RM 2

2011-03-13
Nukilan khas Kaku Lator



RM 2

Apalah sangat dengan nilainya RM 2 itu..

Nasi goreng sekarang pun paling murah RM 2.50..

Siapa kata tak ada lagi murah?

Ada... Kantin sekolah la jawabnya. Itu pun nasi goreng kosong!

RM 2... Apa yang kita boleh dapat dengan RM 2?


"Makcik, saya nak beli kuih karipap."

"Ooo, nak beli berapa?"

"Macamana kira?"

"RM 2 dapat 4"

"4 aje?"

"Apa nak buat, harga barang dah naik.."


Naiknya harga barang, nilai RM 2 semakin berkurang.. kasihan sungguh.


Jika dahulu dapat RM 2 untuk kesekolah, kita digelar anak orang kaya!

"Yahoo.. Hari ini ayah aku baik hati lah!"

"Kenapa? Kenapa?"

"Aku dapat RM 2 buat belanja sekolah!!"

"Waaaaau, kaya la kau!"


Besarnya nilai RM 2 pada masa Kaku Lator dahulu..

Sekarang?


"Nah ayah bagi RM 2 buat belanja sekolah hari ini."

"Haaaaah... RM 2 aje? Mana cukup ayah!"

"....."


Inilah hakikatnya RM 2 pada masa kini...


"Anakku, tahu tak kamu dengan RM 2 ini kita boleh jadi jutawan?"

"Mana boleh ayah! RM 2 sikit. 1 Juta baaanyaaak!"

"Siapa kata tak boleh? Sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit."

"Maksud ayah?"

"Kamu ada RM 2, apa yang kamu boleh dapat?"

"Nasi Goreng makcik kantin!"

"Haa.. kalau kamu simpan RM 2 dalam tabung setiap hari, dalam seminggu kamu sudah ada RM 10!"

"RM 10 ayah?"

"Ya, RM10. Dengan RM 10 kamu nak beli apa?"

"KFC!"

"Kalau kamu simpan RM 10 itu, dalam sebulan kamu sudah ada RM 40!"

"Wau, RM 40!"

"Apa kamu nak beli dengan RM 40?"

"Err... Robot perang!"

"Hahaha, kalau kamu simpan RM 40 itu, dalam setahun kamu sudah ada RM 480!"

"Waaaaau.. RM 480! Banyaknya..."

"Ha sekarang kamu sudah ada RM 480, apa kamu nak beli?"

"RM 480? Saya nak PS!!"

"Kalau kamu simpan RM 480 itu, 10 tahun akan datang kamu sudah ada RM 4800!"

"Waaaaaaaaah... Banyaknya!"

"Ha baru kamu tahu banyak. Sekarang percaya tak jika kamu terus simpan duit yang kamu ada, kamu akan jadi jutawan! Sekarang kamu sudah mahu menabung?"

"Tak mahu!"

"Kenapa pula?"

"Kalau saya menabung duit belanja saya, saya nak makan macamana!"


Haha budak sekarang makin bijak!

Berbalik kepada RM 2 tadi, dengan nilai sebanyak itu eloklah kita menanbung ke dalam tempat yang sesuai..

Kalau zaman dulu ada..

Buluh
Kotak kayu
Buah kelapa tidak berisi


Tetapi zaman sekarang sudah canggih untuk membuat tabungan

Bank Rimau
Bank Huruf Jawi
Bank Pokok Bunga Emas


Mana-mana pun boleh asalkan jangan simpan bawah bantal.. Masuk pencuri, lesap semuanya.

RM 2 mempunyai nilai yang besar.. kerana tanpa RM 2, tidak akan cukup nilai sejuta!

Kakkoiis mana yang setuju? Angkat tangan cepat!

14 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

hana on March 13, 2011 at 10:59 AM said...

np mesti 2ringgit???hahah.....
teringat masa zaman saye dolu..
g sekola duit belanja seringgit aje..
tp bile zaman adek saye...
gi sekolah dapat 5ringgit..
mmg beze abes kn...
sabo aje la..

Kakkoii on March 13, 2011 at 11:01 AM said...

hehe 2 ringgit lah amount "kekayaan" murid sekolah zaman kaku lator dahulu.. sebab tu la tajuknya RM 2. haha.

Tp betul kata hana. Time Kakkoii dulu pun, RM 1 dah boleh makan kenyang! Sekarang? adoii kesian..

Unknown on March 13, 2011 at 11:03 AM said...

walaupun kita ader banyak duit tapi ingat yer menabung,dengan menabug itu dapat membantu kita kelak di masa akan datang,memnag lah masa ni kita berasa mewah kan

sharina elisa on March 13, 2011 at 5:13 PM said...

keliru actually .. koi ngan kakulator tu orng y sme ke, koi ?

hahaha .. lawak tul .. zmn skrng adik y darjah 3, my mum bagi rm4 pun cakap x cukup lgi ..

~elyna~

sharina elisa on March 13, 2011 at 5:13 PM said...

keliru actually .. koi ngan kakulator tu orng y sme ke, koi ?

hahaha .. lawak tul .. zmn skrng adik y darjah 3, my mum bagi rm4 pun cakap x cukup lgi ..

~elyna~

Unknown on March 13, 2011 at 6:55 PM said...

kaku lator org yg berbeza yer
kakoii tetap kakoii

Siti Safiyyah on March 13, 2011 at 7:02 PM said...

isk zaman ss dulu rm2 tu boleh beli nasi goreng+telur goreng..tu pon sikit jek nasinye..sabo jela..sobsss..


psstt : Anda masih ada ayah? Hargailah dia sebelum ...

Kakkoii on March 13, 2011 at 7:51 PM said...

ermm.. Kakkoii ialah admin..

Kaku Lator adalah salah seorang authors untuk blog ini.

Unknown on March 13, 2011 at 11:42 PM said...

yer betul-betul

Unknown on March 14, 2011 at 12:56 AM said...

Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.

Read more: BaTu^NiSaN: Cerita Wang (Rahsia Sebenar) - Bahagian 1 http://eksenkamen.blogspot.com/2011/03/cerita-wang-rahsia-sebenar-bahagian-1.html#ixzz1GYgnKRsR

Unknown on March 14, 2011 at 5:58 AM said...

kena paham lah maksudnya tu,kumpul duit bermula dgn rm 2

Cik Adza on March 14, 2011 at 8:53 AM said...

dulu2 g skola bw lima posen jea. le dpt sepinggan nasi lemak. xpun mee goreng ke bihun ke sepinggan ngan air sirap. dulu 5 sen bg sy pun berharga. le beli kuih. hehhe~

bbudak skrg, aihh~ singgit dua hengget pun xcukup. koman2 mo 5 hengget sehari. xpun 10 hengget. makan nk fast food. mcD kepsi BK wendy's

Unknown on March 14, 2011 at 7:49 PM said...

sebb itu kita perlu memlatih diri kita simpan duit,ala tak banyak la mula dgn rm 2 pun dah ok supaya anak2 kita esok akan tiru perangai kita

Anonymous said...

setujuuuuuuu.............ckit2 lama2x jd bukit =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011