Malaysia - Negara Islam Diiktiraf !

2011-02-08
Artikel oleh : Aleep Zol
Untuk Bacaan Umat Islam

 (click to enlarge)

Mungkin sdh ramai yg tahu baru-baru ini setiusaha Amerika Syarikat Hillary Clinton mengiktiraf negara kita Malaysia sebagai negara islam contoh dan ada pula pihak2 yang bangga dengan perakuan oleh mereka(AS) dan mungkin anda juga turut merasa bangga dengan pengiktirafan seperti ini.

Adakah anda berbangga dengan pengiktirafan
seperti ini ??


Mari kita renung sebagaimana Allah memperingatkan kita bagaimana sikap org2 yahudi & nasrani dalam firman-Nya :-

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
[TMQ Al Baqarah (2) : 120]

Sudah jelas bagaimana perwatakan org2 yahudi & nasrani ini mereka tidak akan sekali-kali menerima / setuju / iktiraf kita (umat islam) dan ajaran islam untuk ditegakkan melainkan kita (umat islam) sudah mengikut jejak langkah mereka yang sudah terpesong, barulah mereka menerima/  setuju / iktiraf kita sebagai umat islam..

Kenapakah mereka sanggup menerima & mengiktiraf negara kita sebagai Negara Islam Contoh??

Bukankah mereka itu org yahudi & nasrani? Bukankah sepatutnya mereka membenci & tdk sekali-kali akn menerima kita seperti yg diperingatkan olh Allah SWT di dalam ayat di atas? Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Apakah jawapannya??

tidak lain tidak bukan kerana (khuatir) kita sudah mengikut jejak langkah mereka (yahudi & nasrani) yang sudah terpesong itu!!

Lihatlah apa yg ada di sekeliling kita, bila anda keluar rumah sahaja anda boleh lihat di laluan rumah kedai yang mana selang 1 kedai ada kedai ARAK!! selang 1 kedai ada kedai JUDI!! sistem ekonomi kita masih mengamalkan / menghalalkan RIBA!! yang mana telah diharamkan Allah..Perundangan kita pula berhukum dengan undang2-undang BARAT!! sedangkan hukum Allah itu lah yang terbaik & kita seharusnya menolak perundangan TAGHUT yang diamalkan kini!!

 (Arak & judi sehinggakan ada orng Islam yg terjebak sama)

Jadi persoalan yang boleh kita kumpulkan untuk kita jawab bersama...:-

  1. Adakah negara kita yg tercinta ini sudah mengikut cara yahudi & nasrani itu??
  2. Atau kita sendiri sudah sekian lama redha & mengikut cara mereka??
  3. Apakah tindakan kita untuk menolak perundangan TAGHUT zaman kini yang jauh menyanggahi islam??

Dan ini adalah soalan cepumas buat kita~

ADAKAH ANDA BERBANGGA DENGAN PENGIKTIRAFAN OLEH ORANG BARAT(YAHUDI & NASRANI) ITU??
TEPUK DADA TANYA IMAN...

Kakkoii ingin menambah : Alangkah bangganya Kakkoii jika negara kita diiktiraf sebagai negara contoh oleh negara-negara Islam yg lain..

2 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Anonymous said...

aku tak stuju sgt! bangga sgt ke diiktiraf mat saleh kristian tu?

Kakkoii on February 8, 2011 at 7:15 AM said...

Ha kakkoii pun rasa jelik aje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011