300 Bantu Mangsa Banjir

2011-02-16


Kali ni Kakkoii nak cerita perihal 300 perwira dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) membantu mangsa banjir di Johor. Kakkoii sangat bangga dengan korang! Sayangnya, Kakkoii tak dapat join kerana minggu itu busy dengan Test 1.

sedihnya...


Artikel oleh : Shafry Salim

Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (kiri) menyerahkan mesin pam air kepada Prof. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM sebagai simbolik bagi kerja-kerja gotong-royong pembersihan yang bakal dijalankan.




Lebih 300 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terlibat dalam operasi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Pagoh dan Sri Medan.

300 sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai kumpulan antaranya daripada kumpulan Brigade Bencana, Brigade Binaan, Kolej Kediaman, Persatuan Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Persatuan Sukarelawan Polis (SUKSIS) dan pasukan daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Mereka telah membantu mangsa banjir di Pagoh, Panchor, Sri Medan dan Mukim 7 Parlimen Sri Gading. Selain daripada kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir yang terlibat, para sukarelawan juga telah membantu pihak tempatan membersihkan beberapa sekolah dan balairaya seperti Sekolah Agama Penchu, SJKT Panchor, Sekolah Kebangsaan Sri Mendapat, Sekolah Kebangsaan Sri Nasib Baik, Balai Raya Parit Lapis, Balai Raya Parit Lapis Simis, Masjid Kampung Parit Terus, Balai Raya Parit Terus dan Masjid Parit Terus.  Pasukan ini juga tidak ketinggalan membantu memindahkan semula barang-barang penduduk yang telah pulang ke rumah masing-masing.

Pasukan PKU pula telah memainkan peranan sebagai klinik bergerak di Kampung Seri Menanti, Seri Medan. Pasukan PKU telah memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk yang memerlukan, ubat-ubatan, pemeriksaan gigi dan memberikan peralatan penjagaan gigi kepada kanak-kanak.

Disamping itu, UTHM juga bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia - Khidmat Masyarakat Kebangsaan yang dinaungi oleh DYMM Raja Zarith Sofiah khusus untuk membantu mangsa banjir di Sri Medan dan Panchor.

Satu upacara simbolik penyerahan peralatan untuk kerja-kerja gotong-royong pembersihan bagi membantu mangsa banjir telah diadakan ketika kunjungan DYMM Raja Zarith Sofiah ke Sri Medan baru-baru ini. Dalam majlis tersebut DYMM Raja Zarith Sofiah telah menyerahkan peralatan tersebut kepada Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM.


UTHM Students,
You all memang the best!

0 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011