Bagaimana Mahu Mengenali Budak Bijak?

2012-01-25
 
Peristiwa ini berlaku semasa cuti sekolah tahun lepas..

Pada suatu hari, Ayah dan Kakkoii datang ke rumah adik saudara Kakkoii..


"Assalammualaikum...."

"Waalaikummussalam... Ooo Pak Ngah dengan abang Kakkoii, masuklah..."

"Ayah ada?"

"Ayah kerja.. Sekejap lagi dia balik.."

"Mak kamu ada?"

"Mak pergi kedai beli barang dapur.."

"Ooo ye ke.. Lama lagi ke ayah kamu balik?"

"Dia habis kerja pukul 5 nanti.."

"Mak kamu bila balik?"

"Dia keluar dah 2 jam.. Nanti sekejap lagi kot.."

"Ooo.. Kalau macam tu Pak Ngah tunggu la ye.."

"Ha, duduklah dulu.. Saya nak buatkan air.."

"Air apa kamu pandai buat?"

"Mak tak bagi guna dapur.. Dia kata bahaya.. Takut terbakar rumah.."

"Hah?"

"Air kosong je lah.. Boleh?"

"Ha, boleh lah.. Yang sejuk ada?"

"Air baru masuk peti sejuk.."

"Panas la tu ye?"

"Tak lah.. Dah masak pagi tadi.."

"Ooo.. Nah ni ada Pak Ngah beli kuih.. Ambillah.."

"Kuih apa ni Pak Ngah?"

"Kuih pulut bakar.. Kamu lapar tak?"

"Saya dah makan tengahari tadi...."

"Adik, umur kamu berapa sekarang?"

"Darjah 1!"

"............"

"Kenapa?"

"Kenapa dari tadi, lain Pak Ngah tanya, lain adik jawab?"

"........?"

"Bagus lah dia jawab macam tu.. Ayah tak perlu tanya banyak dah dapat jawapan dia.."

"Tak faham lah.."

"Tengok ni... Adik, kamu pergi sekolah naik apa?"

"Pergi dengan balik sekolah ayah hantar.."

"Tengok tu.. Tanya naik apa, katanya ayah hantar pulak.. Biar betul budak ni..?"

"Betul lah tu.. Kalau dia jawab naik motor, mesti ayah tanya siapa hantar...Lepas tu mesti tanya balik sekolah siapa ambil pulak..."

"Hmm?"

"Dia kata ayah dia hantar kan? Dia dah jawab 3 soalan sekaligus!"

"Betul jugak..."

"Bijak budak ni..."


Sejak itu Kakkoii rapat dengan adik saudara....

P/s : Budak bijak adakalanya kita tidak perasan, cuba perhatikan kanak-kanak di sekeliling kita, mesti ada kebijaksanaan yang terlepas pandang..



10 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Admin on January 25, 2012 at 8:18 PM said...

mmg bijak budak sekarang kk

maszull on January 25, 2012 at 9:11 PM said...

assalamualaikum Kakkoii...mmg2 bijak sekali budak tu...:)

syera on January 25, 2012 at 9:12 PM said...

bijak. =)

mesti comel... =D

Unknown on January 25, 2012 at 10:10 PM said...

HAHA. tahu takpe :) budak2 sgt bijak ^^,

afifah on January 25, 2012 at 10:33 PM said...

darjah satu tu..amazing!

sHy on January 25, 2012 at 11:13 PM said...

Bijak..berpandangan jauh..macam orang kita plak bila dah nampak orang tu nak g buang sampah bole plak tanya "nak g buang sampah ke"..adoyai..hahaha

Siti Safiyyah on January 26, 2012 at 12:37 AM said...

ha'ah kan? kk cakap camni, baru perasan. hehe..

ZWAN SABRI on January 26, 2012 at 12:55 AM said...

Memang bijak! tak pernah terpikir pown.. :)

ツ -cekguru- on January 26, 2012 at 5:28 AM said...

budak2 camni~ jarang jumpe~~
mesra alam~~

Suhaidah Tahar on February 3, 2012 at 4:59 AM said...

inteligent ! dapad mengagak soalan seterusnye , 1 dalam seribu budak2 cmney ,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011