Dunia Akhir Zaman

2011-08-07


Baru-baru ini Kakkoii ada menonton satu rancangan tv di mana seorang remaja diupah untuk membuka gerai "permainan" perjudian di hadapan sebuah masjid...

Ramai "orang kita" yang keluar dari masjid, singgah melihat "permainan" tersebut..

Ada yang tua berjanggut, ada yang muda berjubah, ada yang makcik bertelekung turut sama melihat dengan penuh asyik permainan itu

Tiba-tiba..


"Assalammualaikum bro, lu apa hal main judi dekat sini?"

"Err.."

"Ini depan masjid, lu kasi hormat lah sikit.."

"Err.. saya.."

"Lu agama Islamkan? Takkan benda ni pun tak boleh fikir!"

"Err...saya.. saya.."


Remaja itu dihentam sehinggalah pengacara datang meleraikan keadaan..

Memang menjadi tanggungjawab kita untuk menegur perbuatan mungkar, tetapi...


Orang yang menegur itu adalah seorang "Mat Rock" dengan rambut panjang dan pakaian ranggi!


Persoalannya sekarang, mengapakah orang yang berperwatakan seorang muslim tidak langsung menegur, malah turut sama tumpang sekaki berseronok dengan kegiatan haram itu??

P/s : Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman..

2 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

cik AF on August 8, 2011 at 4:27 AM said...

Kadang-kadang perwatakan tak mencerminkan sahsiah diri.

Ya penting sekarang adalah sejauh mana mereka ada kesedaran thdp agam sendiri. tak kiralah baju apa yg mereka pakai. errr, asalkan tutup aurat sudah lah ye :P

Kakkoii on August 8, 2011 at 4:56 AM said...

cik AF >> kk sgt setuju, tetapi mengapakah orng yg beperwatakan lebih alim x menegur dan join sekaki.. di mnakah kesedaran mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011