Sebelum Kakkoiis beri komen, sila tonton dahulu video di bawah
Apa pendapat kakkoiis?
Apa yang mereka dah buat? Bagi kakkoii, ia
Amat memalukan!
perangai macam beruk berebutkan pisang.
Apa kes? Karam mengatakan dalam keadaan separuh sedar bahawa orang Melayu bukan berasal dari Malaysia dan Indonesia. Benar atau salah? Hanya tuhan yang tahu.
Kenapa kakkoii kata begini? Kerana kajian menunjukkan nenek moyang Melayu berasal dari Yunan, China! mereka datang ke Tanah Melayu pada 1500 sebelum masihi. Tahukah apa maksudnya?
Maksudnya Nenek Moyang Kita Dahulu Adalah Pendatang.
Sama seperti Cina dan India di Malaysia sekarang yang datang ke Tanah Melayu semasa era penjajahan British. Tanpa sedar, ada juga yang marah akan mereka sedangkan hakikatnya kita semua pendatang juga. Bezanya, cepat dan lambat sahaja.
Mungkin ada yang marah dengan statement kakkoii ini. Tapi ingatlah bahawa
dunia ini adalah tempat tumpangan sementara, ia dipinjamkan kepada manusia untuk dijaga. Ingat! untuk manusia! bukan untuk bangsa!
Jika nak kata Malaysia Melayu yang punya, kaum asli pula apa cerita? Ingat, mereka telah ada di Tanah Melayu ketika kedatangan Melayu dari Yunan!
Kenapa tak dengar pun kes ketidakpuashatian mereka terhadap Melayu? Kerana mereka pun merupakan pendatang yang tiba ke Tanah Melayu 2500 sebelum masihi, 1000 tahun lebih awal daripada Melayu! Maka, siapakah empunya sebenar Tanah Melayu?
Tiada yang tahu kerana isu ini masih di dalam kajian.
Berbalik pada kes Karam (Lama celoteh macam jauh tersimpang dari point asal. haha)
Perkataan maaf sudah dibuat, tetapi orang kita dalam video tu masih tak sedar diri macam tempat ni bapak mereka yang punya! Sedarlah sikit diri itu siapa, hakikatnya kita ini semuanya pendatang..
Kamu mengaku kamu Melayu, sedangkan orang tahu adat resam melayu penuh dengan budi bahasa dan kelembutan budaya.
Kamu mengaku kamu Islam, sedangkan orang tahu Islam itu mengajar kepada kebaikan.
Mereka di dalam video itu adakah Melayu? Kakkoii malu nak kata.
Apa pendapat kakkoiis semua?
6 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
tengah separuh jer , tapi dia memang ada minta maaf . Tapi orang kita yang lebih-lebih
*tengok
kekesalan kepada samseng kampung tu... memalukan melayu
setuju dgn diana ^^
ckp byk pun tk guna.
tuhan dh bgi cukup sifat,akal yang sempurna, namun itulah melayu sekrg..
Marah bila ckp yg tk elok pasal melayu tpi sdri ader jaga , marah ckp pasal agama, tpi ader amalkan rukun islam dan iman... sedih melihat sikap bangsa melayu yang camni...
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al-Baqarah 2:8)
Allahuakhbar! arry code, u memang kakkoiis!
Post a Comment