Diari Seorang Guru - Cikgu, sifir tak penting!

2011-08-10


Seorang guru tidak akan terlepas daripada mengganti kelas guru yang tidak hadir..

Kakkoii pun begitu juga.. Pada suatu hari, Kakkoii diarahkan untuk "relief" kelas tingkatan 5..


"Kakkoii, hari ni kau kena relief tingkatan 5A tau."

"Hah! Relief?? Apa yang saya nak ajar kak?"

"Alahai, kau ajar je apa-apa.. asalkan mereka tak bising.."


Sampai masanya, Kakkoii masuk ke kelas tersebut..

Selepas ucapan salam, Kakkoii bertanya..


"Siapa dalam kelas ni masih tak hafal sifir?"


Hampir kesemua murid mengangkat tangan..


"Ok, hari ini saya nak ajar kamu cara kira sifir menggunakan tangan.. Senang aje caranya, yang penting kamu kena faham dan sudah mahir operasi tambah."


Semua memandang dengan pandangan penuh kehairanan..


"Ok, syaratnya kamu kena hafal sifir 1 hingga 4.. Err, tingkatan 5 mesti dah hafal kan?"


Beberapa orang murid menjawab..


"Sudah hafal cikgu!"

"Ok bagus, sekarang keluarkan tangan kamu.. kamu kena tahu setiap jari kita mengikut nombor.."

Setiap jari mesti ada nombor masing-masing

"Ok, sudah ingat tak nombor tu?"

"Sudah cikgu~"

"Ok, sekarang mari kita cuba.. Katakan saya tanya kamu soalan 7 x 6.. cara kiranya begini.. Tutup jari 6 dan 7 pada tangan kiri. Kemudian tutup jari 6 pada tangan kanan.."


Warna hitam menandakan jari yang ditutup


"Ok sudah?"

"Sudah cikgu~"

"OK sekarang kira jari yang kamu tutup. Semuanya ada 3 (lihat gambarajah nombor bewarna kuning) kan?"

"Ada cikgu~"

"Ok bagus. Jari yang ditutup nilainya 'PULUH'. Kamu sudah tutup 3 jari, bermaksud nilainya ialah 30..."

"Oooooooo"

"Ok sekarang tengok jari tangan kiri kamu. Ada 3 (lihat gambarajah nombor bewarna merah). Kemudian jari di tangan kanan kamu. Ada 4 (lihat gambarajah nombor bewarna hijau) betul tak?"

"Betul~~"

"Ok sekarang kamu kena darabkan 2 nombor tadi. 3 darab 4 samadengan 12 kan?"

"Yee~~"

"Ok, last step.. kamu tambahkan nombor puluh dengan hasil darab tadi.. 30 tambah 12. Hasilnya ialah 42! Betul tak? So maksudnya 7 darab 6 samadengan 42!!"

"Oooooooooooo~ Hebatnye cikgu~"


"Ok, kita cuba sekali lagi.. Kali ni soalannya 7 x 8"

"Macamana cikgu?"

"Guna kaedah yang sama. Cuma kali ini tutup jari 6 dan 7 untuk tangan kiri dan 6,7,8 untuk tangan kanan.."


Jari yang ditutup ialah 5, bermaksud 50!

"Waaaaah betul lah cikgu~!"

"Ha, cara ini boleh digunakan untuk hasil darab 6 hingga 9 aje.. Mula-mula agak perlahan tetapi bila kamu dah biasa, ia akan menjadi sangat mudah dan cepat! Boleh la kamu guna dalam SPM nanti kalau tak ingat sifir.."

"CIkgu, hafal sifir tak penting lah..~!"

"Eh, kenapa?"

"SEKARANG KAMI GUNA KALKULATOR AJE DALAM EXAM!!"

"...Erk..."


P/s : Tiba-tiba Kakkoii rasa diperbodohkan haha..


24 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

mawarni_mas on August 10, 2011 at 10:14 PM said...

HAHAHA , :)

Kakkoii on August 10, 2011 at 10:20 PM said...

mawarni >> pergh sampai hatimu menggelakkan ku ~ hehe

hana on August 10, 2011 at 10:33 PM said...

haha..
rase nak gelak guling2 la..
dah la susah nak kira camtu..
gune calculator agi senang..
muahahaha

Kakkoii on August 10, 2011 at 10:45 PM said...

hana >> huh sabo je.. kalo dah biasa senang je kot.. direct terus dpt. isk3!!

tapi bebudak tu memang siot betul.. x gtau awl2 dewang gune kalkulator!! aaaargh

fana on August 10, 2011 at 11:26 PM said...

nice info..bru tau..tp lambat kire ni..lau congak2 cam biase lg cpt..huhuhu

Kakkoii on August 10, 2011 at 11:49 PM said...

fana >> ini untuk budak2 yg ada masalah nak hafal or dah hafal tp x yakin jwpan die ^^

Syu Amb on August 11, 2011 at 12:55 AM said...

hahahah~ tah pape la cikgu neyh kan kan~ cara paling mudah ade tapi nak jugak guna jari . . hahahah ^_^

an nyek on August 11, 2011 at 3:05 AM said...

wa!!! menarik2...tp last skali pki kalkulator gak...hahaha

Kakkoii on August 11, 2011 at 4:01 AM said...

syu >> mane la tau dewang nak ajo adik2 dewang haha

Kakkoii on August 11, 2011 at 4:01 AM said...

an nyek >> haha kalo kalkulator bateri kong, gune jari gak an??

fara murni on August 11, 2011 at 5:40 AM said...

skg sume gune otak jepun jek...
haha...

Kakkoii on August 11, 2011 at 7:18 AM said...

fara >> haha betul2.. tp ilmu haruslah ada sebanyak mungkin ^^

Anonymous said...

hahahaha, ape la kk nih. mane ada org congak lagi sifir-sifir nih =.=

aufa pun ta hapal sifir gak. ahahaha. lawak la kk nih -__________-

eh, silap silap, lawaklah cikgu nih. tp apepun, nice ways lah, salute sbb ingat lagi cara tu. fa pena blaja tp dha lupe :P

Kakkoii on August 11, 2011 at 10:09 AM said...

fa >> kaedah yg menarik dan memudahkan memang la kk kene ingt...

kdg2 student tanye sifir kk pun lupe..

so nak confident kene lah congak gune cara ni haha

sangpemimpi on August 11, 2011 at 10:52 AM said...

skng ni dh blaja smpi u pun tak ingt lagi sifir sbb asek guna kalkulator

Kakkoii on August 11, 2011 at 11:19 AM said...

asma daud >> erk~ parah2!

miss ct on August 11, 2011 at 8:11 PM said...

Assalamualaikum cikgu..
hahaha... xkan x tau diaorg blh guna kalkulator?? adoyai.. tp xpelah..mana tau ilmu tu diaorg bg kat adik2 diaorg kan.. ilmu yg berpjgn.. =)

EjAt_mU89 on August 12, 2011 at 8:22 PM said...

hahaha,,
cigu2...nasib bek xajar buat petak sifir kat die owg hahahaha

jln n follow cni

ISZA on August 13, 2011 at 1:08 AM said...

salam, akak nak kongsi cerita ni yer..

fieza jaja on August 25, 2011 at 12:44 AM said...

haha. selamba je bdk tu menjawab. tp xpe.usaha tu ade.hee~!salam kenal dari cikgu jaja:)

Kakkoii on August 25, 2011 at 1:03 AM said...

miss ct >> haha memang x tau.. time kk dlu mana ada gune kalkulator ni..

Kakkoii on August 25, 2011 at 1:03 AM said...

ejat >> memang cadang nak ajar gak.. tp bila pikir balik terus kansel

Kakkoii on August 25, 2011 at 1:04 AM said...

cikgu isza >> boleh2 silakan... nak kk send entry ni x? x leh copy tu.. sian kak nak salin balik

Kakkoii on August 25, 2011 at 1:05 AM said...

fieza >> haha salam kenal.. kita sebagai cikgu kene la bg ilmu yg mana boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011