Salam sejahtera kepada para Kakkoiis sekalian.
Pagi tadi, Kakkoii ada terdengar seorang kawan ni "merungut" berat badan susah nak naik. Dengan kata lain, dia mempunyai masalah untuk menambah berat badan. Kakkoii yakin ramai juga yang mengalami masalah yang sama. Inilah tips yang Kakkoii mahu kongsi bersama bukan sahaja untuk dia, tetapi untuk kakkoiis semua yang mengalami masalah yang sama.
Sharing is caring ~
TIP 1 - AMBIL MAKANAN BERKALORI
- Untuk menambah berat badan, kakkoiis perlu mengambil banyak makanan yang mengandungi kalori tinggi. Metabolisma badan kakkoiis cepat membakar lemak dan sebab itulah kakkoiis perlu mengambil makanan berkalori lebih dari kuantiti yang normal. Namun elakkan dari mengambil makanan ringan, roti canai, mee segera dan makanan yang kurang berkhasiat. Mula untuk makan 6 kali sehari iaitu setiap 3 jam.
TIP 2 - TAMBAH PROTEIN, KURANG KARBOHIDRAT
- Tingkatkan pengambilan Protein dan kurangkan karbohidrat. Tanpa protein, badan kakkoiis tidak dapat membina otot yang lebih sempurna. Sekurang-kurangnya kakkoiis perlu mengambil 2 gram protein untuk setiap kilogram berat badan. Contohnya, kakkoiis memakan sebiji telur setiap hari di mana ia mengandungi 7 gram protein.
TIP 3 - WORK OUT
- Terus melakukan "work out" dalam tempoh satu jam. Biar pendek waktunya asalkan berkesan untuk mengekalkan kesihatan badan.
TIP 4 - REGANGAN RINGAN
- Tumpukan dalam latihan regangan ringan kerana ia memang membantu dalam membina otot. Latihan yang terbaik yang perlu dilakukan ialah mengumpilkan jisim pada berat badan kakkoiis. Untuk itu, latihan yang disarankan adalah seperti squats, deadlifts, bench presses, barbel rows, pull ups dan bar dips.
TIP 5 - LATIHAN BADAN
- Gunakan heavy weight dan low reps, rehat 3 minit antara setiap set.
TIP 6 - LATIHAN REGANGAN BADAN
- Lakukan 2 atau 3 latihan regangan untuk setiap bahagian tubuh kakkoiis.
TIP 7 - LATIHAN KHAS
- Sediakan latihan khas work out kakkoiis dan susun atur jadual untuk menjalani latihan dalam seminggu.
TIP 8 - AIR
- Kakkoiis perlu banyakkan meminum air suam untuk mengelakkan hidrasi.
TIP 9 - PENGAMBILAN NUTRISI
- Kakkoiis boleh mengambil makanan nutrisi tambahan. Tetapi disarankan agar memilih hanya satu jenis makanan nutrisi tambahan yang asas, paling penting ia harus mengandungi protein. Selain dari makanan nutrisi tambahan (kebanyakannya mahal), putih telur juga banyak mengandungi protein.
TIP 10 - TIDUR YANG CUKUP
- Dapatkan tidur yang cukup dan sempurna pada waktu malam. Tidur yang sempurna mengambil masa antara 7 ke 8 jam.
* Nota :
- Untuk tip 3 hingga 7, ia diperlukan disebabkan kakkoiis memiliki kadar metabolisma yang tinggi, maka amatlah perlu untuk melakukan work out dengan lebih insentif walaupun tidak kerap.
- Untuk istilah "work out" yang dinyatakan, kakkoii akan terangkan secara beransur-ansur di dalam posting kesihatan akan datang atau kakkoiis boleh google perkataan tersebut.
0 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
Post a Comment