Imej Seorang Blogger?

2011-04-06
Ini merupakan pendapat dan pandangan Kaku Lator




Salam sejahtera Kakkoiis sekalian.
Hari ini Kaku Lator ingin memberi pandangan tentang imej bagi seorang blogger.

Seorang Blogger perlukan imej tersendiri?


"Imej seorang Blogger penting ke?"

"Amat penting! Dengan imej yang baik, blog kita akan menarik pembaca. Mereka akan sentiasa datang dan membaca penulisan kita."

"Owh, penting juga imej ni ye"

"Mestilah! Tapi biarlah dengan imej yang tersendiri."

"Maksudnya?"

"Seorang blogger mestilah mempunyai imej dan gaya penulisan yang tersendiri. Bila kena tempatnya, ia menjadi satu daya tarikan yang kuat kepada pembaca."


Bagaimana untuk membina imej?


"Imej seseorang blogger itu ibarat kain putih. Mereka sendiri yang mencorakkannya."

"Bagaimana caranya?"

"Terpulang kepada kita samada mahukan imej yang baik atau imej yang buruk."

"Mana lebih bagus?"

"Terpulang kepada bloggers itu sendiri. Ada yang mahu dikenali dengan baik, ada juga yang mahukan populariti murahan."

"Populariti murahan? Contohnya?"

"Ada bloggers yang sanggup menjual maruah dan nama baik dengan populariti dari bahan lucah, artikel yang menimbulkan kemarahan dan pergaduhan."

"Kesimpulannya, hubungan mesra antara bloggers perlulah dijaga?"

"Tepat sekali."


Bagaimana menjaga hubungan mesra?


"Blog, cara paling mudah untuk beramah mesra ialah melalui komen."

"Komen?"

"Ya, pada setiap artikel mereka, kita baca dan tinggalkan komen."

"Komen yang bagaimana?"

"Biarlah komen yang membina."

"Maksudnya dengan adanya komen kita dapat menjaga hubungan mesra?"

"Ya. Komen memberi semangat kepada blogger untuk terus berkarya. Bila dah dikomen, blogger itu mestilah berasa diri dihargai dan akan membalas kunjungan serta meninggalkan komen."


Apa perkara yang perlu dielakkan?

"Jangan sesekali buat taik dalam blog. Maksudnya, jangan sesekali cari gaduh dengan penulisan kita."

"Walaupun marah?"

"Ya, gunalah akal rasional kita. Nasihat itu lebih baik dari kata-kata cacian."


Kekerapan menulis artikel?


"Haruskah kita menulis artikel setiap hari?"

"Tidak semestinya setiap hari. Tetapi sekurang-kurangnya 3 artikel setiap minggu itu sudah memadai."

"Jika kita tidak mampu untuk menulisnya?"

"Sediakan draft kasar tentang topik yang terlintas difikiran agar idea itu sentiasa ada."

"Jika tidak mampu juga?"

"Melantik penulis sampingan bagi blog kita. Contohnya Kaku Lator di dalam blog ini merupakan seorang penulis sampingan."


Artikel yang bagaimana paling sesuai?


"Artikel yang bagaimana orang suka membacanya?"

"Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Ada yang sukakan gosip, ada yang lebih gemarkan lawak jenaka."

"Maksudnya kita tulis apa yang diminati?"

"Benar. Pilih satu genre yang diminati. Dengan cara ini, kita sentiasa mempunyai minat dalam berkarya. Tetapi ingat, jangan sesekali MENCIPLAK hasil kerja orang lain!"

"Maksudnya, originality itu penting agar pembaca tidak bosan membaca benda yang sama berulang-ulang kali?"

"Tepat sekali."


Blog itu bosan?


"Tiada perkataan bosan kepada sesuatu yang kita minat."

"Ia bosan kerana cara untuk berinteraksi teramat terhad."

"Mengapa?"

"Terhad kepada chatbox dan komen sahaja."

"Kamu silap. Jika kita kreatif, blog yang kelihatan bosan akan nampak menarik. Blog yang biasa akan kelihatan seperti Facebook!"

"Maksud kamu?"

"Banyak ruangan sembang untuk bloggers di luar sana. Cari dan pasang, pasti kamu tidak akan bosan!"

"Contohnya?"




P/s : Dengan imej kita akan dikenali. Berilah imej yang baik agar kita disenangi, jangan sesekali imej yang buruk kerana kita akan dibenci.


26 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

NuSaNa NoSa 91 on April 6, 2011 at 12:29 PM said...

betul tu.. walaupun hanya kt dunia maya @ org xkenal siapa kita yg sbnrnya, tp tunjukkn imej yg baik kt bloggers lain~ ^_^

izwanyusof on April 6, 2011 at 1:39 PM said...

ada tujuan maka adalah imej..kemudian boleh berkembang lagi..

Anonymous said...

betul tu.........
tips yg bguna :)

Cik Puan iLa on April 6, 2011 at 5:26 PM said...

Betul2...imej tu penting....
**salam perkenalan..cik ila jumpa kt innit td.. :)

Kakkoii on April 6, 2011 at 7:34 PM said...

nusana : ye setuju! walau sejahat mana kita di dunia betul, tapi di dunia maya kita ibarat sebersih kain putih. ^^

Kalau nak jahat kita hitamkan, kalau nak baik kita jaga kain tu elok2..

Kakkoii on April 6, 2011 at 7:35 PM said...

izwanyusof : dengan ada tujuan maka adalah destinasi. seseorang itu akan berusaha untuk mencapainya ^^

Kakkoii on April 6, 2011 at 7:35 PM said...

lemongrassbeam : thanks~ ^^

Kakkoii on April 6, 2011 at 7:36 PM said...

Cik ila : huhu salam perkenalan juga.

Kakkoii ingat x da pelawat dari innit td ^^

Anonymous said...

kk ! setuju la dgn kaku

hebad kk hurai, details dan mudah di fahami, mesti dlm result exam nanti gempak en :D

hieee, agak2 kalau fa buat genre lawak pulak dlm penulisan blog fa, kk ketawa tak ea :P haha ^^

nice one, tenQ

Kakkoii on April 6, 2011 at 9:38 PM said...

aufa : try la... then nanti kakkoii gtau gelak atau x.

hehe

hana on April 7, 2011 at 3:06 AM said...

terbaek la..
penerangan yg mudah difahami dan padat..
heheh

Kakkoii on April 7, 2011 at 5:13 AM said...

hana : thx... kakkoii akn terus berusaha bg yg terbaek untuk pmbca ^^

zulkifli Mohamad on April 7, 2011 at 6:24 AM said...

yer syabas kakkoi teruskan usaha

Kakkoii on April 7, 2011 at 6:47 AM said...

thx kaku.. kan idea penulisan kaku gak ni

adamzico on April 7, 2011 at 7:14 PM said...

nice.. thx share info nie.. wink!

Kakkoii on April 7, 2011 at 9:42 PM said...

adamzico : wink balik~ welcome

CG on April 9, 2011 at 9:27 AM said...

aku ska bca blog ko bro..cra entry ko skang laen dro org..ko tulis entry ada Q&A..i loikee!ngeh2! =P

titan on April 9, 2011 at 1:14 PM said...

tips yang baik. Inilah yang sewajarnya blogger lakukan.

Kakkoii on April 9, 2011 at 10:00 PM said...

cik gadis : entry yg lain dari yang lain itulah target kk... ^^

Welcome to the Kakkoii-me reader's club~ wink3

Kakkoii on April 9, 2011 at 10:00 PM said...

titan : tq~ salking mengingatkan mesti mengeratkan silaturahim

dinsblog.com on April 10, 2011 at 5:44 AM said...

tips yg bagus dan menarik.

PCL on April 10, 2011 at 9:28 PM said...

aku suka baca2 kat sini...tahniah , anda sudah menarik minat saya ke sini...

Kakkoii on April 11, 2011 at 7:42 AM said...

dinsblog : thx dins~

Kakkoii on April 11, 2011 at 7:43 AM said...

pakciklie: thx pakciklie~ diharap terus menyokong kk ye

Unknown on April 13, 2011 at 7:26 PM said...

kakkoi memang sempoi

sabree hussin on June 13, 2011 at 8:33 AM said...

perlu imej dan identiti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011