Bila Jari Menulis

2011-03-11
Nukilan Khas oleh Kaku Lator



Bila Jari Menulis, coretan pertama adalah Jari.

Apakah yang dinamakan jari?
Jari adalah sebahagian daripada tangan kita

Apakah kegunaannya jari?
Kegunaannya banyak. 
Memegang, menunjuk, memukul dan menulis.

Menulis?
Ya, menulis!
Tahukah kakkoiis bahawa penulisan merupakan salah satu senjata?

Senjata?
Ya senjata! Senjata untuk menyakiti orang lain,
Juga senjata untuk membela nasib si lemah.
Senjata untuk mengampu seindah mungkin,
Juga senjata untuk menjatuhkan harga diri kita.

Bila Jari Menulis, Tulisannya akan menggambarkan perwatakannya!

Perwatakan?
Ya perwatakan!
Baikkah dia, jahatkah dia.
Sombongkah dia, rendah hatikah dia.

Bila Jari Menulis, apabila perasaan mengemudi pemikiran?

Apa yang terjadi?
Alangkah bodohnya orang itu.
Menjadikan perasaan sebagai nakhoda.
Sedangkan akal fikiran sempurna sebagai hamba.

Bila Jari Menulis, akal fikiran pula sebagai tuan?

Apakah namanya itu?
Itulah dia sang bijaksana.
Akal yang sempurna sebagai panglima
Walau apapun karangannya.
Kelak ia menjadi penunduk sang pembaca.

Bila Jari Menulis, maka terhasillah pelbagai karya penulisan?

Penulisan itu hasilnya?
Maka terciptalah sebuah cerita.
Dan tersebarlah sebuah berita.
Berita benar mahupun rekaan.
Yang bakal menerima pujian atau kutukan.

Bila Jari Menulis, jari itu akan berasa lenguh

Maka inilah pengajaran,
Inilah juga peringatan.
Penulisan kita tajam senjatanya,
Tanpa disedari dicederakannya diri kita.

Kakkoiis sekalian, 
Ingatlah bahawa penulisan kita,
Kadangkala akan memakan diri.
Ini nasihat kepada semua,
Dan juga diri sendiri..

Renung-renungkanlah..

8 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

suria lekatlekit on March 12, 2011 at 3:08 AM said...

betul tu... setuju 810%

Kakkoii on March 12, 2011 at 3:27 AM said...

wink! thanx ^^

Anonymous said...

assalam...waaa besh laa entry nie.he3...boleh dijadikan pedoman...ciptaan sendri kah?hu3...hebat2.kagum

Kakkoii on March 13, 2011 at 8:16 AM said...

Yup~ original dr perahan otak kaku lator~

Kakkoii tolong post and susun je

Anonymous said...

terbaik la kakkoi...sgt3 setuju...so sebelom nk menulis..pkr tol2x......kerana tulisan cedera lah kite.aiyakk... kakkoi...like so much this info... tabik spring =)tahniah

wawa azura on April 5, 2011 at 6:58 AM said...

setuju..tulisan umpama lidah la..lebih tajam dr pedang kadang2..=)

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:18 AM said...

dewita >> wah angkat lebih2 ye?

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:18 AM said...

wawa >> yeap... itulah dia oedang zaman moden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011