Kalaulah Dia Mak Kau..

2012-07-08
ibu adalah permulaan kita


Suatu hari Kakkoii sedang berjalan-jalan di sekitar bandaraya Melaka..
Tiba-tiba kelihatan seorang remaja sekolah membuang sampah merata-rata berhampiran tempat Kakkoii berdiri...

Datang seorang lelaki lalu bertanya..


"Err adik, kenapa buang sampah merata-rata?"

"Hah? Sampah ni ke?"

"Ha ah lah.. Sampah mana lagi? Kan ada tong sampah dekat depan tu je?"

"Alah bang, saya buang ni sebab nak tolong orang je.."

"Tolong orang?"

"Ye lah.. Saya nak tolong mak cik cleaner tu.."

"Tolong ape namanya ni?"

"Kalau tak ada sampah, nanti mak cik tu tak ada kerja.. Nanti dia kena buang kerja.."

"Huh?"

"Lagipun, kalau aku tolong dia tak kena buang kerja, kan aku dapat pahala.."


Lalu lelaki itu menjawab..


"Cuba kau bayangkan kalau mak cik cleaner tu mak kau.."


Secara perlahan-lahan remaja tersebut memungut sampah itu kembali, membuangnya dalam tong sampah.. dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa...

P/s :- Kadang-kadang ayat pedas baru dapat mengajar seseorang untuk berubah lebih baik.




5 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Phat on July 8, 2012 at 9:28 PM said...

payah la kalo sikap manusia sebegitu

maszull on July 8, 2012 at 9:35 PM said...

assalamualaikum kakkoi....org yg mcm tu ckp ayat pedas baru faham...:)

Cik Asma BLuppy on July 8, 2012 at 11:04 PM said...

teruk betol la budak tu.

Siti Safiyyah on July 9, 2012 at 2:21 AM said...

niat dia dah ok dah nak tolong orang. tapi cara dia tak betul la. jaga kebersihan tu yg penting!

Yuu Hidayu on July 9, 2012 at 6:29 AM said...

igt kalau takde sampah, cleaner takde keje nak kene buat ke? ade smpah ke, takde ke, tetap kene sapu, mop tiap2 hari.. meja2, pintu, cermin, kene lap selalu supaya tak berhabuk.. bila ade terlalu byk smpah, tu menambahkan beban cleaner.. bukannya memberi kerja kat cleaner.. haih..

Maap agak teremosi sikit sebab dulu pernah kerja sbagai cleaner.. so, tau perasaannya camne.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011