Melayu MAJORITI Tapi MINORITI

2011-03-01


MELAYU HARUS BACA HINGGA HABIS JIKA SAYANGKAN BANGSA


Salam Sejahtera kakkoiis sekalian. 

Hari ini tajuk ngomelan Kakkoii agak panas (memang panas pun kan?). Bukan untuk menjatuhkan bangsa sendiri, tetapi untuk memberi kesedaran. 

PERHATIAN
MELAYU yang baca artikel kakkoii ini mestilah menenangkan hati, tenteramkan jiwa dan buka minda.


Melayu

Satu bangsa yang mendiami rumpun nusantara, berketurunan "Austronesia". Berkulit sawo matang, hidungnya penyek. Inilah gambaran umum tentang Melayu. 

Dari pandangan sejarah pula, Melayu pernah menjadi satu bangsa yang gah di dunia suatu ketika dahulu. Pelayar kita telah berdagang sehingga ke Eropah dan Cina. Bangsa kita mempunyai kerajaan-kerajaan yang kuat. 

Majapahit
Srivijaya
Kedah Tua

Ada sesetengah kerajaan berjaya membentuk empayar!

Aceh
Melaka
Johor-Riau

Takkan kakkoiis yang berbangsa Melayu tidak mengetahuinya? Bukankah kita ini anak cucu keturunan Sri Nila Pahlawan, Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama

Selain itu, Bahasa kita merupakan "lingua-franca" dunia pada masa itu. Hakikat ini terbukti sehinggakan ia diolah menjadi lawak "Kelasi Kapal Beli Telur" pada masa kini.

Sebuah kapal dagang dari barat singgah ke Melaka. Antara anak kapal tersebut, terdapatlah 2 orang sahabat. Mat Saleh dan Negro. Kedua-duanya kempunan nak menjamah telur ayam. Maka pergilah mereka ke kedai di pasar Melaka yang luas dan makmur itu. Setibanya di kedai, mereka menghadapi masalah kerana tidak punyai kepandaian berbahasa Melayu. Maka si Mat Saleh menggunakan bahasa isyarat iaitu dengan menunjukkan "telur"nya. Dapatlah dia 2 biji telur ayam untuk santapan. Si Negro cuba menggunakan cara yang sama, tetapi..

Mat Saleh : Kau dah dapat telur?
Negro : Tak.
Mat Saleh : Kenapa?
Negro : Pekedai tu bagi aku "Telur Hitam" (telur masin)..
Mat Saleh : .........

Cerita di atas walaupun lawaknya bodoh, tetapi ia menunjukkan pentingnya bahasa Melayu pada waktu itu.

Bagaimana Melayu Sekarang?

Nenek moyang kaya raya,
Keturunannya tuan tanah,
Apa jadi dengan Melayu kita,
Nama je MAJORITI tapi tetap kalah.

Tak faham? Lihat sahaja sekarang. Tidak payah pandang jauh, lihat di negara kita sendiri. MAJORITI rakyat kita MELAYU. Negara kita dahulunya nama pun Tanah Melayu (MALAYA). Dari situ sudah membawa maksud tanah ini Melayu yang punya.

Sekarang apa sudah jadi?

MAJORITI orang-orang kaya siapa?
MAJORITI yang duduk rumah besar siapa?
MAJORITI yang buka perniagaan sendiri dan berjaya siapa?
MAJORITI yang pegang ekonomi Malaysia siapa?
MELAYU? MAJORITI tapi MINORITI!

Pernahkah Kakkoiis terfikir perkara ini? Bagaimana ia boleh terjadi?

Hei, siapa cakap Melayu tak ada MAJORITI?
Betul. Memang MELAYU ada MAJORITI

MAJORITI "ahli lembaga pengarah" di dalam sel penjara
MAJORITI masuk sekolah "asrama penuh" Juvana.
MAJORITI "datin" beranak tak berlaki.
MAJORITI "VIP" kaki lepak tepi jalan.
MAJORITI "pelanggan tetap" dadah dan benda yang sewaktu dengannya
MAJORITI penghuni di "hotel mewah" lorong gelap.

Ini bukan rekaan, tetapi hakikat.

Tidak percaya? Mesti ada yang panas dengan teks Kakkoii. Minta maaf dahulu, teks seterusnya lebih panas. Bukan menjatuhkan bangsa sendiri, tetapi ingin memberi kesedaran.

Kenapa MELAYU yang terang-terangan MAJORITI menjadi MINORITI? Kenapa kita kalah dengan yang lain?

Jawapannya hanya satu.

MeLAYU

Sebab kita "layu" lah kita ketinggalan.
Sebab kita "layu" lah kita kalah.
Sebab kita "layu" lah kita menjadi penyumbang kekayaan yang lain.

Bukan nak tutup pintu rezeki orang lain, tetapi Kakkoii nak bangsa Kakkoii sendiri setanding dengan yang lain.

Amat malu Kakkoii rasakan. Populasi kita paling ramai (50.4%) tetapi kita masih MINORITI di tanah sendiri.

Cuba kita buat beberapa perbandingan.


PERBANDINGAN 1

Kita letak 2 buah kedai yang bersebelahan, jual barang yang sama dalam 2 situasi yang berbeza.

Situasi 1 : Peniaganya kedua-duanya bangsa C

Hasilnya : Kedua-dua kedai akan berkembang maju. Tiada perselisihan, tiada sebarang masalah. Silap hari bulan, kalau kita mintak tawar harga, pekedai akan cakap

"Ini barang semua harga ini macam. Lu tak percaya lu pergi kedai sebelah tengok."

Kalau barang yang kita nak beli habis, mereka akan cakap

"Lu try sebelah tengok. Wa rasa sana ada stok."

Kakkoiis tak percaya? terpulanglah..


Situasi 2 : Peniaga kedua-duanya bangsa MELAYU

Hasilnya : Tak sampai setahun, salah satu mesti tutup. Masalah gaduh, tarik muka itu amalan biasa. Kalau bertegur sapa pun akan bermuka-muka. Kakkoii tahu tak semua begitu, tetapi MAJORITI.

Ini kisah benar, pengalaman Kakkoii sendiri. 2 restoran bersebelahan. Satu hari lauk restoran A habis, maka Kakkoii pergi ke restoran B. Semasa pembayaran, ini ayat yang keluar dari mulut peniaga restoran B

" Anak lain kali datang restoran makcik. Makcik bagi harga sepesial. Jangan pergi kedai sebelah. Lauk dia kotor. Kadang-kadang lauk semalam dia campur. Nanti bagitau kawan-kawan tau."

Kawan Kakkoii yang berbangsa C tanya Kakkoii soalan yang Kakkoii sendiri tak tahu nak jawab apa.

" Wei, MELAYU memang ini macam ka?"

Ha siapa boleh jawabkan? Nak mengaku, malu bangsa sendiri. Nak nafi, bukti depan mata.




PERBANDINGAN 2

2 Orang anak muda. Seorang berbangsa C, seorang berbangsa MELAYU. Diminta memilih kerja. Berikut merupakan mindset mereka.

Bangsa C
"Wa mau jadi kuli mekanik. Kerja susah, kotor minyak, bau busuk. Tapi wa dapat ilmu"

MELAYU
"Aku ni bodoh je.. belajar tak pandai. Nak kerja kuli mekanik? Ah penatkan badan je. Gaji dapat sikit. Tak berbaloi. Baik aku kerja penjaga tiket TOL. Selesa, kerja dalam aircond. Rilek aja, gaji lebih kurang je dengan kuli mekanik. Boleh duduk pulak tu"

Selepas 5 tahun..

Bangsa C
"Wa sudah kaya. Wa sudah ada bengkel sendiri. Ilmu wa kerja dulu sudah boleh guna.  Walau wa bodoh belajar tapi wa boleh jadi kaya jugak. Tak sia-sia wa jadi kuli mekanik dulu. Manyak ong la."

MELAYU
"Bodoh punya bos. Kerja 5 tahun pun tak mau naikkan gaji aku. Aku nak bagi anak bini aku makan apa? Tak fikir kebajikan pekerja langsung!"

Ini realiti sekarang kan?

MELAYU harus malu dengan INDON dan BANGLA. Mereka merempat di negeri orang, dapat kerja pun setanding dengan MELAYU. Bukti? Tengok aja disekeliling. Stesen Minyak, Plaza Tol, Tukang sapu.

Cukuplah 2 perbandingan di atas. Diharap MELAYU yang membaca ini buka mata, buka minda.

Cerita seterusnya diolah dari ucapan TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK, di dalam Seminar Konsolidasi Patriotisma Ekonomi Bumiputera.

Kakkoii amat tertarik dengan kisah benar yang dialami oleh beliau sendiri. Begini kisahnya

Semasa beliau berumur 9 tahun, semasa kanak-kanak MELAYU sebayanya yang lain sedang sibuk dibuai keindahan dan keseronokan alam kanak-kanak, seorang rakan beliau yang berbangsa C bertanya

"Kenapa orang C tak boleh jadi Agung? Kita sama manusia, ada tangan, ada kaki, ada otak.  Darah pun sama merah. Tapi kenapa Agung orang MELAYU, C tak boleh?"

Betapa jauhnya pemikiran budak berumur 9 tahun. Tidak hairan lah sekarang mereka boleh minta bermacam-macam tuntutan dari kerajaan.

Kenapa kita perlu masih "layu"? Tak cukup lagi vitamin yang Kakkoii dah suntik? Atau nak kaedah lain untuk jadikan yang "layu" itu "tegang" semula?

Apa caranya? Hapuskan akta 153 perlembagaan Malaysia?

"Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia."

Kakkoii tidak menyokong sama sekali. Tiada bangsa MELAYU di Malaysia yang berfikiran waras akan menyokong cara ini.

MELAYU sekarang sudah MINORITI, jika 153 dimansuhkan, kebanggaan MELAYU hanya tinggal sejarah.

Kaedah yang terbaik bagi pendapat Kakkoii sendiri ialah

KESEDARAN dan
HILANGKAN PHD DALAM DIRI

Apa itu PHD?

Perasaan Hasad Dengki.


Renung-renungkanlah..

P/s: Mari kita buat survey. MELAYU yang baca, tolong tinggalkan komen. Kita lihat berapa ramai MELAYU yang sayangkan bangsanya sendiri.

31 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Amy on March 1, 2011 at 5:49 AM said...

as salam kakkoii...rasanye semua yg tertulis ney benar belaka...harap sangat anak melayu kite sedar situasi neyh...law terus macam neyh, xmustahil melayu merempat kat tanah sendiri satu hari nanti...

Kakkoii on March 1, 2011 at 5:53 AM said...

Benar! sebar2kan lah.. Untuk kita juga

Anonymous said...

Assalamualaikum kakkoii...mmg benar pun pendapat anda itu...byk yg melayu "phd"..pernah gak terjd pada diri sendiri kejadian yg sdra citekan itu...hope kita berubah ke arah yg lebih baik ya sbg melayu dan yg penting sbg seorg muslim. wallahuallam...

Kakkoii on March 1, 2011 at 6:15 AM said...

semoga en3 kakkoii ini mampu menyedarkan yg masih x sedar

orkid'scyL on March 1, 2011 at 6:24 AM said...

hai kakkoii..
sy setuju!
xda niat tuk bandingkan bangsa kita dgn bngsa C tp mmg smngat keja drg ni x bleh dpertikaikan. bos tpt sy keja skg ni pun dlunya org susa buat keja2 org kg tp skg da ada workshop besar plus kebun kelapaswit yg bhektar2. hrap2 bangsa melayu dan bumiputra sdar dan kikis PHD tu.^_^

Kakkoii on March 1, 2011 at 6:32 AM said...

Sebar2kan lah ^^

shaukimaravilla on March 1, 2011 at 6:56 AM said...

orang kita terlalu baik hati untuk bertolak ansur hingga kita ditolak secara beransur2..

ika zulaikha on March 1, 2011 at 6:57 AM said...

bro kakkoii...
slame ni ape yg saye pk,sme mcm ape abg tulis dlm nih..
kdg2 hal mcmni buat sy risau..
sy sbg MELAYU mmg takot sgt kalo 1 hari nnt MELAYU merempat di tnh sendri...PHD,jgn ckp...mmg mindset mlayu cm2...kedaan MELAYU skg mmg amat menyedihkan..lebih2 lg MELAYU skg disumbat dgn hal2 POLITIK jek!
bace sane sini sibuk dgn POLITIK!

Kakkoii on March 1, 2011 at 6:57 AM said...

yea~ ayat yg sedap didengar dan penuh dgn makna

Kakkoii on March 1, 2011 at 7:01 AM said...

Ika zulaika >> kakkoii amat setuju sekali. Politik sana sini, hakikatnya kita ini MELAYU! Mungkin ada yang cakap ideologi berbeza. Tapi lihat je cth kat amerika. Republican dan Democrate, boleh je duduk semeja berbincang macamana nak majukan negara dewang.. Apakehal dgn Malaysia? betul x?

ika zulaikha on March 1, 2011 at 7:03 AM said...

yes bro!
kite MELAYU disogok dgn agenda politik yg mcm2..perang POLITIK sesame bangsa..bangsa lain duduk semeja ketawakan bangsa kita,bila situasi MELAYU mcmni,bangsa mereka akn naik,tp bangsa MELAYU tros jatuh..

Kakkoii on March 1, 2011 at 7:05 AM said...

sokongan padu untuk ika

ArryCode on March 1, 2011 at 8:06 AM said...

Bagus Kakkoi , satu entry yang penuh dengan kesedaran yang patut dijadi kan peringatan khusus buat bangsa melayu... kagum dengan kamu...

Kakkoii on March 1, 2011 at 8:32 AM said...

trimas arry.. semoga ia menjadi panduan kepada ramai

Tieah Madian on March 1, 2011 at 8:34 PM said...

Panjang giler..
Setuju sangat owh..
Kalo cakap pasal bangsa melayu ni mmg tak pernah nak habis..



Entry Terbaru : Usianya Sudah 59 Tahun

Kakkoii on March 1, 2011 at 10:28 PM said...

kalo ikutkan, Kakkoii nak celoteh laaaagi panjang bio bangsa kita ni sedar dgn kesilapan2 yg mereka hadapi

Unknown on March 2, 2011 at 2:42 AM said...

Melayu memang mudah lupa.....

BuDaK PeGheLiH on March 2, 2011 at 2:58 AM said...

panjang... apa yang kakkkoii ckp ni mmg btol.. melayu mudah melatah..mudah melenting.. pantang di tegur kan..

dan dalam perniagaan bangsa c mmg pandai menjaga hati customer nye.. ramah tamah nya, bkn saya nk mngutuk bangsa saya.. tetapi itu lah realiti kan.. :)

"tak kan melayu hilang di dunia"

bangsa melayu mmg la xhilang..tp adat dan jati diri tu yg hilang.. kalau mlayu kawin dgn mat salleh..anak die pn kita still pnggil "melayu" kan.. hehehe

btw..nice entry :)

Jom baca "KENAPA CYBER CAFE SUDAH TIDAK RELEVAN DI MASA KINI. | | At Last.. I Have My Own Canon All-In-One Printer."

Ly on March 5, 2011 at 1:36 AM said...
This comment has been removed by the author.
wida on March 5, 2011 at 4:47 AM said...

thank kakkoi..yup memang betol...susah nk mengubah midset org melayu ni...but kite yang membaca dan mengetahui haruslah sedar dan mengubah utk masa depan...berfikiran terbuka wahai orang melayu...

Miecyber on April 3, 2011 at 8:07 PM said...

Orang Melayu jugalah mengadai tanah orang Melayu.Bangsa lain ambil kesempatan dari kejahilan orang Melayu sendiri..

Orang Melayu perlu sedar dan tetapi orang politik Melayu selalu mengkhianati orang Melayu sendiri.

Dah banyak tanah tanah orang Melayu di gadai oleh ahli ahli politik orang Melayu sendiri di Jerantut.

Sudah banjir di timpa saman

Sakinah Lo on July 4, 2011 at 5:59 AM said...

Btul la tu... Melayu memang cmni ke...huhu,Klaw Indian n Chinesse kat IPG i gila united, tulah yg I sedar sebagai non- Malay.... apa pn bangsa kita yg pnting start dri diri kita sendiri tk berubah, stu lgi yg I nak tegur jgn rasa gah just bcuz bangsa kita Majoriti, apa bila kita rasa bangga time tu la segala kekuatan kita dirampas....:), harap ini d ambil sebagi komen positif....

.ejat. on July 12, 2011 at 8:19 AM said...

tahniah bro. entri yang menarik dan membuka minda. apa yang kita fikirkan sama. sedih tengok bangsa kita sendiri memusnahkan bangsa melayu itu sendiri.

Kakkoii on August 16, 2011 at 7:46 AM said...

yastro >> harap2 kata2 itu akan berubah satu hari nanti

Kakkoii on August 16, 2011 at 7:47 AM said...

nanaosaki >> 101% sokong!

Kakkoii on August 16, 2011 at 7:47 AM said...

wida >> can't agree more ^^

Kakkoii on August 16, 2011 at 7:48 AM said...

miecyber >> siapa lagi hendak melindungi orng kita kalau bukan kita sendiri?

Kakkoii on August 16, 2011 at 7:50 AM said...

sakinah lo >> komen membina sentiasa dialu2 kan ^^

Kakkoii on August 16, 2011 at 7:51 AM said...

ejat >> amat sedih bila dikenangkan

Anonymous said...

true story'' agree with u,,

Muhammad Ariff Mohamad Nizam on December 27, 2011 at 3:50 AM said...

aku tak melenteng, tapi tersenyum baca entri ini. sebab segala yg dicatat memang benar belaka. mungkin ada yg ckp tidak, tapi bila dilihat pada perbandingan situasi pasal peniaga tadi, mmg benar. dan benar sgt. mentaliti kita masih pada takuk yg lama walaupun pada teori sudah kelihatan berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011