Kerana Renungan Mata Engkau Kaya

2011-03-14

Bangun pagi.. sesuatu yang amat berat untuk Kakkoii.. haha

Tetapi disebabkan terkenang-kenang kelazatan nasi lemak Mak Mah, usahawan nasi lemak terkemuka di kampung Kakkoii, terus segar mata ini.


Bangun dengan seribu harapan, mandi dengan berjuta kegembiraan!


Dengan semangat teruja, Kakkoii pergi ke kereta kesayanganku.. 


".....Macam ada yang tak kena aje dengan kereta ni..."

"Hah! Tayar pancit!"


Dengan muka frust, Kakkoii menelefon kawan yang bekerja sebagai seorang mekanik.


"Hello.. Fendi. Kereta aku problem lah. Kau buka bengkel tak pagi ni?"

"Alamak sorry lah bro. Aku dekat KL sekarang. Bengkel cuti seminggu la."

"Eh.. Ko buat ape dekat KL?"

"Saje holiday..."

"Haa ini la Melayu. Asal ada duit je suka-suka tutup kedai. Mana pelanggan tak lari!"

"Hehehe sorry lah.. Macam ni lah. Kau pergi dekat kedai Ah Chong. Selang 10 kedai aje dari kedai aku. Kereta kau kenapa?"

"Pancit..."

"Haa dah agak dah. Aku cadangkan kau tukarlah tayar tu. Dah botak sangat aku tengok. Bahaya."

"Kalau tukar tayar berapa harga?"

"Biasanya kalau kereta kau, RM 130 aje sebiji tayar. Tak mahal pun."

"Apa brand?"

"GoodYear."

"Orait. Pagi-pagi ni bengkel dia dah bukak tak?"

"Dah.. pukul 8.30 dah bukak dah. Aku je yang bukak pukul 10. Hahaha"

"Haa tau pun kau. Orait, thanks bro."

"Welcome."


Maka dengan tertutupnya hajat mahu menjamu nasi lemak Mak Mah, Kakkoii pergi ke benkel yang dimaksudkan.. Di sinilah segalanya bermula.

"Bos, tayar kereta pancit. Tolong tengok sekejap."

"Ha boleh, boleh.. Waa abang, lu punya tayar manyak botak hoo.. Kasi tukar satu kali la. Selamat ma."

"Ha, kalau tukar tayar baru berapa harga?"

"Kalau lu angkat baik punya, wa kira harga cincai lah RM 180 sebiji."

"Tak boleh kurang sikit?"

"Haiya abang, tayar ni brand manyak bagus la. Harga asal RM 200. I bagi harga kawan ni."

"Apa brand?"

"  GoodYear."

"......"

Pesan nenek Kakkoii, jika nak tahu seseorang itu berbohong atau tidak, renung anak matanya. Jika renungan itu tidak dibalas, maka dia sedang berbohong.


Kaedah ini sudah beberapa kali Kakkoii praktikkan. Hasilnya memang terbukti benar. Maka dengan kaedah yang sama Kakkoii cuba ke atas Ah Chong.


"Betul ke RM 180? Kurang lagi la.."


Sambil merenung anak matanya.


"Haiya abang, memang tak boleh lah.. Sini datang memang harga itu."


Sambil membalas renungan Kakkoii..


"Aiya bos, kurang sikit lagi lah.. U sudah banyak untung ma.."


Sambil terus merenung...


"Tak boleh la abang, kalau lu mau murah, ambil tayar yang rendah kualiti sikit la."


Sambil terus membalas renungan..


"Hahaha.."

"Kenapa lu ketawa?"

"Bos, lu fikir wa tak tahu ka. Harga tayar GoodYear baru RM 130! Lu sekarang mau ketuk sampai RM 180. Ini macam wa pergi kedai lain lah."

"Hehehe mana lu tau?"

"Aku pun ada bengkel jugak.."

"Hahaha ok la kalau macam tu. RM 130 sebiji. Mau?"

"Ok, wa angkat itu tayar."


Sewaktu pemasangan tayar...


"Bos, lu banyak pandai tipu lah. Lu punya mata tunjuk lu tak takut."

"Haiya abang, kalau tak tipu mana mau kaya!"

"Lu mesti sudah biasa tipu orang kan?"

"Abang, kita berniaga kalau tak tipu mana boleh hidup. Lu pun ada tipu jugak ma."

"Tipu apa?"

"Lu ada bengkel."

"Kenapa?"

"Kalau lu ada bengkel, lu tak hantar sini ma!"

"Erk..Kantoi pulak."


Inilah dia senario yang sering terjadi sekarang. Penipuan untuk keuntungan adalah satu kelaziman. Untuk mengelakkan dari tertipu, tanya dahulu kepada yang lebih mahir sebelum membuat keputusan..

Siapa sokong? Angkat tangan cepat!

9 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Cik ERynn on March 15, 2011 at 2:33 AM said...

sepatutnye ko amik continental lg bagus...harga lebey kurang jee

umMie on March 15, 2011 at 6:41 AM said...

penipu! ceit .. =P

Kakkoii on March 15, 2011 at 7:16 PM said...

cik eryn >> lah awat ko x gtau awal2 lagi.. kuang3

emmie >> penipuan memang dah menjadi kelaziman. berhati2lah

Aretikz on March 16, 2011 at 8:56 AM said...

haha.. 2x5 tul.. ahakz..

Entry Lelatest
Ku Bertanya Dan Tertanya: Dari Lelaki Buat Wanita

Siti Safiyyah on March 16, 2011 at 9:15 AM said...

heh teringat pesan member macam tu jugak..kalau nak menipu kene beranikan diri pandang mata orang yg nak kite tipu tu..ish3 petua yg sangat tak bagus..;p

Kakkoii on March 16, 2011 at 9:17 AM said...

huhu ini bukan petua tp teknik nak kesan orng tipu atau x.. teet

Siti Safiyyah on March 20, 2011 at 2:57 AM said...

aikk lamenye tak update..tiru ss ke ni? ;p


psstt : Korang ada tak hobi yg pelik2?

zulkifli Mohamad on March 20, 2011 at 11:03 AM said...

kakkoi deman yer

Abu Zafran on March 26, 2011 at 12:14 PM said...

nice story dan ada moral value...hehehehe...suka sgt3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011