ISU INI PANAS BILA KAKKOII PANAS!
(Gambar ini tiada kena mengena dengan en3)
Salam sejahtera kakkoiis semua.
Tadi, kakkoii ada berbual dengan seorang rakan, maklumlah baru lepas bertanding sebagai salah seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar. Ingin juga lah tahu perkembangannya. Bual punya bual, akhirnya terbukalah rahsia bahawa beliau telah menerima banyak dugaan sepanjang menjadi calon. Kakkoii mula terfikir.
"Jikalau pilihanraya dalam U sendiri dah banyak dugaan, apa lagi pilihanraya di luar sana."
Rupa-rupanya, sewaktu penamaan calon lagi, rakan ini telah cuba dijatuhkan oleh "parti" lawan. Semasa penamaan, namanya dibantah dengan alasan "isi borang salah". Hai dengan masalah yang tak disengajakan pun jadi isu. Tapi akhirnya beliau berjaya dinamakan sebagai calon mewakili "partinya".
Yang jadi tak best, seorang rakan lain terdengar calon pihak lawan berkata pada kroni-kroninya..
"BANTAHAN KITA TAK BERJAYA. KITA GUNA STRATEGI LAIN"
Hai, nampak sangat benda ini dah dirancang.
Gangguan bukan setakat itu sahaja, beliau kerap diganggu pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Paling tak diterima akal, beliau "diserang" dengan kata-kata kesat oleh calon parti lawan. Jika calon parti lawan itu budaknya tak beradab, tak ada la kakkoii hairan sangat. Tapi, dia terkenal dengan kesopanan dan dicop budak baik di kampus kami.
Jelas sekali calon itu lembut gusi dari lidah kan?
Apa yang dikatanya? Ni antara ayat yang masih kakkoii ingat seperti yang diceritakan:
"Kau calon PRO-.... ke? Kenapa tak guna nama betul dekat Facebook? Takut ke? Kau ingat bagus sangat ke jadi calon? dah cukup layak? cermin la diri tu dulu.. bla3"
Bayangkan la sendiri kata-kata kesat yang keluar selepas itu.
Sudahlah menghalang orang nak ke kelas, dihamburnya dengan kata-kata bodoh. Macam tiada adab, tiada pelajaran, tiada ilmu. Sopan ke tu? Blah la woi... Macam ini ke nak jadi wakil mahasiswa?
Gangguan seterusnya dapat pula pada sms. Bukan sms nak bagi kata-kata semangat, jauh lagi nak bagi dorongan, tetapi yang dihantar adalah kata-kata ugutan. Ya UGUTAN! Setiap perbuatan rakan kakkoii ini diperhatikan seolah-olah beliau sentiasa diekori. Apa sahaja yang dia cuba buat; makan, ke kelas mahupun ke tempat mengundi ada aje sms ugutan yang masuk. Siap bagitau rakan tu tengah buat apa waktu tu. Hai menakutkan.
Dah tak ada kerja lain ke? Ibu bapa hantar U nak suruh belajar, bukan nak jadi pengintip. Macam ini ke wakil pelajar?
Tak cukup dengan itu, e-mail pun dihantar. Seperti biasa, ia e-mel ugutan. Ayat dia sedap je
"Penamaan dah lepas kan? Lepas ni hati-hati la.. Kalau masuk bertanding juga, siap!"
Huh, gila lah. Rangkaian spy musuh memang hebat. Kalah CIA. Kenapa? Kerana e-mel yang rakan kakkoii guna hanya untuk gtalk dan terhad kepada rakan-rakan terdekat. Untuk urusan lain, e-melnya lain!
Banyak lagi dugaan yang ditempuhi. Kad matrik dicuri, poster dan banner dikoyak dan disembunyikan. Permainan kotor apa yang mereka amalkan? Macam ini ke wakil pelajar? Sampah!
Dimana KEADILAN yang dilaungkan? Di mana perubahan yang DIWAWARKAN?
Jika begini keadaan politik mahasiswa kita..
KAMU TIDAK LAYAK JADI WAKIL KAMI !
Mungkin mereka kata orang baru tidak mampu nak mengubah sistem U. Apa? Mereka mampu ke? Sedarlah diri sikit, selama ini kami undi, kamu menang. Tapi..
APA PERUBAHAN YANG DILAKUKAN? MASALAH LAMA MASIH KEKAL MASALAH!
Tak boleh ke bertanding dengan bersih, bertanding dengan adil. Kalau di dalam universiti pun dah berperangai macam ni, apa lagi bila di luar sana. Orang kata, kalau nak tengok pencapaian sesebuah negara, tengoklah pada pemuda pemudinya. Jika mereka hancur, maka hancurlah masa depan negara itu.
Renung-renungkanlah.
5 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
erk~ okay. ttbe takut nak msuk u
>.<
EPOLA
haha epola.. jgn takut.. U ok, best n fun! tp sometimes MPP yang x da otak buat sesuatu x berfikir.. cewah marah lak hehe.. btw, jgn takut masuk u ye.
ehem..pe2 pun terjadi perjuangan harus diteruskan..ambik bende ni sbg satu peluang..btw,sbnrnye pk2 blk musuh tu cuak kan?? datz y gne cre ni..=)
sy sokong ngan kakkoi...even lambat respon tp sy sgt setuju ngan kate2 kakkoi......betol 2 kami x perlukan wakil cam 2.....bertanding dengan adil bukan kotor ok!!!! kalo harap tudung je labuh tp hati busuk baik x yah kai tudung... kalau la kite tahu n sedar tanggungjawab kite di u pasti semua ni x kan berlaku..mood = kecewa ngan wakil2 pelajar yg wat pangai ni.so pd pendapat sy la "dont judge someone by its cover"... betol x kakkoii??
setuju dgn wawa, betul dgn dewita~
Post a Comment