Adakah Kita Ini Tertipu?

2011-09-17
Apakah sebenarnya maksud "diskaun" ?


Pada suatu hari Kakkoii keluar dengan seorang rakan..


"Man, aku ingat nak beli kasut sukan sepasang lah.."

"Aik ? Bukan kau dah ada ke ?"

"Dah rosak.."

"Ha tu la.. Lain kali jangan la beli cap ayam.."

"Yang original mahal lah.."

"Memang lah.. tapi tahan lama.. Kasut lama aku tu tahan 4 tahun kot.."

"Kasut yang kau pakai ni ?"


Sambil menunjuk kepada kasut yang dipakai oleh rakan..


"Eh, bukan yang ni.. Yang ni aku baru beli bulan lepas.."

"Cantik design dia.. Cap ayam ke ?"

"Woi, original ni... Tak main lah cap ayam !"

"Berapa ?"

"RM 125 aje.."

"Wow, murah jugak.."

"Berminat ke ? Aku tengok kedai tu tengah buat sale sekarang.. Bulan lepas masa aku beli tak ada sale, so mesti sekarang harga lagi murah !"

"Ye ke ?"

"Yup.. Kau nak tak ? Kalau nak jom kita pergi tengok dulu.."


Kami pun bergerak ke kedai yang dimaksudkan...


"Wah, nama kedai ni ada macam arab sikit lah.."

"Ha, kedai ni orang Melayu punya.. Dia punya bisnes dah berkembang.. Cawangan dia ada seluruh negara kalau tak silap aku lah.."

"Wow, jarang dengar orang melayu yang berjaya.."

"Itu yang aku suka beli dekat kedai ni.. Biasalah kalau orang Melayu, tak kan tipu macam kedai lain kan ? So, aku memang 100% percaya kedai ni je.."


Kami melangkah masuk ke dalam kedai tersebut..


"Pergh, kau tengok... diskaun 70% tu.."

"Ha ah lah.. Dia tengah buat jualan penghabisan stok kot.. Haha.."

"Rugi gila aku beli bulan lepas.. Kalau tak dapat lagi murah !!"

"Eh, serius aku minat gila design kasut kau.. Aku nak beli satu yang sama lah.."

"Ha bagus.. Jom aku carikan.."


Selepas kasut yang dicari dijumpai..
Kakkoii terus bertanya kepada jurujual yang ada disitu..


"Yang label ni harga lepas diskaun atau sebelum ?"

"Yang tu harga dah lepas diskaun bang.. Harga sebelum ni mahal lagi.."

"Sale ni mula bila ?"

"Kami baru aje mula minggu lepas.."


Rakan Kakkoii mencelah..


"Kenapa bro ?"

"Err, tadi kau kata kasut tu kau beli berapa ?"

"RM 125.. Kenapa ?"

"Bila kau beli ?"

"Bulan lepas.."

"Kau tengok harga dia lepas sale.."

"Mana ?"

"Ni hah... RM 125 JUGA !!"

"Erk..."

"Tak jadi aku nak beli lah..."

"Sumpah aku tak nak datang lagi !"


Kami terus beredar...


P/s : Jika mahu berniaga kita mestilah jujur barulah rezeki yang diperolehi itu halal.. Kan bila kantoi, customer lari, nama kedai yang rosak... Renung-renungkanlah..



62 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

fyy mokhtar on September 17, 2011 at 6:40 AM said...

wahahaha. seb baik tak belikan. zaman sekarang mcm2 bole jadi :D

Unknown on September 17, 2011 at 6:41 AM said...

parok sungguh orang zaman lening....huhuhu

Unknown on September 17, 2011 at 6:45 AM said...

/me dah tahu pun.. pernah jadi promoter pas SPM kejap... dah tahu taktik die.. hahhaah!!~

Ms on September 17, 2011 at 7:27 AM said...

pnah kerja part time dulu... rupanya harga diskaun tu pun dorang da dapat untung gila-gila punyer... hermmm...

kakngah on September 17, 2011 at 7:31 AM said...

rasa2 boleh agak nama kedai yg dimaksudkan tu..
:P

Anonymous said...

mcm2 hal sekarang..haihhh...

Nilam suhana on September 17, 2011 at 8:24 AM said...

hurm... diskaun tu kadang2 atas perkataan je kan??? haish..

maszull on September 17, 2011 at 8:56 AM said...

salam...diskaun tu semuanya pembohong jer...baik beli masa x ada diskaun sbb harganya sama jer...:)

menipu jer kn..:)

Ajenie on September 17, 2011 at 9:25 PM said...

singgah sini,bca entri dan follow sini..

Unknown on September 17, 2011 at 9:29 PM said...

da slu kne..tutama sale waktu rye ary 2..
ble dbndingkn dgn hrge skrg,sme je..xde beza pn..
hoho

Cik Azz on September 17, 2011 at 11:13 PM said...

Mujurlah akak ni jenis yang tak suka sangat shopping taim sale ni.. Sebab dah tau dah taktik dorang..

Semuanya nak UNTUNG BESAR.. huhuhu..

Kadang2 kesian tengok orang MELAYU kita yang berpusu-pusu dan berebut-rebut membeli masa SALE.. Yang sekolah tinggipun kena TIPU jugak..

Hahahaha... Siapa yang BODOH sekarang..?? LU la yang BODOH...

Lat'z on September 17, 2011 at 11:47 PM said...

betul tu...cakap ada sale tpi sebnarnya tiada..dh slalu dh kena dgn kedai2 @ supermarket macam tu...

Anis Adila Aris on September 18, 2011 at 1:06 AM said...

selalu gak dengan pasal ni..
namanay diskaun tapi hrga same aje... ape kejadahnye..

Nadia on September 18, 2011 at 1:09 AM said...

tu lah kan..kalau kita nampak diskaun jer terus serbu..

Nur Zulaikha on September 18, 2011 at 7:49 AM said...

macam2 cara nk cari pelanggan..tinggalkan link kt sini ye..TQ..ade mase join la..
http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2011/09/segmen-berterusan.html

Admin on September 18, 2011 at 6:57 PM said...

mmg kita selalu tertipu pun masa sale ni..die org mmg bagi harga sale..tp hakikat nya itu harga sebenar barang tu..tepuk dada tanya selera kan kk

Unknown on September 18, 2011 at 8:15 PM said...

cite betol ke?
jahatnya melayu kita ni...ishhh

Anonymous said...

erk! =,= nasib baik gwa tak layan barang ori..kah kah! memey waterfall betei org camgitu :)

-kiah wilcha-

Unknown on September 19, 2011 at 2:15 AM said...

ala..jangan kata kedai kecik2.. jusco tu pun buat camni..aritu beli mixer time takde sales harga 69..pegi jusco diorg kata sales.. harga 69 gak..konon harga asal rm89.. kesimpulannya..jangan membeli belah time sales..melainkan beli diapers anak..selalu rm40+..time sales rm32..hahaha..

aamalinaazman on September 19, 2011 at 2:20 AM said...

huuuuuu
cam taw je kedai ape nii
huhuhuhu
tula
kekdg ni kene wat kaji selidik kan....

Jejaka Terhangat on September 19, 2011 at 3:12 AM said...

haha..bab diskaun 50% 70% langsung tak menarik perhatian aku..tp aku kenal ada pmpuan dia jari rambang mata bila tgk diskaun tinggi2 camtu. dan percayalah, kebanyakan pmpuan pn mcm tu. adehh..

Jejaka Terhangat on September 19, 2011 at 3:13 AM said...

typo..*jadi =_='

Salsabila on September 19, 2011 at 9:32 PM said...

jgn tetipu..heee..dtg sini baca2 n follow :)

al-kisah on September 20, 2011 at 5:32 AM said...

gurl mmg pantang dgr sale hahaaaa

msredcheesecake on September 20, 2011 at 10:48 AM said...

Time sale msred suka beli kat kedai yg msred biasa shopping sebab tau harga dia berapa supaya kejadian diatas tak berlaku...

Un Phat Lee on September 22, 2011 at 1:23 AM said...

aduuh.kene tipu.duuh.huhu

Spanar Buruk on September 29, 2011 at 1:01 AM said...

Miss yg sangat kakkoii dtg bukan nk komen tpi dtg mmbawa hajat..andai dapat ditunaikan hajat sekecil ini, besarlah hati miss yg sangat kakkoii ini hrgai..menunggu mr yg sangat kakkoii ini free untuk join giveaway angry birds dari spanar..

Anak Mak Mah suka memanjat, Memanjat sampai jatuh tergolek, Spanar datang membawa hajat, Hajat yang datang tergolek-golek.

Sah tak jdi pntun ni..berterabur ayat..sila abaikan pntun tu sbnrnya spanar nk ajak mr yg sangat kakkoii join ga kat bawah ni:

http://spanarburuk.blogspot.com/2011/09/angry-birds-giveaway-by-spanar-buruk.html

farah jalikha on October 12, 2011 at 9:31 PM said...

farahalias bw kat sini. done follow u!

RinsyaRyc on November 4, 2011 at 12:02 AM said...

menipu arr..

amsran on November 28, 2011 at 4:39 AM said...

nice post..

D'ya Marshmello on December 15, 2011 at 9:51 PM said...

aduh, tipah tertipu la ni.Yu serius kebanyakkan sume shopping mall mcm tu.untung je lebih huhu ;) trutama girl, slalu sgt kne tipu =,=

jum singgah ;P

LATEST ENTRY : Entri Berkualiti Perlu Untuk Dapatkan Banyak Komen

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:25 AM said...

@fyy mokhtar

tu r.. kene hati2

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:26 AM said...

@Ai Nelang kita kena la beware ^^

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:27 AM said...

@l° ~❤Misz Nadea❤~°l Haha rupenye kita selamanye tertipu~

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:27 AM said...

@Pius@mR p betul2 tau x pa

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:28 AM said...

@kakngah

shhh.. jgn kondem bisnes orng.. dah tau senyap2 tau hehe

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:29 AM said...

@Panggil Aku Han

Pengajaran.. kita sebagai consumer kena berhati2

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:29 AM said...

@PeRmAtA bIrU

Yup.. sekadar atas perkataan sahaja

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:30 AM said...

@maszull

Yup~ kalo beli time diskaun orng ramai.. nak pilih pun susah~

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:30 AM said...

@Ajenie

Ooo tekiu kerana sudi singgah n follow blog yang x seberapa ni..

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:31 AM said...

@mirakim

Sib bek perasan.. kalo yg x perasan tu mcmane la agaknye kan

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:31 AM said...

@~ Cik Azz ~

Psychology kak.. psychology..

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:32 AM said...

@Lady Diana @ Lat'z

terbaek kerana sedar~!

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:32 AM said...

@Anis Adila Aris

X da kejadahnye haha

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:32 AM said...

@Miss Nadya

Tu la dia sifat semulajadi orng..

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:33 AM said...

@Nur Zulaikha

Err... segmen apakah?

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:33 AM said...

@Phat

Betul phat... betul.. 100% sokong

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:34 AM said...

@Paris Hilton (M)

citer betul... tp sedarlah.. bukan hanya melayu sahaja.. tapi peniaga yang x jujur

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:34 AM said...

@Anonymous

Alamah kiah wilcha sudah bersuara.. rosak BM betei~ haha

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:35 AM said...

@Rai

Terbaek~!

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:35 AM said...

@aimie amalina

kalo dah tau senyap~!!! hahaha

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:36 AM said...

@Jejaka Terhangat

JT.... anti pompuan ka? haha

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:36 AM said...

@Jejaka Terhangat

terbaek lah JT... typo terus dibetulkan haha

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:37 AM said...

@Syarifah Maryam Salsabila

betul! jgn tertipu.. tekiu baca dan follow yer

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:37 AM said...

@al-kisah

Tudia.... girl atau al kisah je yg pantang hehe

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:38 AM said...

@msredcheesecake

msred memang pengguna yang bijak ^^

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:38 AM said...

@Un Phat Lee

ang dah terkena ke?

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:38 AM said...

@Spanar Buruk

Perkhabaran spannar panjang berjela.. tapi malangnya kk lambat baca.. sowieee

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:38 AM said...

@[fArAh aLiAs]

haha tekiu following me

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:39 AM said...

@RinsyaRyc

x tipu... inilah kenyataan

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:39 AM said...

@SaveTheWorld

tekiu~

Kakkoii on December 19, 2011 at 5:40 AM said...

@D'ya Marshmello

alahai... x pe la janji dpt kepuasan membeli belah kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011