Ini adalah episod ke-3 Si Tanga the Comedian.
Nukilan khas dari Kaku Lator.
Angin bertiup tenang, burung-burung berkicauan tenang, riak air di kolam depan rumah Tanga pun tenang. Ini semua menandakan hari itu cukup tenang. Amat sesuai untuk Tanga yang sedang bercuti untuk merehatkan mindanya.
Prepep pep pep pep peppppp....vrooomm...
Bunyi motor memecahkan ketenangan pagi tersebut..
Vrroom... pepep pep pep pep.... vroomm..
Bunyi tersebut semakin kuat dan...
Skreeeeeeetchhh....!! Teet Teeet!
Tiba-tiba abang posmen berhenti di depan rumah Tanga. Tanga yang ketika itu baru sahaja mula membasuh motosikal kesayangannya dikejutkan dengan hon si posmen.
"Assalammualaikum bang, basuh motorsikal ke?"
"Waalaikumussalam.. Eh tak lah, saya baru aje nak buat kuih ni haa..awak nak ke?"
"Hehehe ala abang ni. Saya tanya pun tak boleh. Ni surat abang. Saya letak dalam peti ye."
Kata si posmen sambil memasukkan surat ke dalam peti..
"Haa ye la. Letak la situ nanti aku ambil."
Setelah si posmen berlalu pergi, Tanga bersegera menuju ke peti surat rumahnya..
"Wah ada surat pink-lah! Ni mesti dari awek aku ni!"
Ujar Tanga sambil berlari naik kebiliknya sehingga terlupa niatnya untuk membasuh motor. Bagi Tanga, waktu itu adalah waktu di mana di perlu memberi perhatian terhadap isi kandungan surat yang baru di terimanya tadi.
Baru sahaja Tanga lalu dihadapan telefon rumahnya, tiba-tiba..
Baru sahaja Tanga lalu dihadapan telefon rumahnya, tiba-tiba..
Kriing Kring! Kriing Kring!
"Ish! Kacau daun betul. Siapalah yang telefon aku pagi-pagi ni!"
Tanga segera menjawab panggilan telefon itu
"Hello! ...... Eh Liza, awekku sayang~ Awak rupanya yang telefon. Saya ingat siapa tadi.."
tanpa usul periksa, Tanga terus berkata,
"Sayang, terima kasihlah bagi surat cinta tu kat saya, ni yg saya sayang sangat awak ni"
"Surat cinta? Ooo yang warna pink tu eh?"
"Ha yang tu la. Baru aje posmen hantar tadi."
"Abang dah baca belum?"
"Abang belum baca.. Tapi abang tak sabar-sabar nak baca.. Mesti penuh dengan ayat romantik kan.."
"Hehe malu la ayang.. Ayat biasa aje dalam tu.."
"Ye ke.. Nanti abang baca ye sayang.."
"Eh jangan la baca sekarang.. Kita berbual la dulu ye.."
"Ok.. ok.. Abang tak baca dulu.. Kita berbual-bual dulu ye.."
Dan seperti biasa, adat orang bercinta; berbual lama dirasakan sekejap..
Tanpa sedar, 3 jam telah berlalu. Dengan perasaan berat hati, Tanga mematikan perbualannya dan bersiap-siap untuk mandi. Surat Cinta Bersampul Pink diletaknya dengan cermat di atas katil tanda sayangnya dia kepada kekasihnya itu.
Selepas mandi, Tanga dengan perasaan teruja dengan cermat mula membuka Surat Cinta Bersampul Pink tersebut.. Dibukanya dengan amat cermat agar tidak terkoyak sampulnya..
Selepas mandi, Tanga dengan perasaan teruja dengan cermat mula membuka Surat Cinta Bersampul Pink tersebut.. Dibukanya dengan amat cermat agar tidak terkoyak sampulnya..
"Emmm... wanginya sampul ni.. Mesti Liza sembur satu botol minyak wangi pada sampul ni. Simpan buat kenang-kenangan.. tak boleh buang.."
Dengan penuh cermat Tanga mengeluarkan surat tersebut..
"Eh, kenapa taip guna komputer... kalau tulis tangan kan lagi romantik.."
Tanga membaca isi kandungan surat itu dengan teliti..
KEPADA : Liza binti Baharum
NO.KAD PENGENALAN : XXXXXX-XX-XXXX
ALAMAT : No.X, Jalan X, Taman XXX...
NO.PENDAFTARAN KENDERAAN : XXX4530
JENIS KENDERAAN : motorsikal
KESALAHAN : memandu melebihi had ditetapkan.
"Eh? ni surat apa pulak ni?"
Dan di belakang surat tersebut dilampirkan sepucuk lagi surat..
Wahai kekasihku Tanga,
Sekiranya adalah malang ketika ayang menerima surat "Cinta" ini daripada pakcik polis.. Makin malang rasanya apabila difikirkan kembali, surat "cinta" ini datang dari hasilnya abang merempit terlalu laju menggunakan motorsikal ayang.. Lebih malang lagi saman ini telah sampai terlebih dahulu ke tangan ayah ayang.. Dan bertambah malang lagi apabila ayang telah dimarah seteruk-teruknya kerana mereka menyangka ayang yang merempit!
Maka dengan perasaan penuh kasih dan sayang, serta cinta yang menebal di dalam hati ini, ayang pohon kepada abang..
SILALAH BAYAR SAMAN INI SEBELUM AYANG DIPANGGIL MAHKAMAH!
Termenung Tanga membaca surat tersebut..
Rupanya-rupanya Surat Cinta Bersampul Pink merupakan surat beserta "hadiah" daripada kekasihnya Liza...
Pesanan dari Kaku Lator : Kakoiis semua kalau nak bawa motorsikal pastikan berlesen terlebih dahulu, jangan jadi macam Tanga.. tak pasal-pasal dia terima surat cinta!
Pesanan dari Kaku Lator : Kakoiis semua kalau nak bawa motorsikal pastikan berlesen terlebih dahulu, jangan jadi macam Tanga.. tak pasal-pasal dia terima surat cinta!
8 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
JGN KASI AWEK/PAKWE PAKAI KENDERAAN ANDA!!! KEDEK SKET TAK PE... HUAHUAHUA
haha emo nye...
hahaha kakoii semua apa mcm hahahaha dan hahahaha serta hahahaha
setuju dengan cik fyza.. wink!
heh baik betul liza tu..sampai sanggup bagi moto kat tanga..;p
psstt : Sanggup ke kita tengok jek Nabi Muhammad s.a.w dihina???
follow me..tq :)
lau aufa bagi pinjam moto kat kakkoi
kakkoi ta bawak lelaju cam tanga kan kan? :P
kakkoii x rempit... racing kete je
Post a Comment