Si Tanga The Comedian 2

2011-03-04



Dah lama tak update episod si Tanga ni.. haha enjoy

Satu hari, Si Tanga telah dijemput untuk menghadiri satu perhimpunan orang-orang bodoh sedunia. Tujuannya adalah untuk membuktikan kepada masyarakat umum bahawa mereka tidak sebodoh yang disangka.

Setibanya di sana, Si Tanga mendapati dia berada di dalam sebuah perhimpunan yang amat besar yang dihadiri oleh 80 ribu orang-orang bodoh dari serata dunia. Pemberita juga dijemput hadir untuk merakamkan perhimpunan bersejarah ini.

Pengacara majlis memulakan bicara

"Hadirnya kita semua di sini adalah untuk membuktikan bahawa kita tidak bodoh seperti yang mereka katakan!"

"Oleh itu, di hadapan semua pemberita ini, dan disaksikan oleh semua manusia di atas muka bumi ini, saya ingin meminta seorang wakil dari kalangan kamu untuk naik ke atas pentas dan menjawab soalan dari saya."

Seorang daripada mereka naik ke atas pentas..

"Baiklah, sekarang saya mahu kamu menjawab soalan mudah ini.."

"15 + 15 = ?"

Setelah lama berfikir dan mencongak selama 5 minit, si wakil pun menjawab..

"18!!"

Semua yang hadir di dalam persidangan itu mengeluh kehampaan.. kesemua 80 ribu yang hadir bersorak

"berikan dia satu lagi peluang!!"

"Baiklah, diatas permintaan anda semua dan kita masih belum membuktikan kepada dunia bahawa kita tidak bodoh, maka saya akan beri dia satu lagi peluang!"

Maka dia pun bertanya..

"5 + 5 = ?"

Setelah 10 minit, si wakil menjawab..

"err... 90?"

Pengacara majlis amat terkejut.. beliau menundukkan mukanya menahan malu. Kesemua yang hadir turut hampa dengan jawapan yang diberikan. Maka sekali lagi mereka bersorak..

"Berikan dia satu lagi peluang! Satu lagi peluang!"

Dengan perasaan ragu-ragu bahawa jawapan si wakil seterusnya hanya akan membawa malu kepada 80 ribu peserta yang hadir, maka pengacara mengambil keputusan untuk menanyakan satu soalan yang lebih mudah..

"Apakah jawapan bagi 2 + 2?"

Si wakil memejamkan matanya, memerahkan otaknya dan setelah 30 minit dia berkata..

"4?"

Semua yang hadir pada persidangan tersebut terkedu. Tidak disangka maruah mereka yang dilabel sebagai orang-orang bodoh sedunia telah ditebus dengan jawapan yang diberikan oleh si wakil..

Tiba-tiba Si Tanga berdiri dan berkata..


"Biarkan dia cuba lagi! Biarkan dia cuba lagi!"


Pengacara majlis : !@#$%^&*()&%#@!



Kuang3 - Gelak itu penawar penyakit :)

2 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Siti Safiyyah on March 5, 2011 at 12:46 AM said...

haha apesal dengan si Tanga tu? kehkeh ;p

eh ini sambungan ke? mane yg mula2? link kan la skali..

Kakkoii on March 5, 2011 at 1:12 AM said...

http://kakkoii-me.blogspot.com/2011/02/si-tanga-comedian.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011