Hari ini Kakkoii nak berkongsi sebuah kisah yang disampaikan oleh pensyarah Kakkoii.. Kisah yang amat bermakna, sesuai untuk semua golongan pembaca. Enjoy~ ^^
Di sebuah kilang, dibina sebuah mesin yang teramat canggih. Besarnya meliputi seluruh kilang tersebut. Kerana mesin itu, tuan empunya kilang mampu menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan.
Malang tidak berbau..
Suatu hari...
"Trrrrrrrarrarraa...... eeeeeeeeeek.....Tung!"
Mesin tersebut tiba-tiba berhenti operasi. Maka cemaslah tuan empunya kilang untuk mencari jurutera pembaikan mesin kesayangannya itu..
Beliau mengeluarkan notis ganjaran kepada orang yang berjaya membaiki mesinnya.
RM 100,000.00
Ramailah jurutera yang mencuba nasib untuk mendapatkan ganjaran yang ditawarkan.
Akan tetapi, malangnya tiada seorang pun yang tahu untuk membaiki mesin tersebut kerana ia terlampau besar. Maka tuan empunya kilang mengeluarkan notis baru iaitu..
"BARANG SIAPA YANG MAMPU MEMBAIKI MESIN YANG ROSAK INI SEHINGGA BOLEH BEROPERASI SEMULA, MAKA SAYA SANGGUP MEMBAYAR RM1,000,000.00!"
Dari hari ke hari semakin ramai yang mencuba nasib.. Ada yang sanggup membawa alatan jutaan ringgit, malah ada yang sanggup mengupah puluhan pekerja untuk mencari punca kerosakan mesin tersebut. Namun hasilnya menghampakan. Tiada seorang pun yang mampu menyelesaikan masalah itu.
Pada suatu hari, telah datang seorang jurutera lalu dia berjumpa dengan tuan empunya kilang..
JURUTERA : Saya datang untuk membantu tuan membaiki mesin ini.
EMPUNYA : Bagus sekali! Saya amat berharap encik boleh menyelesaikan masalah saya ini.
JURUTERA : Baiklah tuan, saya akan mencuba..
EMPUNYA : Sebentar encik, apa alatan yang akan encik gunakan? Jurutera yang dulu datang dengan membawa alatan yang amat kompleks ataupun pembantu yang ramai.. Tetapi encik tidak membawa apa-apa?
JURUTERA : Siapa kata saya tidak membawa apa-apa alatan? (Sambil mengeluarkan sebuah tukul kecil dari dalam sakunya)
EMPUNYA : Encik sudah pasti bergurau! Bagaimana tukul kecil mampu membaiki mesin saya yang canggih ini!
JURUTERA : Sila bertenang.. Saya mampu membaikinya.
EMPUNYA : (Dengan nada menghina) Baiklah! Jika benar kamu mampu membaikinya saya akan menunaikan apa sahaja harga yang kamu minta!
Maka Jurutera tersebut mula mencari kerosakan mesin tersebut.
Tung! Tung!
Jurutera mengetuk-ngetuk badan mesin tersebut.
Tung! Tung! Tung!
Perbuatan yang sama diulanginya hampir ke setiap bahagian mesin.
Tong! Tong! Tong!
Jurutera berhenti seketika.
Tong! Tong! Tong!
Dia mengetuk di tempat yang sama.
Tong! Tong! Tong! Tong! Tong! Ting! Ting! Ting!
Dia mengetuk sehingga bunyi tersebut bertukar.
Tiba-tiba mesin tersebut mula beroperasi semuala. Maka teramat gembiranya Tuan Empunya Kilang kerana sumber pendapatannya telah diperbaiki semula.
EMPUNYA : Wahai tuan yang bijaksana. Ambillah wang ganjaran RM 1,000,000.00 ini kerana anda sememangnya layak memperolehinya.
JURUTERA : Tidak. Tadi tuan telah berjanji untuk membayar apa sahaja yang saya minta.
EMPUNYA : .....Baiklah.. nyatakan bayaran kamu (Dengan nada kekesalan)
JURUTERA : RM 10,000,025.90!
Terkejutlah Tuan Empunya Kilang kerana bayaran yang dituntut adalah 10 kali ganda bayaran yang ditawarkannya. Maka dengan nada tidak puas hati beliau meminta penjelasan berkenaan bayaran tersebut.
Jurutera dengan tenang menulisnya ke dalam sehelai kertas...
RM 25.90
KOS SEBUAH TUKUL
RM 10,000,000.00
KOS KERANA TAHU BAHAGIAN MANA YANG HENDAK DIKETUK
Dengan nada marah
EMPUNYA : Bayaran ini tidak masuk akal!
JURUTERA : Tuan, bayaran untuk ilmu pengetahuan yang kita miliki, amat mahal harganya.
Ingatlah wahai kakkoiis sekalian.
PENUHKANLAH ILMU DI DALAM DADA KERANA IA MERUPAKAN HARTA YANG PALING BERNILAI UNTUK KITA
P/s : Dan janganlah kita memandang rendah terhadap seseorang lain kerana mungkin dia lebih baik dari kita.
2 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
kak koii,mmg best kisah ni....hehehe
noona >> haha sebab best lah dia termasuk dalam kakkoii-me
Post a Comment