Inilah dia rupa sederi |
Suatu petang, ketika dalam perjalan pulang dari kuliah..
"Man, haus tak?"
"Haus la juga.."
"Jom beli 'Fresh Juice' nak?"
"Fresh Juice? Jom!"
Kami singgah di sebuah kedai yang khas menjual minuman sejuk..
"Assalammualaikum, kak.. saya nak Honey Dew satu.."
"Honey Dew, ok.. Adik ni pulak nak jus apa?"
"Err.... Sekejap eh.."
Sambil melihat menu..
"Apa aku nak minum eh?"
"Ala.. Kau order la yang kau belum rasa lagi.. Semua sedap dekat sini.."
"Hmm... Ha yang ni lah.."
"Yang mana, adik?"
"JUS SEDERI !"
"....."
Kakkoii terdiam sambil memandang kehairanan..
Selang beberapa minit, minuman yang dipesan telah siap dibungkus..
Selepas membayar harga yang dikenakan, kami beranjak ke kereta..
"Pergh.. Honew Dew dia sedap gila.."
"Hah yeke? Jus aku ni pelik sikitlah warnanya.."
"Kenapa ???"
"Bukan sepatutnya warna merah ke?"
"Merah ?"
"Yer la.. Kan memang warna merah.."
Terdiam sekejap sambil berfikir.. Jus Sederi warna merah?
"Sedap ke jus kau?"
"Ni baru nak rasa..."
Sambil meminum jusnya...
"Hak tuih..... KELAAAT!"
"Dah tu kau ingat rasa apa?"
"Sepatutnya manis!"
Terdiam sekejap sambil berfikir buat kali kedua.. Jus Sederi rasanya manis?
"Err, Man.. Aku nak tanya sikit boleh ?"
"Apa dia? Eeee tak sedap langsung jus ni !"
"Kau tahu tak SEDERI tu apa ?"
"Tahu..."
"Macamana rupanya ?"
"Apa lah kau ni... Belajar tinggi-tinggi, sederi pun tak kenal... Kan buah yang kecil-kecil bulat.. warna merah tu.."
"Kecil-kecil bulat, warna merah ?"
"A ah la.. Alaa yang ada dekat belakang surau taman kita tu.."
"Belakang surau ?"
"Yang pokok dia rendang-rendang tu.."
"......."
"Kenapa ?"
"Woi mangkuk..! Tu CERI bukan SEDERI !!!"
"...Erk, ye ke? Dah tu sederi macamana pula?"
"Tu yang kau minum tu..!!!"
P/s : Siapa lagi yang tak kenal apa itu SEDERI?
34 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
wakakka :D lawak lawak
haha.. sederi yg wonderpet tu kan? :apa :hihi
sape kawan kk tu? Meh nak kenal sikit :p
sederi tu yg "makanan wonder pet ek, kami datang... hihihi :D
@ainina jelani
haha lawak kan? Benda ni dah lama jadi.. sampai sekarang bila ingat still lawak
@ReYnn Aah... Wonderpet! Wonderpet! Kami datang!
@Siti Safiyyah Amboii cik adik ni... gatal nampak.. terkena kejutan budaya ke masuk U tu?
@fea design Haha yup~! Try la minum jus die.. pastu cakap kat member mcm dialog kat atas.. tengok ape reaksi die.
adedeh.. lawak nye... hahaha. ni mesti member tak pena tgk wonder pet ni.. haha
hehehehe.....sederi jdk ceri.... lawak2...:)
Yuu >> ahaha no komen~
Seriously... wonder pet tu apa? hak3
nunaayat >> lawak kan? hehehe
assalamualaikum Kakkoii....kelakar jer n3 ni kiranya tersilapla ni..sangkakan ceri rupanya sederi...:)
hihi..macam daun yg letak kat laksa lak..daun apa tah tu.hihi..mula2 ingat pajeri.rupanya sederi :P
maszull >> wassalam.. haah.. konfident je die order.. ahaha
eena arrina >> kire ok lagi tu.. dr sederi jadi ceri! hehe
dulu kpah tertukar saderi dgn daun sop..tapi dah tau dah..saderi tu besar btg dia dr daun sop...sedap jgk jusnya..cuba campur dgn susu segar....letak gula sikit...yummmmm...
kpah >> blueekk~ hehe sederi x sedaaap!
hahahaha..klaka la..btw, org kedai tu buat pulak la jus sederi tu eh..? wujud rupanya jus sederi kt kedai dia tuh..hehe
Qaseh >> memang ada dlm menu.. tu yang member p order..
saderi kalo mkn berangin la..hahaha..bubuh dalam sup..wonderpets selalu makan
Apa beza saleri dgn saderi?..sila jawab tuan yang sgt kakkoii..klau dpt jawab,spanar bagi seposen je..saleri wat msak sup sgt sedap..
wonderpet wonderpet spanar dtg,mmbntu kakkoii dalam kesusahan hahaha..
kakkoii,msuk la bcr :tlg (memaksa masuk bcr)..
HAHA ! xknl rupanya sederi :P
klau nk buat jus sederi,kne letak gula lebih ckt.sure mengancam ! (:
sederi tak tau baik terejun sungai hahahahah
kiah wilcha
hehe..sederi
erk???? hahahahhakk... alahai....
eh? dh lme tak update ke? cuti panjang bro~
@Phat
dey! Wonderpet makan mentah punya la.. mana ada campur dlm sup!
@Spanar Buruk
saleri = sejenis daun sup...
tapi kalau di-englishkan akan jadi salary = gaji
saderi ada juga yang memanggil sederi.. sejenis sayur yang banyak khasiatnya.. delalu dimasak bersama sup.
p/s : KK memang sentiasa ada di BCR.. menjadi penghendap setia!
@ratu zuleyqha
Fuh... tetap rasa x sedap!!!
@Anonymous
Kiah >> ahaha aku rase ko pun sebenarnye baru tau kan kan kan?
@mohdhazlan Dreadlock
Yer... saudari? eh.. sederi ahaha
@El-Janna
Huhuhu bukan cuti panjang... tapi kes lupe password.. keh3
adoii...
boleh plak order jus sederi..
x sedapppp.. hehheee
lia >> haaaa baru tau~ ehehe
Post a Comment