Kuih Tunjuk

2011-08-19
Ini kuih tunjuk?


Jika zaman Kakkoii kecil-kecil dahulu, mak selalu buat kuih pada penghujung puasa..

Pelbagai jenis kuih yang dibuatnya. Untuk 'stok' sebulan katanya.. 

Tapi, zaman kian berubah. Beberapa hari yang lepas..


"Mak, tahun ni tak nak buat kuih raya ke?"

"Hmm.. Mak ingat nak jugak lah buat kuih raya.. Kalau setahun tak buat, tak sah rasanya."

"Ho ho bagus, bagus.. Kalau raya tak ada kuih raya, bukan raya namanya.."
(Ini statement sesat... jangan ikut ye.)


Dipendekkan cerita, Kakkoii membawanya keluar membeli bahan-bahan membuat kuih..


"Mana bahagian barang-barang kering untuk kuih ni?"

"Dekat hujung situ kot.. Nampak macam ada banyak bekas aje.."

"Eh, ini bukan tempat bahan buat kuih.. Tapi tempat kuih!"

"Huh.. ye la.. banyak nye kuih.."

"Eh, RM10 je sebekas? Murahnya.. Belilah sikit buat tambahan kuih nanti.."

"Hmmm ye la.."

"Almond London, Tart Gulung, Chocolate Chip, Chocolate Stick..."

"Ha tu kuih Corn Flakes ambil satu.. Sedap tu.."

"Ha kuih Batang Buruk, Sarang Semut, Semperit dengan Kuih Sampan pun sedap.."

"Hah, cukupkan sepuluh.. Tu ambil kuih Suji sekali.."

"Huh, diam tak diam dah sepuluh kuih.."

"Eh sebelah tu pun ada rak kuih juga la.."

"A ah la.. Eh, kuih apa ni? Tak pernah dengar pun.."

"Hmm? Kuih ni pun tak pernah tengok.."

"Biskut Y? Vanila Cokelat? Gajus Crispy? Kenapa la pelik nama dia bagi.."

"Nampak macam sedap aje.. Tak nak try ke?"

"Hmm jom lah kita try.. "


Dalam perjalanan pulang ke rumah..


"..... Tadi kita pergi sana nak beli bahan buat kuih ke, atau nak beli kuih?"

"Eh, ye laa... Hadui macamana la boleh lupa!"

"Rambang mata la maksudnya tu.."

"Beli pun dah banyak, nampak gayanya raya tahun ni kita makan kuih 'tunjuk' aje lah.."

"....erk, Kuih Tunjuk...."


P/s : Zaman kian berubah, makin maju, makin senang... Bila agaknya nak merasa kuih buatan sendiri ye?

Jika anda minat entry ini, sila tekan Like dan Share dalam FB anda yer..


12 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Siti Safiyyah on August 19, 2011 at 10:26 PM said...

<-- sedang menunggu posmen datang anta Chocolate Chips Cookies kat umah. hehe. tahun ni beli kuih tunjuk jugak kot.

Anonymous said...

kueh tunjuk lg sng.. :D

Kakkoii on August 19, 2011 at 10:52 PM said...

@Siti Safiyyah

Huhu... nanti send sini sikt!!!

Kakkoii on August 19, 2011 at 10:52 PM said...

@asamasin

kuih tunjuk tiada air tangan orng tersayang ^^

Rain on August 19, 2011 at 11:45 PM said...

janji sodap --> kepuasan rasa penting!

Kakkoii on August 20, 2011 at 12:03 AM said...

Rain >> wah wah wah... makan aje ye ko.. haha

yayath on August 20, 2011 at 2:15 AM said...

wahhh....banyak nye kueh..hehehe:)

alamak...gambar kueh cincin la....waaaa..sangat rindu nak makan kueh tu..duduk sabah dulu senang je jumpa~~~hoho:)

Kakkoii on August 20, 2011 at 3:59 AM said...

yayath >> kuih cincin memang popular kat sana... sedap kan? huhu kalo emmber balik sabah emmang suruh die belikan punye lah~

Ms. Siti on August 20, 2011 at 4:43 AM said...

kueh pape oke time raya ni..kueh tunjuk pon sedap juge :)

Nurul Iman on August 20, 2011 at 5:44 AM said...

haha mmg rambang mata thp kronik dh tu hehe :)
tp lg puas klau buat sndiri

Kakkoii on August 20, 2011 at 6:55 AM said...

Ms. Siti >> haha kuih tunjuk memang sedap eh~ memang r sedap coz kita yg makan ^^

Kakkoii on August 20, 2011 at 6:56 AM said...

izaty fatihah >> izaty, yup akhirnya ada yg sependapat~ memang puas buat sendiri setuju sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011