Kakkoii suka U

2011-02-22


U... Kakkoii suka U.

Kenapa?
Kerana U sahabat baik Kakkoii.

Sahabat Baik?
Ya, sahabat baik.
U sahabat baik Kakkoii kerana
U tempat Kakkoii belajar benda yang
Kakkoii tak tahu.


Tak faham lah?
U ada banyak buku.
Rak buku U ada sampai 4 tingkat.
So, Kakkoii tak ada masalah kalau
nak buat rujukan kan?
Kakkoii boleh pinjam dari U kan?
Itu la sebabnya Kakkoii suka U..

Itu je?
Bukan itu aje..
U pun ada ramai cikgu.
Senang Kakkoii nak buat rujukan bertanya
soalan yang Kakkoii tak faham pada
cikgu-cikgu U kan?
Itu sebab Kakkoii suka U...

Tak kan itu aje...?
Tidak!
Ada sebab lain Kakkoii suka U.
Kakkoii ni suka kecantikan.
U kan cantik..
Cantik sangat-sangat.
Itu sebab Kakkoii suka U..

Ye la tu..
U pun baik..
Bila Kakkoii sakit,
U jaga Kakkoii.
U ada banyak ubat kan?
Kakkoii tahu U bukan doktor.
Tapi U tahu macamana nak ubat
bila Kakkoii sakit.

Hmmm..?
Oh U, Kakkoii ingat lagi
waktu pertama kali kita jumpa.
Mula-mula takut tengok U.

Penakut...
Bukan Kakkoii penakut... Tapi..

Tapi apa?
Tapi U besar sangat!
Naik pening Kakkoii tengok.
Tapi, lama-lama Kakkoii mula suka pada U.

Kerana apa?
Kerana... Kakkoii dah biasa dengan
keadaan U yang besar tu..
Ibarat...

Ibarat apa?
Ibarat Kakkoii ni seorang pelatih gajah yang berpengalaman,
diberi gajah besar mana pun, Kakkoii tak takut.

Wahai U ku sayang..

Ye...
Kakkoii tahu suatu hari nanti kita
akan berpisah juga.

Sedihnya..
U jangan sedih ye.. Kerana apa
yang U bagi, Kakkoii akan hargai
dan simpan elok-elok..
Kerana walaupun kita
akan berjauhan,
nama U akan tetap tersemat di hati
Kakkoii..

Terharunya..
Ingatlah kata Kakkoii ini...
I love U my UTHM!

Yang Benar,
Kakkoii penuntut kamu

haha jiwangnya... U yang dimaksudkan adalah Universiti yang Kakkoii sedang belajar ye.. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)



0 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011