Penemuan jus langit!

2012-01-26


Selepas tamat peperiksaan SPM, Kakkoii bekerja secara sambilan di sebuah restoran...

Kakkoii ditugaskan untuk mengambil pesanan pelanggan dan itu merupakan pengalaman pertama Kakkoii..


"Selamat datang encik, boleh saya ambil pesanan?"

"Ha, dalam menu ni apa yang sedap? Cuba kamu cadangkan.."

"Ermm, nasi ayam sini sedap, goreng-goreng pun sedap juga.."

"Ok, kalau macam tu saya nak nasi ayam.."

"Special atau biasa?"

"Hah? Special tu macamana pula?"

"Special ada ayam dengan nasi lebih.."

"Kalau biasa?"

"Biasa aje..."

".......Harga dia?"

"Yang biasa RM 3.50 dan yang special RM 5.00"

"Ish.. Kenapa kamu tak buat yang special tu letak madu ke.. Atau ayam dia masak special ke.."

"Saya pun tak tau.. Tuan punya kedai ni yang sediakan menu.."

"Haha.. oklah.. bagi saya yang special satu."

"Minum?"

"Apa yang best dekat sini?"

"Semua yang ada dekat menu tu best..."

"Cuba bagi cadangan sikit.."

"Erm.. Air limau asam boi, cokelat shake, pepsi float..."

"Minuman panas ada?"

"Kami ada cappucino, kopi, milo panas..."

"Minuman paling murah dekat sini apa?"

"..........."

"Hmm?"

"Air suam..."

"Hahaha RM 0.20 je kan?"

"Tak lah... Free..."

"Alamak malu la kalau datang restoran minum air free.."

".........."

"Kalau macam tu, bagi saya Sky Juice satu.."

"Err... Apa dia?"

"Sky Juice..."


Sambil tengok dalam menu..


"Err.. Maaf encik, minuman tu tak ada dalam menu kami.."

"....Erk, ye ke.. Alamak.... Ais kosong ada?"

"Ha, yang tu ada..."

"Erk.................Ok, bagi saya ais kosong satu...Hahahaha"


Selepas itu baru Kakkoii tahu nama lain bagi ais kosong ialah Sky Juice.. Cis!


P/s : Haa, siapa lagi yang tak kenal apa tu jus langit (Sky Juice) ? Baik mengaku cepat! Haha


7 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

yana-feehily on January 26, 2012 at 10:03 PM said...

laa yeke..yana tau sky juice tu air kosong sejak masuk sekolah teknik, belajar katering :)

ZWAN SABRI on January 26, 2012 at 11:24 PM said...

HAHA.. Mesti customer tu gelak dalamhati kan? HAHA

Ahmad Sabree on January 27, 2012 at 1:42 AM said...

i follow u.. follow me back okey!
nice entry n blog yg sgt superb!
ni link blog
http://shaberry92.blogspot.com/
http://sabryoppa.blogspot.com/
kalau boleh follow lah 22 ...
hehehehehe...
terima ksih!
like :)

aufa said...

ish kk ni apela -.-

maszull on January 27, 2012 at 6:04 PM said...

assalamualaikum Kakkoii...hehehehehe kelakar jer kn...:)

hmika on January 28, 2012 at 4:29 PM said...

kelakar la heee...

Suhaidah Tahar on February 3, 2012 at 4:56 AM said...

kalau kad hotel , air kosong tuh memang dipanggel sky juice . kasihan kokkoii , baru tau , hehe , (mengusik)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011