Artikel sempena MAULIDURRASUL 2011
Salam sejahtera kpd para Kakkoiis sekalian.. Entry kali ni, Kakkoii nak celoteh ttg pemimpin kita masa kini. Apa kena mengena dgn kereta? Kalau nak tau baca la sampai habis ye.
Para kakkoiis tau x jumlah umat islam di dunia sekarang dianggarkan seramai 1.5billion orng?
ya 1.5 BILLION !!
Mereka ni tersebar di serata dunia dengan anggaran:
- 1 billion di Asia dan Timur Tengah
- 400 Juta di Afrika
- 44 Juta di Eropah
- 6 Juta di Amerika
Untuk lebih jelas, Kakkoii susun anggaran dengan gambaran di bawah
- Setiap 5 orng di dunia ini, akan ada 1 orng ISLAM
- Nisbah ini menunjukkan bahawa populasi umat Islam adalah 2x GANDA populasi penganut HINDU dan BUDDHA.
Bagaimana pula dgn YAHUDI?
Populasi Yahudi di dunia hanyalah 14 Juta shj.
Ia menjadikan penganut ISLAM adalah
107x ganda lebih ramai dari YAHUDI!!
Tapi apa yg berlaku sekarang? Para kakkoiis mesti tahu negara Islam adalah sebanyak
57 daripada 254 buah negara
setiap 5 buah negara yg tersenarai, 1 buah adalah negara ISLAM!!
Antara 57 buah negara ini, pemimpin manakah yg betul2 dikatakan pemimpin?
Antara sifat yg perlu ada dalam diri seorang pemimpin negara Islam:
- Muslim,'akil baligh dan laki-laki
- Adil (Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.)
- Berilmu (Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.)
- Mempunyai kudrat, kemampuan (Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.)
- Beradab mengikut akhlak Islam (Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.)
- Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.
Senang kata,
Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh!
Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar!
Berapa ramai yg memenuhi sifat kepimpinan ni?
3 orang?
2 orang?
atau TIADA?
Tidak hairanlah ISRAEL mampu memijak2 kita umat ISLAM walaupun mereka
KECIL jumlahnya
Sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:
"Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama".
Maka para sahabat r.a. bertanya,
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW:
"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi,
"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih dilaut?"
Jawab Rasulullah SAW,
"Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi,
"Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda,
"Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Nah, sabda nabi itu telah terbukti (mungkin sekarang). Sedangkan sekiranya 1.5 billion umat ISLAM pergi ke ISRAEL dan kencing, maka
akan tenggelamlah ISRAEL dengan cairan kuning dan bau yg menggelikan sehingga mereka akan rela hati keluar dari situ!
Wallahualam -God knows best
0 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
Post a Comment