Itu Gerai Topap!

2011-04-05



Kampung Kakkoii, suatu kawasan yang belum membangun sepenuhnya.. Kedai yang ada memang terhad. 


Kedai topap (aka reload prepaid) lagi lah tak ada!


So setiap kali Kakkoii pulang ke kampung, handphone akan direload secukupnya. ^^

Dipendekkan cerita, suatu hari Kakkoii pulang ke kampung tanpa teringat baki kredit di handphone tinggal beberapa sen sahaja. 


Seperti Cacing Kepanasan


Kakkoii cuba mencari kedai topap yang berhampiran.


"Nek, dekat kampung ni ada kedai topap tak?"

"Topap tu ape?"

"Alaa... yang masuk duit dalam handphone ni.."

"Oooo RELOAD.. mana ada dekat kampung ni. Kena pergi pekan sana baru ada!"


Fuh English tu...


"Ha tak ada ke? Ermm tak apa lah.."

"Abang Kakkoii nak beli reload eh?"


Adik sepupuku yang comel mencelah..


"Ha la. Sapa ada jual dekat sini?"

"Tak ada."

"......"

"Tapi dekat depan masjid kan ada gerai reload?"

"Gerai Reload?? Mana ada?"

"Ada lah! gerai dia kecil je. Ala yang mesin tu. Masuk duit nanti keluar la."

"Fuh canggih betul kampung ni. Mesin reload jual reload pin pun dah ada!"


Dengan teruja Kakkoii pergi ke destinasi yang dinyatakan.. Dari jauh Kakkoii melihat gerai tersebut..

dan..




"Yes! Hidup lagi la handphone Kakkoii"




"Huh mesin ni unik. Macam pondok telefon! Patutlah Kakkoii tak perasan"




"Huh mesin topap baru ni.. 1st time jumpa!"




"Tapi kenapa mesin topap ni ada ganggang?"




".........INI TELEFON AWAM!!!!"



P/s : Korang dah tak ada tempat lain ke nak letak iklan??!!! Perkataan "Got Reload Here" tu buat orang confuse....

12 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

ctnor_fathihah on April 5, 2011 at 8:16 PM said...

hahahah . idup2 kne tipu . klaka2

Kakkoii on April 5, 2011 at 8:20 PM said...

huhu kene sekeh dah adik sepupu tu.. berani memainkan orng tua ni haha

Siti Safiyyah on April 5, 2011 at 8:22 PM said...

baru nak percaya tadi ingatkan betul2 ade public phone yg leh topap..lawak2..ni adik sepupu yg tanye pasal rantai makanan tu ke? sabo jela melayan.. ;p

miss ct on April 5, 2011 at 8:28 PM said...

Assalamualaikum kakkoi..
kakkoi ada broadband kan? reload topup guna cimb clicks sudah...hehehe

Kakkoii on April 5, 2011 at 8:34 PM said...

ss : a ah budak yg sama... nakal die tu! : geram!

miss ct : x reti gune... hahha

sharina elisa on April 5, 2011 at 10:28 PM said...

hahaha .. awat taruk n3 lawak3 je kk ?

Kakkoii on April 6, 2011 at 2:53 AM said...

sharina elisa : ini la gaya penulisan kakkoii.. kalo boleh nak ada lawak dlm setiap penulisan bio orng baca at least tersenyum pun dah memadai. ^^

Info dan pengajaran dalam lawak

azza on April 15, 2011 at 9:30 AM said...

huhu..kalo balik kg..memg susah gila nak cri kdai topap..adoyai..:)

InGkLate on April 24, 2011 at 10:45 AM said...

haha... igtkan kg tu btol2 advance...
nk high 5 ngan bdk tu.. sgt nakal..haha

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:02 AM said...

azza >> tu r... kemajuan lum tiba di sana lagik

Kakkoii on August 16, 2011 at 8:03 AM said...

ingklate >> haha mai sini... nak sekeh pun boleh

Zack Hazze on September 8, 2011 at 2:02 AM said...

hahaha...lawak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011