Insuran Telefon

2011-12-21
Kadang-kadang telefon menyusahkan..


Pada suatu pagi yang sejuk dek kerana hujan yang turun tanpa henti..
Kakkoii sedang lena diulit mimpi...

Tiba-tiba..

Tuuut Tuuuut Tuuuuuut


"Ish siapa pula yang call ni..."


Tuuut Tuuuut Tuuuuuut


"Ello..."

"Hello, saya daripada Syarikat Insuran **cencored**, ini encik Ali bin Abu?"


Sambil belum mencapai kesedaran penuh (mamai), Kakkoii menjawab..



"Huh, ye? Siapa ni?"

"Saya Rita yang membuat panggilan"

"Ye, kamu nak apa?"

"Begini, syarikat kami ada menyediakan pakej insuran keluarga.. Maksudnya insuran berkelompok yang melindungi satu keluarga encik untuk semua jenis kemalangan dan sakit.."

"Apa tu?"

"Insuran encik.. Kalau encik menerima skim insuran kami ini, seisi keluarga encik akan mendapat faedahnya lah.. Sebab hanya bayar seorang, tetapi dapat perlindungan semua.."

"Tak faham.. Apa?"

"Macam ni.. kata kan lah encik setuju menerima pakej ini, encik hanya perlu membayar setiap bulan, tetapi faedahnya untuk seisi keluarga encik.. Katakan encik ada 5 orang sekeluarga, kesemua 5 tu akan dapat perlindungan insuran ni.."

"Hah... 5?"

"Ye.. kesemua 5 orang. Jika ada 10 orang pun, kesemua 10 tu akan dilindungi.."

"Err...?"

"Bagaimana? Encik berminat? Jika berminat saya boleh tolong encik daftarkan sekarang.."

"Minat apa? Sekejap... Err..."

"Jangan tunggu lama-lama encik.. Insuran kami ini sangat berfaedah untuk seisi keluarga encik.."

"Bukan.. Err.. tadi kamu nak cakap dengan siapa?"

"Ini encik Ali bin Abu ke?"

"Hmmm bukan.. ini anak dia.. Kakkoii bin Ali.."

"Eh, tadi bila saya tanya ini encik Ali bin Abu, encik kata ya.. Bila masa pula tukar jadi anak dia?"

"Eh... tak ada lah.. saya baru bangun tidur ni.. tengah mamai.."

"Tapi dekat rekod saya ni, nombor telefon ini milik Ali bin Abu?"

"Memang lah.. Tapi tak salah kan jika anak dia yang pakai?"

"Err.. memang tak salah.. Tapi pakej saya kena daftar dengan ketua keluarga.."

"Erm ?"

"So, saya nak daftarkan atas nama siapa? Encik atau ayah encik?"

"Ayah saya kot.. sebab secara logiknya dia memang ketua keluarga.."

"Ayah encik ada?"

"Err.. dia tak ada.."

"Dia keluar? Boleh saya dapatkan nombor telefon yang boleh saya hubungi?"

"Ermm tak boleh.."

"Kalau macam tu siapa yang saya nak mintak kebenaran untuk daftarkan insuran ni?"

"Ayah saya lah.."

"Mak ada?"

"Ada.. Tapi dia bukan dengan ayah saya.. dia kerja.."

"Boleh saya dapatkan nombor telefon mak?"

"Tak boleh.."

"Kenapa?"

"Sebab, kalau kamu telefon mak saya pun, dia tak dapat nak informkan pada ayah saya.."

"Kalau macam tu, encik duduk di mana? Kami boleh hantar agen untuk berjumpa ayah encik.."

"Kalau kamu datang pun tak dapat jumpa dia.."

"Tak ada cara lain?"

"Tak ada.."

"Kenapa?"

"Sebab ayah saya dah meninggal dunia.."

"......."

"........"



"SAYA CAKAP BETUL-BETUL NI !!!"

"DAH TU, KAMU INGAT SAYA MAIN-MAIN KE ?"

"HIDUP DAN MATI JANGAN DIBAWA MAIN LAH..!"

"DIA MEMANG DAH MENINGGAL, TAKKAN SAYA NAK CAKAP HIDUP ! BODOH!"



"..erk.."


Click, talian diputuskan..

P/s : Spoil mood Kakkoii pagi itu.. Ada siapa pernah kena panggilan begini?




23 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Syaiful on December 21, 2011 at 7:07 PM said...

hahahahahahahahaha x pasal2 orang insuran tu herdik :P

Zack Hazze on December 21, 2011 at 7:10 PM said...

hahaha...org insuran panas jaa...kah3x...

Anonymous said...

:mujuk

Miss EZ on December 21, 2011 at 7:37 PM said...

aiyoo...ape nak jadi...kacau daun btol insurans tang gini..sabo aje la..klu kena gni..mmg panasssss =,=''

Admin on December 21, 2011 at 7:47 PM said...

aku selalu dapat ..ayat pertama dia org "tahniah en safarin sebagai pelanggan betuah anda telah ditawarkan insurans bla bla...

aku jawab sori2 meeting

Siti Safiyyah on December 21, 2011 at 9:36 PM said...

tak penah lagi dapat call pasal insurans camni.. janganlah dapat.. malas nak layan..


p/s: takziah eh kakkoii :mujuk

Unknown on December 21, 2011 at 11:50 PM said...

susahnye ckp dgn org yg xpaham2 ni.. adoi~

dRopPuc!noo™ on December 21, 2011 at 11:50 PM said...
This comment has been removed by the author.
dRopPuc!noo™ on December 21, 2011 at 11:51 PM said...

tutup je terus tepon macam tu..
"tahniah kerana anda terpilih bla bla bla.."
"ta'ziah diucapkan kerana saya langsung x minat. bai!" klik. hahaha

Anonymous said...

erk. ada jugak orang macam tu -.-
setakat ni tak pena kene lagi

Anonymous said...

hahaha..adooii..dye ingt men2 lak...tampo bwu tau...:)

aamalinaazman on December 22, 2011 at 5:47 AM said...

hehehehehe
stakat ni x penah lag
kalo x mang letak terus
hehehehe

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:24 AM said...

@syaiful

Die herdik, kita herdik balik :P

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:25 AM said...

@Zack Hazze

Biarkan die panas~ lalala padan muke sape suruh kuang ajo

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:25 AM said...

@FEA.DESIGNER

ape mujuk2.. x laku! eheheh

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:31 AM said...

@Miss EZ

betul2.. memang panas kan! huhu

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:31 AM said...

@Phat

ahaha idea bernas tu...

meeting!

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:31 AM said...

@Siti Safiyyah

try la dpt, bru ada pengalaman...

p/s: tq

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:32 AM said...

@Cik Nurul

tau x pe~

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:32 AM said...

@dRopPuc!noo™

ahaha satu lagi idea bernas~ ehehe

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:32 AM said...

@cik AF

x pe x pe.. satu hari nanti kena la.. hehe

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:33 AM said...

@Izz Faizah

sib bek dlm tepon.. kalo kat depan2 dah ditampo dah

Kakkoii on December 22, 2011 at 6:33 AM said...

@aimie amalina

hehe kdg2 dewang kal x kene tempat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011