My 1st Comic - LAT |
ANAK BANDAR
Ya itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan Kakkoii.
Anak bandar ini dibesarkan dalam persekitaran yang penuh dengan kemajuan. Komputer, PS, Cinema, Karaoke.. semua ada di dalam hidup Kakkoii.
Tanya sahaja berkenaan bandar..
Umur 7 tahun dah mula menekan kekunci Keyboard.
Umur 10 tahun dah mula berjinak-jinak dengan Cyber Cafe.
Umur 13 tahun dah mula tahu apa itu Cinema.
Umur 16? Karaoke tempat tumpuan hujung minggu.
Inilah dia Kakkoii, si anak bandar.
Ketika umur 15 tahun, Kakkoii pulang bercuti di kampung berseorangan.. Dah besar la katakan..
Seperti biasa orang kampung, bekerja kebun adalah sumber rezeki datuk dan nenek Kakkoii. Teruja mahu melihat keadaan kebun, Kakkoii diajak untuk menikmati kelazatan buah-buahan segar di sana.
"Kakkoii, nah ni ada rambutan, nangka, manggis, ciku... makan aja mana nak"
"Durian ada, nek?"
"Ada.. tu ha atas pokok. Tak jatuh lagi."
"Mana galahnya? Mari Kakkoii tolong jolokkan"
"......."
Orang bandar...
"Atoook!! Ada lipan!"
"Mana? Mana?"
"Tu dekat pangkal pokok"
"Mana lipannya?"
"Tu yang kaki banyak depan atok tu!"
"......Ini GONGGOK lah!!"
"....."
Orang bandar...
"Kakkoii, tolong nenek sekejap.."
"Tolong apa nek?"
"Nah ambil parang ni.. Tolong ambilkan pisang dekat hujung tu"
"Ok, kerja senang aje ni"
Zasss Zassss Zaaasssss!
"Nah nek, ini pisangnya."
"Astaga budak ni.. Yang kau ambil sekali yang hijau kenapa?"
"Dah nenek suruh ambil pisang tadi.."
"Iya lah.. hijau ini kan muda lagi!"
"...."
Orang bandar...
"Dah kau potong pokoknya?"
"Pokok pisang ke nek?"
"Iye la"
"Belum"
"Kenapa tak dipotong lagi?"
"Bazir la nek. Kan elok lagi pokoknya. Boleh lagi berbuah tu.."
"Bertuah punya cucu! Kau pernah dengar pisang tak berbuah dua kali?"
"Pernah."
"....."
Orang bandar...
"Ish, pergi potong pokok pisang tu."
"Kenapa?"
"PISANG TAK BERBUAH 2 KALI!"
"Ooo ye ke?"
Zasss Zassss Zaaasssss!
"La ila ha illallah... budak bertuah ni!"
"Ada apa tok?"
"Yang kau tebas semua pokok pisang ni kenapa?"
"Kakkoii tebas yang dah tak berbuah, tok."
"Ini bukan dah tak berbuah... INI YANG BELUM BERBUAH!!"
"Hah?"
"Kau tak nampak ke jantung dia ada lagi tu!"
"Pisang ada jantung ke tok?"
"......."
Orang bandar...
Inilah antara nostalgia Kakkoii dahulu.. Sejakitu baru Kakkoii faham "maksud sebenar" peribahasa Melayu..
PISANG TAK BERBUAH 2 KALI!
Nostalgia kakkoiis bagaimana pula?
11 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
hahaha..
lawak2..
teruk betol orng bandar cmtu..
haha..
gurau je k.
saya anak kampung yang mengenali cinema sejak usia 4 tahun sebab mak suka tengok wayang.. kekekekekeke. Takde beza dah budak kampung or bandar sekarang. Masing2 menikmati arus kemajuan
ANTARA KEPERCAYAAN & ADAT. URI DI TANAM BERSAMA PAKU
Yup~ dahulu dan sekarang berlainan.. penuh nostalgia apabila kita meninggalkan sesuatu zaman itu.. sob sob sob
nostalgia ss kakkoii nak tau ke? hihi ;p
nak nak nak
buat malu 0wg bandar jew ..hee...:)
0wg kg p0wn da maju...~
hee:)
hahahaahaha lawak2x..kakkoii2x
fa pun prg bandar jugak =="
tapi takdelah macam kk :P
agaknye kk advance urbent kot :D
hahhaa, ==" apela, sian tok dan nek kk mlayan karenah kk :P
aisyah : ape nak wat... x suka berkebun kot.. hehe
dewita : gelak lebih2 ye.... ngigau nanti baru tau
aufa : a ah... advance urban :P
atok nenek memang suka melayan pun haha.. cucu kesayangan ni..
lalala :lari
Post a Comment