Test Kuku Jari

2011-03-30
Entry ini wajib dibaca oleh kaum Hawa!



Lelaki jongos ada di mana-mana. 

Mereka suka melakukan perbuatan jahat kepada perempuan. Tidak sahaja anak kecil, malah anak dara dan nenek orang pun boleh menjadi mangsa. 

Jika zaman dahulu, modus operandi mereka mudah dikesan, iaitu menghendap anak dara orang mandi di sungai mahupun bilik mandi. Namun pada zaman sekarang, dengan kecanggihan teknologi, maka modus operandi mereka juga amat sukar dikesan.


KAMERA!
PERAKAM VIDEO!!
CERMIN 2 HALA!!!


Peranti-peranti di atas selalunya dipasang di tempat-tempat awam. Contohnya 


TANDAS
HOTEL
BILIK PERSALINAN PAKAIAN


Bagi peralatan elektronik, sudah ada alat yang dijual untuk mengesannya. Tetapi bagaimana pula dengan CERMIN 2 HALA?
Ini bukan cermin biasa. Ianya dipasang dengan satu permukaan kelihatan seperti cermin biasa dan permukaan dibelakangnya merupakan cermin tembus.

Dengan erti kata lain..


"ORANG DI BELAKANG CERMIN BOLEH MELIHAT, TETAPI KITA TIDAK BOLEH MELIHAT MEREKA!"
Bagaimana untuk kita mengenali cermin ini?

Ini adalah tips ringkas yang dikongsi oleh rakan Kakkoii.


TEST KUKU JARI


Caranya amat mudah, letakkan kuku jari Kakkoiis pada permukaan cermin tersebut. Amatilah bayangan yang terpantul. Jika terdapat ruangan (Gap) antara kuku jari Kakkoiis dan bayangan kuku tersebut, maka itu merupakan CERMIN BIASA.

Sekiranya tidap terdapat ruangan (Gap) dimana kuku jari kita bersambung secara terus dengan bayangan kuku, maka itu adalah CERMIN 2 HALA!

Haruslah diingatkan untuk melakukan test ini sebelum melakukan apa-apa "kerja" di hadapan cermin tersebut. Hahaha..


P/s :Kakkoiis sayangkan adik perempuan? Kakak? Kekasih? Isteri? Anak-anak? Ibu? Maka sebarkanlah info ini untuk melindungi mereka dari PEMERKOSAAN VISUAL!

6 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

nurul afifah on March 31, 2011 at 12:22 AM said...

hee . tips yang bagos

tengs share :)

Dzu Aamal on March 31, 2011 at 4:42 AM said...

uit..thanks kk =)

izzati wanie on March 31, 2011 at 8:52 AM said...

KAKKOI!!! thanks 4 the tips k.. ^_^

Siti Safiyyah on March 31, 2011 at 12:48 PM said...

haa penah bace gak pasal ni..agak menyeramkan bila nak test baju kat mane2 kdai..;p

kindergartenlibrary on March 31, 2011 at 11:50 PM said...

Nice tips ..
=)

Anonymous said...

cikgu .. cikgu pun ade curi2 tengok ke? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011