Showing posts with label tanda-tanda sihir. Show all posts
Showing posts with label tanda-tanda sihir. Show all posts

Buatan Orang

2012-07-04
Sihir, dikenali juga dengan panggilan "buatan orang"..


Ingat lagi tak Baby? Pernah Kakkoii cerita dalam entry Pak Su Cakap Lucah..

Kali ini kisah dia semasa berada di dalam kandungan..

Menjadi rutin keluarga Kakkoii untuk pulang melawat saudara mara sebulan sekali..
Ketika itu Mak Su sedang mengandungkan si Baby..


"Uwekk!! Uweeekkk!!"

"Lah, Mak Su muntah teruknya?"


Mak Su muncul dari dalam bilik dan berkata..


"Itu bukan aku, itu Pak Su kau.."

"Hah? Die sakit ke Mak Su?"

"Mana ada sakitnye.. Segar bugar lagi ada lah.."

"Dah tu, lain macam je bunyi muntah tu.. Macam teruk betul sakitnye..?"

"Entah.. Kau tanya sendiri Pak Su tu.. Asal pagi je muntah.."

"Aik? Mak Su yang mengandung, kenapa suami pula yang muntah?"

"Dia terkenan kot.."


Tiba-tiba Pak Su muncul dari dapur..


"Ini bukan terkenan.. Ini termengandung namanya.."

"Awak mengandung? Tu dalam perut yang besar tu lemak! Bukan anak!"

"Haa tu la awak.. Dalam perut ni kena buatan orang.."

"Buatan orang apanye.. Ni anak dalam perut saya ni baru lah boleh kata buatan orang.."


 Dengan perasaan tidak bersalah dan tak faham, Kakkoii bertanya..


"Buatan orang?"

"Pak Su kau la yang buat!"


Jawapan spontan Mak Su yang terkenal dengan kebebasan bercakapnya membuatkan Kakkoii tersipu-sipu malu.. Untuk menukar topik, Kakkoii bertanya..


"Dah tu, dalam perut Pak Su buatan siapa pula?"

"Buatan siapa lagi, Mak Su kau punya kerja lah.. Masak sedap-sedap, gemuk lah aku..!!"

"Erk.."


P/s :- Itu maksud buatan orang rupanya.. Ingatkan kena sihir je orang guna perkataan tu..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011