Abang, Nak Kasut Baru?

2011-08-13
Cari dari google

Pada suatu hari Kakkoii membawa adik saudara keluar berjalan-jalan.


"Abang Kakkoii, tak lama lagi nak raya kan?"

"A ah.. tak lama lagi kita dah raya. Kenapa?"

"Adik tak ada kasut nak raya lah tahun ni.."

"Eh, kenapa?"

"Ayah tak nak belikan.."


Akibat kesian, Kakkoii pun belikanlah sepasang kasut baru untuk dia.. RM 20 je, bukannya mahal mana pun..

Selepas membeli kasut yang diingini, kami terus berjalan..


"Eh abang Kakkoii, ada peminta sedekah lah.."

"Mana?"

"Tu, dekat tepi tangga sana.. jom kita derma nak?"

"Ha, bagus juga.. jom."


Dalam hati Kakkoii tersentuh dengan sifat baik hatinya..


"Nah pakcik, derma ikhlas dari saya.."

"Terima kasih nak, semoga tuhan murahkan rezeki anak.."

"Sama-sama.."

"Eh comelnya adik ni.. Pakcik pun ada seorang anak perempuan umur lebih kurang macam ni juga.."

"Anak pakcik dah beli kasut? Abang Kakkoii baru je belikan saya kasut ni.."

"Pakcik setiap tahun beraya ala kadar aje dik.. Tak mampu nak beli barang mahal-mahal.."

"Oooo.... kalau macam tu pakcik ambil lah kasut ni bagi anak.. Abang Kakkoii kata kalau nak derma kena bagi benda yang kita sayang.. Dapat banyak pahala!"

"........."

"Betul ke dik? Terima kasih banyak-banyak.. dapat lah anak pakcik beraya tahun ni.."


Sambil mengambil kasut yang dihulurkan oleh adik saudara..


"Sama-sama pakcik.."

"......."


Sememangnya Kakkoii tak menyangka adik saudara sanggup menyerahkan kasut barunya..


"Baiknya adik hari ini?"

"Kan abang Kakkoii cakap kalau nak derma kita kena bagi barang yang kita sayang!"

"Ha ye, betul la tu.."

"Dah jom..."

"Nak pergi mana?"

"Abang Kakkoii belikan adik kasut barulah!"

"...Erk.. Banyak cantik muka kau!"


P/s : Kopak RM 40 aku..

27 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Nuff4u on August 13, 2011 at 1:42 AM said...

singgah sini

Kakkoii on August 13, 2011 at 1:46 AM said...

nuff4u >> lol singgah ler... selamat dtg, ada kuih atas meja... makanlah kalo x pose ye..

Cik Kidal on August 13, 2011 at 1:51 AM said...

Kokak duit~ Nice entry.. mula2 dah touching, endingnye klakar!

milo on August 13, 2011 at 1:56 AM said...

haha tau xpe..mula2 tu tawaduk je baca pastu tegelak besar den..haha :P

Kakkoii on August 13, 2011 at 1:58 AM said...

cik kidal >> this is kakkoii's style ^^

Kakkoii on August 13, 2011 at 1:58 AM said...

milo >> milo gelak, kakkoii pun mesti gelak coz kk memang suke pembaca gelak ^^

hana on August 13, 2011 at 2:33 AM said...

hahaha..
x boleh bla betol la adik sedara kakkoii....
mmg boleh kering poket kalau macam tu..
hahha

Kakkoii on August 13, 2011 at 3:15 AM said...

hana >> nasib bek jumpe sorang je peminta sedekah... kalo ada 10, mau semua dibaginya

Anonymous said...

Assalam...hi3, beshlaa jd adik kakkoi nie...koh3

Kakkoii on August 13, 2011 at 7:01 AM said...

adam >> adik sedare... kalo adik kk dah x layan nye haha

Siti Safiyyah on August 13, 2011 at 7:11 AM said...

hahaa. kopak kopak.. mentang2 la abang sedare dia baru dapat gaji kan? :p

Kakkoii on August 13, 2011 at 7:13 AM said...

ss >> shhhhhh~~~ jgn kecoh~!

Anonymous said...

huhu, ha ha jangan merungut. ok la tu. at least kecik2 dye dah ada empati. nanti dah besar dye tawu behave secara normal. dalam erti kata lain, tak selfish :)

Kakkoii on August 13, 2011 at 7:24 AM said...

fa >> haha harap2 sgt la... jgn nanti dah besar terbalik jadinya... confirm kk mintak balik RM 40! ho ho ho

al-kisah on August 13, 2011 at 7:45 AM said...

nk kasut rye jugak.kakoii kn bru dpt gaji huhuuuuuu

OmmaWany on August 13, 2011 at 7:55 AM said...

wahhh...untung mempunyai sifat pemurah cm 2 kn...

Lutfi Azmi on August 13, 2011 at 7:58 AM said...

beli la baju raye untuk die pulak.. kompom kne beli 2 pasang nnti xD

naqiah on August 13, 2011 at 10:23 PM said...

hahahaha... bagusnye... kiut gilas.. alhamdulillah kecik2 dh pndai derma..

miss ct on August 13, 2011 at 11:10 PM said...

Assalamualaikum kk...
kk mmg baik hati.. bgsnya derma bln ramadhan ni kan..

teha on August 14, 2011 at 4:42 AM said...

bestt jee ank sedare die :)

Kakkoii on August 14, 2011 at 8:02 PM said...

al-kisah >> ish x leh x leh... duit dah pokai haha

Kakkoii on August 14, 2011 at 8:03 PM said...

wany azmi >> kita kene lentur buluh dari rebungnya kan? tu yg kk try wat... takut gak adik sedara kesayangan perangai burok bila dah besar nanti

Kakkoii on August 14, 2011 at 8:04 PM said...

Pejuang >> ko jgn wat pasal... haha kalo baju die x mintak selai 2, mau 3,4 die mintak... kalo darab 2, huh bankrup kk

Kakkoii on August 14, 2011 at 8:05 PM said...

cintatulip >> memang kiut pun... tgk muke geram je... haha

Kakkoii on August 14, 2011 at 8:05 PM said...

miss ct >> terpaksa... kk x leh tgk kalo die wat muke kesian

Kakkoii on August 14, 2011 at 8:05 PM said...

teha >> tau x pa

Anonymous said...

baiknya adik saudara.. ;)
last kelakar pulak..hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011