Itu Pun Rezeki!

2011-04-04

Salam sejahtera Kakkoiis semua.

Sedarkah kita bahawa setiap benda yang wujud di dunia ini merupakan rezeki yang diberikan tuhan kepada makhluknya?

"Abang Kakkoii, tolong terangkan rantai makanan boleh? Tak faham lah cikgu ajar."

Permintaan dari adik sepupuku yang comel..

"Boleh aje.. mana gambarnya?"

"Ni ha.. Tolong terangkan."


Gambar lebih kurang aje macam ni..


"Lah, senang aje ni.. Tengok, yang bulat ni apa?"

"Matahari."

"Ok, matahari bagi tenaga pada rumput untuk membesar, lepas tu belalang makan rumput untuk membesar, lepas tu katak makan belalang, lepas tu ular makan katak, ular pula kena makan dengan burung helang. Ini la dia 'food chain'.."

"Apa cincin?"

"Food Chain! Maksud dia rantai makanan lah."

"Oooo..."

"Faham tak?"

"Tak."

"Mana yang tak faham?"

"Semua.."

"Alamak budak ni... parah betul. Ok, macam ni.. tahu tak apa itu rezeki?"

"Tahu! Makanan yang tuhan bagi pada kita."

"Betul, apa rezeki untuk kita?"

"Nasi!"

"Ok, ini kiranya gambar rezeki lah.. rumput itu rezeki untuk belalang, belalang pula rezeki untuk katak, katak pula rezeki untuk ular, ular pula rezeki untuk...?"

"Helang!"

"Ha pandai pun. Sekarang dah faham 'food chain' ni?"

"Dah. Sekarang baru saya faham.. 'Food Chain' ni rezeki!"


Ha boleh la tu dari segi pemahaman konsep kan? Hehe..


"Yup, so kita jangan memandang rendah setiap benda yang ada. Kerana, setiap benda itu rezeki. Kalau nampak benda tak suka pun jangan marah. Mungkin itu rezeki untuk yang lain.."


Cewah, bagi tazkirah pula..


"Tapi semalam abang Kakkoii marah pada kucing kan?"

"Ye la mesti la marah. Dah dia berak atas selipar abang Kakkoii!"

"Mana boleh abang Kakkoii marah!"

"Kenapa? Tahi dia kotor tu...!"

"TAPI TAHI KAN REZEKI UNTUK LALAT!"

"Erk...."


P/s : Walau apapun  benda itu, ia merupakan rezeki! Antara kita sedar atau tidak sahaja.

9 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Unknown on April 4, 2011 at 11:23 PM said...

wah gitulah ! sekali terkena balik daaaa..huhuhu

Kakkoii on April 4, 2011 at 11:25 PM said...

hehe apa nak buat... layan kan aje la~

Anonymous said...

betol2..setuju

Anonymous said...

wakaka, ta pena tpikir pun sebelum nih mase ajar budak2 dulu,...

hieee, nih boleh dipraktikkan utk kelas akan dtg :)

maceh kk,..

:thumbs up utk kk :D

Kakkoii on April 5, 2011 at 9:49 AM said...

dewita : setuju eh? bagus2

Aufa : hang chekgu ka?

Siti Safiyyah on April 5, 2011 at 6:49 PM said...

erk adik sepupu pon panggil kakkoii ke? ;p kemain rajin ajar ajaran sesat kat adik sepupu. hahaha


psstt : Pemahaman SS tentang blog dulu

Anonymous said...

hahaha...mesti comel budak tu kn...

adamzico on April 5, 2011 at 6:56 PM said...

pandai abg kakkoii.. hehe..!

Kakkoii on April 5, 2011 at 8:18 PM said...

ss : dia panggil lain... tp nama kan low profile... bio lah guna kakkoii orng senang nak ingt hehe

moon : a ah cooomel gile. x comel x ajo hehehe

adamzico : tq... kalo setakat sekolah rendah tu boleh la hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011