Hari Sabtu. Hari cuti kepada kebanyakan orang di Malaysia. Kakkoii juga tidak terkecuali. Biasanya hari cuti begini akan dihabiskan untuk bersenang-lenang dan bergembira menenangkan hati dari keserabutan pelajaran.
Tetapi hari ini lain pula halnya. Hati tak tenteram memikirkan banyaknya tugasan dan projek yang perlu dilaksanakan.
"Aaargh, hari cuti tapi macam tak cuti!"
Tensen tak perlu cakap lah. Rasa macam darah tinggi nak naik balik aje.
"Halau! Halau!"
"Siapa pulak yang kena halau tu?", bisik hati Kakkoii.
"Halau..! Halaaaauu!"
Kakkoii diam cuba mengamati mana datangnya bunyi pergaduhan itu. Macam apek sebelah rumah bergaduh je?
"Halaaaau! Haaaalaaaaau..!"
"Aik? makin kuat pulak. Tak boleh jadi ni!"
Dengan sifat ingin tahu, Kakkoii pun skodeng. Silap-silap isu panas boleh jadi bahan dalam blog. Hehehe.
"Hah lu! Keluar pun.. Penat wa halau tau tak!"
Lah, si Ah Seng kawanku rupanya..
"Kau rupanya. Aku ingat Cina mana bergaduh tadi... Halau! Halau! Hello lah! Bukan Halau!"
"Aiya, sama ma. Wa kan pelat."
"Apehal kau datang? Ni mesti nak ajak jalan ni."
"Aiya, pandai pun. Macam biasa la. Jom turun bandar. Wa bosan ni!"
"Haa pandai pun kau. Jom, aku pun bosan ni."
Macam biasa, kereta Kakkoii menjadi teman setia menghantar kami ke destinasi yang dikehendaki..
"Eh, sebelum tu lu singgah taman depan sekejap. Wa mau amik barang dengan kawan."
"Orait.."
Kereta Kakkoii pun masuk ke kawasan perumahan baru. Tidak banyak rumah yang masih berpenghuni..
Apabila tiba di rumah yang dimaksudkan..
"Halau! Halau!"
"Ish, halau lagi... pening aku dengan mamat seorang ni." ngomel Kakkoii antara dengar dan tidak.
"Halau! Halau! Aiya, budak ni pekak juga macam lu. Wa halau! Halau! tak dengar."
Hah sekarang lah masanya nak brainwash sikit apek ni..
"Seng, lu jerit halau! Halau! Bunyi macam gaduh tau! Mana ada orang berani keluar?"
"Aiya, ya ka? Wa memang panggil halau ma selama ini. Melayu panggil macamana?"
"Kalau Melayu, kita ada cara panggil ikut Islam. Assalammualaikum."
"Apa itu salamukum?"
"Assalammualaikumlah! Maksudnya Salam Sejahtera Ke Atas Kamu."
"Aiya, susah mau sebut la. Lu tolong wa panggil tengok. Wa sudah janji angkat barang ini time tau."
"Hish kau ni.."
Maka dengan penuh semangat untuk menunjukkan kehalusan seni ucapan salam kepada kaum lain..
"Assalammualaikum~"
Tak berjawab.. cubaan kedua
"Assalammualaikum~~!"
Tak berjawab jugak. Sah pekak badak orang dalam rumah ni. Cubaan terakhir..
"ASSALAMMUALAIKUM~~~!!"
"WAALAIKUMMUASSALAM!"
Eh, bunyi orang sahut salam tapi batang hidung tak nampak.
"Assalammualaikum, anak cari siapa?"
Pak cik sebelah rumah rupanya yang jawab salam Kakkoii tadi.
"Err.. saya nak panggil kawan sebelah ni."
"Setahu pakcik jiran sebelah ni CINA!"
"Erk..."
Kurang asam punya Ah Seng. Ko kenakan aku dalam diam rupanya! Untuk meng-cover malu, Kakkoii pun panggil...
"Halau! Halau!"
Malu siot!
10 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
hakhak! kakkoii! lawak sih .. assalamualaikum . =P
Waalaikumsalam.... Malu tau tak! nyesal x tanye member tu dulu cine ke melayu! haha
HAHAHA...LAWAK LAA KAKKOII..:)
kte tk leh bgi salam kt orang cine kan??kalau die bgi salam,kte jawab waalaikalaknatullah kan??:)
nur aisya >> errmm yg tu kakkoii x sure.
Tp pd pendapat kakkoii, elok sahaja kita jawab salam yang diberi dengan perkataan lain.. contohnya hai, hello etc.
Btw, thx for reading ^^
hahaha...besh, lawak...
ceriakan petang selasaku....=)
hahahaha sian kakkoii
cikgu betul ni berlaku ke??
maisara >> thx membaca
dewita >> gelak tutup mulut tu!!
anon >> a ah la... memang berlaku
Post a Comment