Kekasih Anda Bagus?

2011-04-09


Salam sejahtera Kakkoiis semua.

Setiap orang inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia. Salah satu penyebab kebahagiaan rumahtangga ialah pasangan kita sendiri. Berikut merupakan tips untuk mengetahui bakal pasangan kita itu baik atau tidak.

Suatu hari di kampung, Kakkoii terdengar makcik berbual dengan nenek mengenai anak daranya (sepupu Kakkoii) yang ingin mendirikan rumah tangga..


"Mak, saya takut lah. Budak lelaki tu nak datang merisik. Kenal pun tak sampai setahun lagi, tak tau dia tu orang yang macamana.."

"Apa susah, kau suruh aje budak tu datang hujung waktu Zohor."

"Hujung waktu Zohor?"

"Ye lah, antara Asar dengan Maghrib kan pendek aje waktunye.."

"Tak faham lah saya.."

"Ini petua orang tua-tua.. Kita jemput dia datang hujung waktu Zohor, ajak dia minum petang. Cuba tahan dia sampai waktu Maghrib."

"Kenapa?"

"Kau tengok dia sembahyang Asar atau tak! Kalau dia sembahyang Asar, maksudnya dia menjaga sembahyangnya. Maka dia mesti boleh jaga anak kau nanti."

"Oooo... Betul juga.. Tapi, kalau dia berpura-pura sembahyang macamana?"

"Apa susah, bila masuk waktu Maghrib, ajak dia solat berjemaah. Suruh dia jadi Imam."

"Kenapa Imam?"

"Kan dari situ kita boleh tengok samada dia pura-pura atau tak... Dari bacaannya, dari doanya.. Lepas tu kau buatlah keputusan nak dia jadi menantu atau tak!"


Topik best, Kakkoii pun mencelah...


"Kalau perempuan macamana pula nek?"

"Kalau perempuan, ajak dia datang tengahari sebelum makan."

"Kenapa?"

"Kita suruh dia masak!"

"Reason?"

"Apa tu 'pison'?"

"Err... Alasan...?"

"Ooo.. Dapur kan panas. Kalau dia jaga auratnya, dia tak akan dedahkan walau sepanas manapun tempat tu."

"Itu je?"

"Ish budak ni.. Lagipun kita boleh rasa masakan dia, dari situ kita boleh tau dia biasa tolong di dapur atau tak. Lepas makan kita tengok dia basuh pinggan ke tak. Dari situ boleh tau dia malas atau tak."

"Agama dia pula macamana?"

"Lepas makan kan dah masuk waktu Zohor.. Perempuan yang jaga agamanya akan bawa telekung ke mana-mana!"

"Orang sekarang mana nak pandang semua tu nek.. Bab makan, gerai banyak. Sembahyang? Pinjam je la telekung orang.."

"Huh pandai aje dia menjawab.."


Tiba-tiba sepupu Kakkoii yang nakal mencelah...


"Abang Kakkoii, bayar mahal-mahal tapi dapat yang low quality buat ape.."

"Erk... kurang asam punya budak. Ada je kau nak mencelah!"


P/s : Ini petua orang tua-tua...


34 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Siti Safiyyah on April 9, 2011 at 8:05 AM said...

erk bagus2. panduan yg berguna ni. ehem ;p


eh eh yg sepupu yg nakal tu mesti si kecik tu kan? haha ;p

Siti Safiyyah on April 9, 2011 at 8:06 AM said...
This comment has been removed by the author.
Kakkoii on April 9, 2011 at 8:08 AM said...

SS : sapa lagi kalo bukan dia.. haha

Miss EZ on April 9, 2011 at 8:17 AM said...

mmg bguna panduan tu...hehehehehe

Kakkoii on April 9, 2011 at 8:18 AM said...

Miss EZ : Sebab berguna kk nak share

sabree hussin on April 9, 2011 at 8:20 AM said...

Petua ni memang awesome..!

Kakkoii on April 9, 2011 at 8:27 AM said...

Terbaek kan sabree~ ^^

Nava Kishnan on April 9, 2011 at 9:05 AM said...

there's no bagus, its about adapting to the one you love.

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:14 AM said...

sorry nava, but our stand is different
^^

CIK GADIS on April 9, 2011 at 9:24 AM said...

ngeh2!petua yg gos..bleyh r den guna nnt..keh2!pdhl bru umo 18,gatal semedang*bahhaa!

miss ct on April 9, 2011 at 9:47 AM said...

Assalamualaikum kk...
entry yg bagus..terima kasih krn sudi kongsi ilmu...

Kakkoii on April 9, 2011 at 11:20 AM said...

cik gadis : ngeh2~ 18 kan umur dah leh kawen kalo ikut law.. x salah kot.. Ilmu ni sampai ke anak cucuk boleh dipraktikan

Kakkoii on April 9, 2011 at 11:21 AM said...

miss ct : same2 ct~ ^^ kalo ada yg len kk akan share lg ye

titan on April 9, 2011 at 1:13 PM said...

hoho. bagus nih. Artikel yang patut dikongsikan beramai-ramai..

Pejuang Kesenian Extreme on April 9, 2011 at 2:52 PM said...

Bukan nak cakap ape la kakkoii,tapi petua ni memang boleh pakai..Bagus2..Dah datang idea dah..hehe

sharina elisa on April 9, 2011 at 4:05 PM said...

terbaikkkk

kyo_9 on April 9, 2011 at 4:12 PM said...

tips mantap tuh..
tp part bayar mahal2 yg last skali tuh ak kurang tangkap maksud tersirat dia..

Muhammad Helmi on April 9, 2011 at 5:34 PM said...

bgus2...
terbaik dr ldang...
(*_*)

ana raisya on April 9, 2011 at 8:03 PM said...

wah cam tu ke...erm..nak bt la nnti..hihi

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:55 PM said...

titan : kalau nak share bgtau kk, nanti kk e-melkan ye ^^

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:56 PM said...

pejuang : huhu ight kk nak kene hentam ke ape td.. haha disebabkan boleh pakai la kk nak share ^^

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:56 PM said...

sharina : memang terbaek ^^

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:57 PM said...

kyo_9 : maksudnya, kita bayar hantaran mahal2, tapi dapat bini yg x tau masak, x reti jaga diri.. macamana nak keluarga bahagia kot..

btul x? sape sokong? ngeh3

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:58 PM said...

helmi : memang fresh dari ladang ni... hehe

Kakkoii on April 9, 2011 at 9:58 PM said...

ana : buat la demi kebahagiaan rumahtangga... huhuhu

nelly on April 10, 2011 at 7:33 AM said...

cantik betul celahan dak tu .hahahaha

Kakkoii on April 10, 2011 at 7:35 AM said...

nelly : ^^ budaknye pun comel hehe

dewita on April 13, 2011 at 8:45 PM said...

terbaik=)

azza on April 15, 2011 at 9:25 AM said...

huhu..petua yg bagus..:)
ti leh apply..

cik aufa faqihah on April 18, 2011 at 8:25 PM said...

kk :baby
kk g mane :hah
=(( lama nya ta dengar khabaq =="

wah, nice n3,..
best2 :D

leh suh mak test nih ^^
kk jemput la dtg uma lunch ea :P

momoi mee on April 19, 2011 at 7:17 AM said...

owh...i see..

FARISZ@AZ.Com on April 24, 2011 at 12:45 AM said...

Entry yang bagus.

Tambahan : ketika bersalam lihat kuku jari , seseorang pembersih akan memastikan kukunya dipotong kemas.

Cara makan pun boleh lihat peribadi seseorang.

C I K . F Y Z A on April 26, 2011 at 3:53 AM said...

cantik la kakkoi... parents pun dah mula berbunyi-bunyi tu nak suroh fyza cekap memasak.. kuikuikui

Ini Kisah Tia on May 29, 2011 at 9:00 AM said...

wah ! bagus2 . hehee ..

jom baca ni pulak :
Lagi Lagi Berat Blog - Penting Okey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011