Diari Seorang Guru - Cikgu Saya Takut, Ada Hantu!

2011-08-08
**Ini hantu cari anak namanya**
 
Menjelang bulan puasa, Kakkoii datang awal ke sekolah pada setiap hari. Seawal 6.30 pagi Kakkoii dah tiba ke sekolah.

Keadaan sekolah amat gelap sekali dan terdapat juga segelintir pelajar yang turut datang seawal itu.

Lebih kurang pukul 7 pagi, Kakkoii terdengar perbualan 2 orang pelajar CIna bersama seorang guru..


"Cikgu, tolong.. kami takut."

"Kamu kenapa? Pucat semacam je.."

"Kami nampak benda tu.."

"Benda apa?"

"Hantu..."

"Ish, merepek aje lah.. mana ada hantu!"

"Betul cikgu, tadi kami datang sekolah pukul 6.30.. Lepas tu saya mau naik ke tingkat satu untuk letak beg di dalam kelas.."

"Betul cikgu, saya pula tunggu di bawah.. Lepas tu saya nampak ada orang diri dekat depan makmal kimia tingkat 1.. Saya ingat kawan saya, kerana nampak macam pakai tudung. Saya pun lambai lah.."

"Lepas tu apa jadi?"

"Benda tu toleh dan pandang saya.. Lepas tu baru saya perasan yang dia tak pakai tudung, tapi rambut dia putih memanjang.."

"Benda tu lambai kamu balik tak?"

"Tak, dia tengok aje saya.."

"Lah, mana tau kawan kamu saja nak main-mainkan kamu.."

"Cikgu, bukan lah. Ini betul punya.. Saya kan naik tingkat 1.. Nak lalu pergi kelas kena lalu depan makmal kimia tu.."

"Hah, apa jadi?"

"Masa saya sampai aje tingkat 1, saya pun nampak benda tu diri depan makmal kimia.. Tak ada kaki..!! Saya pun lari lah turun cepat-cepat.."

"Ya lah cikgu, takut lah dia ikut kami.. tolong lah cikgu.."

"Alaa.. benda tu nak tengok aje.. bukan kacau kamu pun.."

"Tapi cikgu, seram lah... Macamana kalau dia kejar?"

"Kamu ni, bulan puasa mana ada hantu! Hantu semua kena ikat, dia tak akan kacau kita.."

"Tapi cikgu.... Kami Tak Puasa! Hantu kan tak kacau orang puasa aje!!"



Kakkoii berdekah2 katawa tanpa boleh ditahan lagi..

P/s : Untuk kaum Cina, ini adalah bulan hantu lapar..

12 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

miss ct on August 8, 2011 at 8:45 PM said...

Assalamualaikum kk..
biar betul??

Anonymous said...

bulan hantu lapar?
cam pernah dengar b4 ni..
nyway, ini kisah benar or rekaan semata?
:)

Unknown on August 9, 2011 at 1:09 AM said...

prnah dgr psl ni..mslhnye kte ni ble pose dah mcm hantu lapar jugak gamaknyerr!!!hahaha

Kakkoii on August 9, 2011 at 2:41 AM said...

miss ct >> kisah benar dgr dri telinga kk sendiri

Kakkoii on August 9, 2011 at 2:42 AM said...

miziey >> cerita dlm blog ini semuanya berdasarkan pengalaman dan info benar yg diolah mengikut gaya kakkoii..

err bulan hantu lapar maksudnya bulan ini hantu2 berkeliaran

Kakkoii on August 9, 2011 at 2:43 AM said...

finaz jaafar >> haha kantoi.. ni mesti time buke je finaz jadi hantu lapar kan

Fadzlin Basir on August 9, 2011 at 5:19 AM said...

hahhahhahah..kakkoii lawak lahh...hantu cina la tuu kot..keh3,,,XD

feeza macho on August 9, 2011 at 5:26 AM said...

alamak ! tamo ponteng lahh cenggini :takut

Anonymous said...

hahaha...

Kakkoii on August 9, 2011 at 5:28 AM said...

lemon susu skyjuice >> hantu cina eh? mayb mayb haha

Kakkoii on August 9, 2011 at 5:29 AM said...

si macho >> ponteng........???

....HAH! tu tuhan bagi cuti.. bukan ponteng lahh!

Kakkoii on August 9, 2011 at 5:29 AM said...

moon >> hahahaha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011