Kamu curi kereta ini ya !!! (PART 3)

2011-02-14
Untuk Bacaan Umat Islam
Artikel Sempena MAULIDURRASUL 2011




Saban hari, 1.5 Billion umat Islam di seluruh dunia belajar dan bekerja. Ini rutin harian kita disamping beribadat dan beramal (tu pun jika ada la). Tapi untuk siapa? Pernahkah kita tanya diri kita sendiri? Untuk apa semua itu? 

Untuk Harta?
Keluarga?
Status?
Atau Untuk Kepentingan Diri Sendiri?

Bagaimana dengan semangat persaudaraan sesama Islam? Apa perasaan kita apabila melihat di kaca TV memaparkan umat Islam di Palestin dibuli Si Zionis, umat Islam di Iraq diperkotak-katikkan, bahkan kebanyakan negara-negara Islam dikategorikan miskin. Di Afrika misalnya, kita lihat mereka kekurangan makanan, dan kebanyakan pengganas yang dituduh, mereka adalah saudara kita.

ISLAM!



Apa yang kita buat? Hulurkan bantuan atau hanya melihat? Jujur lah pada diri. Dalam hati ada kata

LANTAK LAH. NEGARA DIA PUNYA PASAL. KITA MASIH AMAN.



Mesti ada kan? Jika tak pun mesti ada apa-apa perasaan atau pemikiran yang lebih kurang maksudnya. Kakkoii nak tanya, Kakkoiis sedar tak dengan konsep negara bangsa?

ya. NEGARA BANGSA.

Apa itu negara bangsa? Negara barukah? Atau negara yang terdapat di hujung dunia yang tak ramai orang tahu? Jika itu apa yang kakkoiis fikirkan, ianya

SALAH!

"Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat."

Dengan erti kata lain, setiap negara di dunia ini dibahagikan mengikut "bangsa". Contohnya, 

Negara-Bangsa Indonesia
Negara-Bangsa Saudi
Negara-Bangsa Malaysia

Apakah maksudnya? Konsep ini secara tidak langsung pada pendapat Kakkoii berjaya memecahbelahkan kita sebagai umat Islam yang dahulunya bersatu padu di bawah satu sistem pemerintahan Khalifah, kini telah berpecah menjadi negara-negara kecil yang amat mudah dipengaruhi

IBARAT BERPULUH BELON DI LANGIT, HANYA MENUNGGU MASA DILETUP SATU PERSATU.



Mengapa ini boleh berlaku? Antara sebab utamanya adalah kelemahan negara Islam itu sendiri. 

Sudah lah kita berpecah belah, nak jumpa satu negara yang kuat dikalangan kita pun susah!

Buktinya? Lihat sahaja di PBB. Tahukah kakkoiis negara-negara yang mempunyai kuasa mutlak atau lebih dikenali dengan kuasa VETO?

Amerika Syarikat
Britain
Perancis
Rusia
China

5 Negara di atas adalah pemegang kuasa Veto. Di manakah negara Islam? 

TIADA!

Mengapa tiada? Jika begitu, bagaimana dengan nasib kita umat Islam? Nah jelas sekali 

ISLAM di mata dunia ini tidak mempunyai HAK untuk bersuara!
Tidak mempunyai HAK untuk mempertahankan diri!

Veto Untuk Mengelakkan Persengketaan!
Veto Menjadi Orang Tengah Untuk Menegakkan Keadilan!
Veto Untuk Menjaga Kredibiliti PBB!

Bolehkah 5 negara di atas mengamalkan apa yang dilaungkan PBB? 

TIPU! MEREKA SEMUA TIPU!

Buktinya?


DI MANA KEDAULATAN PALESTIN? 
REJIM ZIONIS DI BAWAH NEGARA-BANGSA ISRAEL DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MERAMPAS TANAH MILIK PALESTIN TANPA BELAS KASIHAN! MANA VETO? MALAH AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI PEMEGANG KUASA VETO DENGAN RELA HATI MENGHALALKAN APA YANG DILAKUKAN OLEH SEKUTUNYA! 

VETO KE TU? 

Kakkoiis mahu dengar lagi?


PEMBANGUNAN DAN PENGKAYAAN URANIUM IRAN! 
AMERIKA SYARIKAT BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGGUNAKAN KUASA VETO-NYA UNTUK MENGHENTAM DAN MENYEKAT IRAN! SEDANGKAN SEKUTUNYA ISRAEL SENDIRI TERANG-TERANGAN MENYATAKAN KUANTITI PELEDAK BOM NUKLEAR YANG ADA DI DALAM SIMPANANNYA! AMERIKA SYARIKAT? DIAM MEMBATU! DI MANAKAH VETO? SEDANGKAN IRAN HANYA MAHU MENGGUNAKAN URANIUM UNTUK SUMBER TENAGANYA!

Kakkoiis mahu lagi?


PENCEROBOHAN!
PENCEROBOHAN AMERIKA SYARIKAT KE ATAS AFGHANISTAN DAN IRAQ! SERANGAN DARAT RUSSIA KE ATAS GEORGIA! MERAKA ADALAH PEMEGANG KUASA VETO! MENGAPA MEREKA MENYALAHGUNAKAN KUASA YANG DIAMANAHKAN TANPA MENGHIRAUKAN HALANGAN DARI PBB SENDIRI? AFGHANISTAN, IRAQ DAN GEORGIA ADALAH NEGARA BERDAULAT YANG MEMPEROLEHI KEMERDEKAAN MEREKA SECARA SAH DAN DIIKTIRAF OLEH PBB! DI MANAKAH VETO? 


PENGEKAL KEAMANAN ATAU PEMBEKAL KECELAKAAN?

Kenapa ini berlaku? Tiada negara di dunia ini yang mampu menentang VETO? Kenapa TIADA negara Islam di dalam senarai VETO? 

KERANA NEGARA ISLAM LEMAH DI DALAM KONSEP NEGARA BANGSA!

Apa yang kakkoii merepek ni? Suka-suka aja kata Negara Islam lemah!
Sebelum kakkoiis marah, sila baca fakta di bawah dahulu.

Negara Islam yang jumlahnya 57 buah negara, mempunyai 500 buah universiti!

ya 500 BUAH UNIVERSITI DI SELURUH DUNIA!

Banyak? Kenapa kakkoii masih kata lemah? Kerana

UNIVERSITI DI AMERIKA SYARIKAT BERJUMLAH 5758 BUAH!

5758


Di INDIA pula yang penduduknya majoriti beragama HINDU, mempunyai 8407 buah!

8470!!

Dari segi kuantiti, kita jauh ketinggalan. Itu jika dilihat dari segi KUANTITI! Kita tidak kejar KUANTITI tapi KUALITI! Jika itu benar, baca fakta di bawah

TIADA SATU PUN DARIPADA 500 UNIVERSITI NEGARA ISLAM YANG BERADA DALAM RANKING 500 TERATAS!

Ya, memang ada pendapat mengatakan kualiti itu tidak penting. Kerana untuk mengukur kualiti sesebuah universiti, perlu diambil kira kuantiti pensyarah asing, kuantiti pelajar asing, keupayaan pelajarnya diambil bekerja dan sebagainya.

Jika kita fikirkan kembali

TANPA KUALITI, TIADA RANKING. JIKA TIADA RANKING, MASYARAKAT DUNIA TAK RESPECT. BILA MASANYA KITA NAK DIHORMATI? BILA MASANYA PENDAPAT KITA HENDAK DIDENGARI?
(Perkara ini diambil kira dari sudut kualiti pembelajaran sahaja. Terdapat banyak lagi cara untuk mendapatkan perhatian masyarakat dunia. Cara yang baik, takkan nak tolak..)


Mengapa kualiti negara Islam rendah?
(kajian menyeluruh sedunia antara negara Islam dan Kristian - dipetik dari ucapan A.B Mohammed, Director-General Al-Baraka Bank)

  • Kajian menunjukkan peratus celik huruf di negara kristian ialah 90% berbanding negara Islam hanya 40%.

  • 98% penduduk di negara Kristian menghabiskan pendidikan peringkat rendah manakala hanya 50% bagi negara Islam.

  • 40% penduduk negara Kristian mengikuti pendidikan peringkat tinggi (universiti), manakalah penduduk negara Islam hanya 2%

  • Kebanyakan negara Islam mempunyai 230 orang ilmuwan bagi setiap 1 juta orang penduduknya, manakala di negara Kristian mempunyai 5000 orang ilmuan bagi setiap 1 juta orang penduduknya.

  • Secara purata, negara Islam hanya memperuntukkan 0.2% dari perbelanjaan tahunan negara untuk kajian dan pembangunan (Research & Developement) manakala negara Kristian secara purata memperuntukkan 5% dari perbelanjaan tahunan negara!


APA YANG DAH BERLAKU?

Muslim World is failing to diffuse knowledge!

Ingatlah para kakkoiis yang membaca artikel ini. Islam sangat-sangat menuntut umatnya menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Kerana ilmu itu menjamin kesejahteraan ummah!

Renungkanlah..

Bersambung Part 4


Koleksi Kamu Curi Kereta Ini Ya

0 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011