Aku Sayang "Dokter" Ini !

2011-03-03


Salam sejahtera kakkoiis semua.

2 hari lepas Kakkoii pergi check tekanan darah tinggi.

133/115

"Mak aih! Tingginya..."

Ha itu lah bacaan darah tinggi kakkoii.

"Ish ish ish.. kecik-kecik lagi dah kena darah tinggi."

Apa nasihat doktor?

"Awak mesti kawal pemakanan, selalu bersenam, jangan stress, jangan tak cukup tido, bla bla bla.."

Sambil itu, minda Kakkoii melayang..
Kan bagus jika..


Kakkoii : 
Saya dengar senaman kardio boleh memanjangkan nyawa. Betul ke?

Dokter : 
Jantung kita ni telah ditetapkan untuk berdenyut sehingga satu tahap. So, tolong jangan bazirkan denyutan jantung kamu untuk excercise.. Nanti lagi cepat degupan jantung itu sampai ke tahap yang ditetapkan. 

Buktinya, enjin kereta akan tahan lebih lama ke kalau kita pandu dia laju-laju? Tak kan.. lagi cepat jahanam ada la. 

Kalau nak hidup lebih lama, tidur aje kerana degupan jantung lebih perlahan masa itu.


Kakkoii : 
Perlukah saya kurangkan pengambilan daging dan lebihkan sayuran?

Dokter : 
Cuba kamu fikir secara logik. Lembu makan apa? Rumput dan jagung. Apakah dia rumput dan jagung? Ianya adalah SAYUR! 

So, sekeping daging steak adalah tablet untuk menghantarkan zat sayur ke dalam badan kamu. Kamu perlukan bijirin? Makanlah AYAM!


Kakkoii :
Apakah kaedah kiraan nisbah lemak dalam badan?

Dokter :
Hmm... Jika kamu ada badan, dan kamu ada lemak, maka nisbahnya ialah 1:1!

Jika kamu ada 2 badan, nisbahnya akan jadi 2:1!

Begitulah seterusnya.. Faham?


Kakkoii :
Apa kelebihan yang saya dapat jika join latihan GYM?

Dokter :
Maaf, saya tak ada jawapan untuk itu. Falsafah saya sebagai seorang Dokter ialah

TIADA SAKIT maksudnya SIHAT!


Kakkoii :
Betulkah makanan berminyak memberi kesan buruk kepada badan saya?

Dokter :
Kamu tidak faham maksud saya. Makanan sekarang digoreng dalam minyak sayuran. Lagipun, minyak itu akan menyerap masuk di dalam makanan. Sekarang bagitahu saya, macamana mengambil LEBIH SAYURAN boleh memberi kesan buruk kepada badan kamu?


Kakkoii :
Adakah senaman "Sit-up" akan mengempiskan perut saya?

Dokter :
Sudah tentu tidak! Faham konsep ini.

Apabila kita excercise otot kita, ia akan menjadi besar.

Maka, "Sit-up" perlu dilakukan jika kamu nak besarkan perut kamu! Faham?


Kakkoii :
Cokelat tidak elok untuk saya?

Dokter :
Awak sudah gila? Hello... biji koko! Satu lagi jenis sayuran! Ia adalah sayur yang paling sedap rasanya!


Kakkoii :
Berenang dapat membuang lemak dalam badan saya?

Dokter :
Jika berenang dapat membuang lemak badan kamu, bagitahu saya kenapa ikan paus badannya besar?


Kakkoii :
Bentuk badan yang baik amat penting untuk kesihatan saya?

Dokter :
Hey, "BULAT" itu juga adalah bentuk!


Bam! 

"Opocot kau"

"Hish budak ni. Mengelamun pulak. Kamu dengar tak apa saya kata?"

"Err... dengar doktor"

"Ha, bagus. Ingat, jaga kesihatan tu. Kamu muda lagi."


P/s : err sesiapa ada sesiapa tahu nasihat yang doktor bagi? Tolong tinggalkan di comment box ye.. thanks!

10 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

adamzico on March 3, 2011 at 6:28 PM said...

ILMU ni terbaek wok!

Siti Safiyyah on March 3, 2011 at 6:31 PM said...

hehe kakkoii ni macam2 ler. ni mmg kakkoii reka sendiri ke ape ni? kalaulah ade dokter macam tu..;p

Kakkoii on March 3, 2011 at 6:36 PM said...

SS, dah nama pun imaginasi kakkoii time dokter tgh membebel haha...

Lalala~

izzanis on March 3, 2011 at 7:49 PM said...

hohoho~ kalo adela dokter berkata2 macam tu.. habesla~ :P

kakkoii ni mmg pandai mereka crita ek? menarik... ;)

tp xleh ikut~ :P bahaya...

Kakkoii on March 3, 2011 at 8:50 PM said...

Eeeeeeee....

Bukan mereka-reka cerita lah! Tapi imaginasi tinggi!

huhuhu

kerepekbuntal on March 3, 2011 at 10:16 PM said...

lawak la weh..hahaha ;-))

fiza on March 4, 2011 at 3:07 AM said...

jom kite sesama jge kesihatan...=)

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:10 AM said...

kerepekbuntal >> gelak aje ^^

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:10 AM said...

adam >> mmg terbaek wok!

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:11 AM said...

fiza > kesihatan itu teramat penting!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011