Tidak berapa lama dahulu, Kakkoii ada menghadiri taklimat keselamatan Cyber yang dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia..
Di dalam intipati taklimat tersebut ada diterangkan mengenai kelemahan penggunaan password kita dan bagaimana caranya untuk meningkatkan keselamatannya.
"Password yang kita guna itu sebenarnya amat mudah untuk di-hack oleh hackers dengan menggunakan kaedah brute force"
"Apa itu brute force?"
"Brute Force ini ialah satu kaedah yang amat popular dikalangan hackers dimana mereka menggunakan perisian komputer untuk mencari kombinasi yang tepat untuk password kita.. Ia memang mengambil masa tetapi kaedah ini paling efektif!"
"Kalau gitu, tak ada password dalam dunia ini yang selamat?"
"Memang tak ada yang selamat.. Tetapi kita boleh menyusahkan hackers itu.."
"Bagaimana?"
"Dengan 1 langkah mudah, password kita boleh diperkukuhkan.."
"Langkah yang macamana?"
"Bagi saya 1 contoh password 6 aksara dan semuanya huruf kecil.."
"abcdef"
"Anda rasa berapa lama perisian itu mengambil masa untuk mendapatkan password ini?"
"Err... 1 jam?"
"Kurang tepat... Ia hanya mengambil masa secara purata 5 minit sahaja.."
"Wah..."
"Ada 4 elemen yang kita kena ada untuk mengukuhkannya.."
"Apa elemen dia?"
"Huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol!"
"Tak faham.."
"@bCd3f"
"Oooo maksudnya dalam password kita mesti ada 4 kombinasi tu lah.."
"Yup.. Sekarang rasa-rasanya perisian tu mengambil masa berapa lama?"
"1 Jam!"
"Salah juga... Secara purata 8 hari!"
"Wow..."
"Itu baru 6 aksara.. Jika lebih banyak aksara agaknya berapa lama lagi kan?"
"Betul-betul.."
"So, terpulang pada kita samada nak password itu OK atau KO!"
Dan ini merupakan nota yang sempat Kakkoii salin dari taklimat tersebut..
Sila klik jika tak nampak.. |
P/s : Walaupun tengok macam lama, tetapi itu hanya anggaran lingkungan masa yang diambil untuk mencuba kesemua kombinasi.. Kita tak tahu kita punya kombinasi akan didapati pada saat ke berapa.. So, kalau nak selamat, setiap 6 bulan tukarlah password anda..
Jika suka entry ini, sila klik Like dan Share di FB yer..
33 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
setiap 6 bulan tuka password? akan dilakukan selepas ini. hehe. eh teringat ada sorang blogger ni. kesian dia. terpaksa asyik tuka2 password sebab selalu sangat kene hack dgn org yg sama pulak tu!
haha.. best la info nie.. siyes~
best3.. ^^
betul tuh :) /me punye panjangggg sangat.. tp.. kalau meke nak hack.. dapat nyer.. so tukar2 ea :D
password serius 22 aksara.. semua combination nombor+huruf+simbol... kalau orang yang tenung keyboard aku masa aku key in password pon mustahil dier leh tau password aku..
(^__^)V
*password AKU serius 22 aksara...
typo pulak dah...
good info ni...
good info ni...
dah usaha tmbh doa & tawakal... insya-Allah selamat...
tapi sekarang ni system makin lama makin laju tetap menyenangkan para hackers jugak..
yup...kita tak bole nak buat pape tapi menyusahkan para hackers dengan password yg bermacam-macam....
oo ni la entry kakkoii ckp tu ye..spanar tak reti buat password yg ada simbol segala ni sbb spanar adalah seorang yg cepat lupa..seyes spanar ckp sbb spanar trlalu byk ingt password..huhuhu..
bagus2 kakkoii,entry yg mmbantu ramai org =)
kakkoi bagus info ni..aku tau lama dah bende ni tapi password aku still paling tinggi pun 2 kombinasi je..nombor + huruf hahaha...;-)
@Siti Safiyyah
mesti tukar tau... and mintak blogger tu baca ni.
@вʋввℓɛ ρσρƨ
kalo nak share bgtau nanti kakkoii e-melkan ^^
@ReYnn
Thenks3... ^^
@l° ~❤Misz Nadea❤~°l
haha betul... walaupun panjang kita kene tukar2
@alepridz
Alahai gilak panjang haha
@kayrol
Thenks kayrol ^^
@kaizen
Yup~ Tepat sekali!
@~sHy~
Kalo ada cara lain nak menyusahkan hackers tu memang kita wajib buat jugak... keselamatan..
Harap2 la x kene hack.. amin
@Spanar Buruk
Spannar, sian ko yek.. selalu lupe password huhu
@Phat
Haha Phat, kasi tambah 1 simbol dgn 1 huruf besar jek...
thx kakkoi.. :D
greeny >> your welcome ^^. Harap2 lepas ni masalah itu tidak berulang lagi
asamasin >> same2
kalau nak tukar selalu ni yg payah..
hahah..
mane nak ingt sume pwd.
huhu
Dulu kalau boleh buat password sesenang mungkin,tapi bila tengok makin berleluasa pulak kes hacked meng-hacked ni terus buat password susah !
Info yang sangat berguna..Thanks ! :)
hana >> hana try adakan 3 password then tukar2 antara 3 tu... kiranya rotate je la hik3
Belog MTT >> huhu try la password ni.. "S3n@nG" <--- kompom senang.. haha
Btw, thx ^^
waaaa,terbaik lah kak :D
meaw >> haha tekiu...
ish, scarry laa pulak dgn hackers nh...=)
arabella >> tu sebabnya kita kene tingkatkan keselamatan.. walaupun x menjamin, at least kita berusaha
Post a Comment