Iktibar - Rashed & si Buta

2011-02-08

Ini adalah kisah benar yg Kakkoii adaptasi dari versi artikel bahasa English.

Kisah ini berlaku kpd sorang laki nama Rashed. Ceritanya begini...

Umur saya tidak lebih dari 30 tahun semasa isteri saya melahirkan anak pertama kami. Saya masih ingat kisah pada malam tersebut sehingga ke hari ini..

Pada malam tu, sy melepak dgn rakan2 sy. Untuk makluman, aktiviti melepak merupakan minat sy. Ketika melepak, ia dipenuhi dgn perbualan yg tak berfaedah dan lebih teruk lagi ia disertakan dengan mengumpat, mengata dan mengajuk perlakuan orang lain. Sy adalah pelawak di kalangan rakan2 sy. Sy x akan melepaskan mana2 peluang untuk mengajuk orang termasuklah mereka yg disekeliling sy. Menjadikan org itu digelak oleh kami sudah menjadi suatu tanggungjwb dan kepuasan kpd sy. Lebih memburukkan keadaan, sy dikurniakan tuhan dgn kebolehan meniru 100% perlakuan orang lain, termasuk suara dan gaya percakapan.

Masih sy ingt, pada malam tersebut, sy telah melakukan suatu perbuatan hina iaitu mempermainkan seorang peminta sedekah yg buta. ya,

Seorang PEMINTA SEDEKAH yg BUTA!

Oleh kerana kecacatannya, sy telah mempermainkannya sehingga pada suatu tahap sampai sanggup menyadungkan kakinya. Tanpa sedikit pun perasaan belas, sy hanya melihat si peminta sedekah buta itu memalingkan mukanya tanpa mampu berkata apa2..
Sekembalinya sy ke rumah, lewat seperti biasa, sy dapati isteri sy sedang menanti dgn pandangan hiba. "Rashed,.. abang pergi mana tadi?"

"Ke mana lagi, takkan ke bulan kot?" Balas sy dgn nada menjengkelkan, "Lepak dgn kwn la.. mcm x biasa pulak."

Isteri sy kelihatan amat letih, dgn cuba menahan air mata dia berkata, "Abg, Ina (bukan nama sebenar) sakit. Anak mcm dah nak keluar.." Linangan air mata mula kelihatan jatuh di pipinya.

Melihat keadaan itu, sy menyedari kesilapan sy bahawa selama ini sy telah mengabaikan isteri sy, terutamanya sewaktu usia kandungannya mencecah 9 bulan. Tanpa berlengah sy terus menghantarnya ke hospital. Di dalam wad bersalin, dia mengalami komplikasi dan terpaksa menanggung penderitaan menahan sakitnya selama berjam-jam.

Sy cuba menunggu dgn sabar akan kelahiran cahaya mata sulung sy... ttp disebabkan terpaksa menunggu berjam-jam, sy berasa bosan dan nekad untuk pulang shj ke rumah. Sejam selepas itu, sy menerima penggilan telefon dr hospital menyatakan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sy. Mendengar akan berita gembira ini, sy bergegas segera ke hospital. Setibanya di sana, mereka meminta sy berjumpa dgn doktor yg menyambut kelahiran anak sy.

"Kenapa jumpa doktor?" Jeritan sy tanpa menghiraukan pesakit lain. "Aku datang sini nak jumpa anak aku!"

"Sebelum itu, encik kena jumpa dgn doktor dulu..," balas seorang nurse.

Sy pergi berjumpa dgn doktor yg dimaksudkan dgn perasaan marah. Setibanya di bilik doktor tersebut, sebelum sempat sy hamburkan kata amarah, doktor itu berkata..
"Bersyukurlah dengan kurniaan Allah, dan bersabarlah di atas dugaannya.."

Selepas itu dia berkata lagi.

"Anak encik telah mengalami kecatatan kekal pada matanya. Nampaknya dia sudah kehilangan deria penglihatannya.. dengan erti kata lain, dia BUTA."

Ketika itu, sy hanya mampu menundukkan muka dan berharap dpt menyekang air mata sy.. Satu-satunya imbasan yg terlintas di fikiran sy ketika itu adalah PEMINTA SEDEKAH BUTA yg telah sy permainkan sebagai bahan lawak kami..

Subhan Allah, aku dapat pembalasan terhadap apa yg aku lakukan!

Sumber cerita : al-habib

2 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Anonymous said...

pngajaran wat kite sume... :-)

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:15 AM said...

anon >> perlu dijadikan iktibar~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011