha.."
"Rugi gila aku beli bulan lepas.. Kalau tak dapat lagi murah !!"
"Eh, serius aku minat gila design kasut kau.. Aku nak beli satu yang sama lah.."
"Ha bagus.. Jom aku carikan.."
Selepas kasut yang dicari dijumpai..
Kakkoii terus bertanya kepada jurujual yang ada disitu..
"Yang label ni harga lepas diskaun atau sebelum ?"
"Yang tu harga dah lepas diskaun bang.. Harga sebelum ni mahal lagi.."
"Sale ni mula bila ?"
"Kami baru aje mula minggu lepas.."
Rakan Kakkoii mencelah..
"Kenapa bro ?"
"Err, tadi kau kata kasut tu kau beli berapa ?"
"RM 125.. Kenapa ?"
"Bila kau beli ?"
"Bulan lepas.."
"Kau tengok harga dia lepas sale.."
"Mana ?"
"Ni hah... RM 125 JUGA !!"
"Erk..."
"Tak jadi aku nak beli lah..."
"Sumpah aku tak nak datang lagi !"
Kami terus beredar...
P/s : Jika mahu berniaga kita mestilah jujur barulah rezeki yang diperolehi itu halal.. Kan bila kantoi, customer lari, nama kedai yang rosak... Renung-renungkanlah..


