(GAMBAR INI DIPINJAM)
Salam sejahtera kepada para Kakkoiis sekalian..
Sudah sebulan lebih Kakkoii menyepikan diri. Maaf ikhlas Kakkoii ucapkan kerana sibuk menguruskan hal duniawi..
Kini Kakkoii kembali lagi,
dengan harapan entry diupdate setiap hari!
(Woohoo berpantun la pulak!)
Ok, ceritanya bermula begini... Ketika Kakkoii masih belajar di sekolah menengah..
Setiap hari Isnin, pelajar Islam akan pulang sedikit lewat kerana kami mempunyai latihan amali sembahyang Zohor berjemaah. Walaupun diisytiharkan wajib, masih terdapat segelintir pelajar Islam yang jahil cuba "cuti" dari amali tersebut.
Pada suatu hari..
"Woi tengok tu! Cikgu Wong hambat sapa tu...?"
Dari kejauhan kelihatan cikgu GPK HEM sekolah kami sedang melibas-libas angin dengan rotannya.
"Ape lagi la yang dia buat tu.. Dah buang tebiat ke?"
"Entah.. mane lah aku tau."
"Hah, tu dia budak-budak nakal lari mencicit tak cukup bumi. Hahahaha!"
Jerit Kakkoii sambil menunding ke arah sekumpulan budak yang berlari ke arah surau ibarat
LEMBU-LEMBU YANG DIHAMBAT
"Cilakak lu orang! Tuhan "ALA" suruh semayang lu pigi duduk dalam JAMBAN!"
Apa lagi, terburai la kami gelakkan telatah guru bersama lembu-lembunya itu.. Tiba-tiba..
"WOIT! PIGI SEMAYANG!!
APA LU OLANG DUDUK SITU LAGI!"
"Ah sudah.. kita diamuknya pulak.. blah woi blah. Naik surau cepat! Kang kena sebat!!"
Esoknya, kecoh satu sekolah...
CIKGU CINA HAMBAT MURID ISLAM PERGI SEMBAHYANG!
..........
Kes sebegini turut dialami Kakkoii sendiri.. Ia berlaku sewaktu "Study Week" yang lepas. Kakkoii duduk menumpang di asrama rakan yang berbangsa Cina.
Suatu hari Kakkoii bangun lewat. Bangun-bangun aje terus mengadap buku.. Tiba-tiba member tanya..
"Kakkoii, lu sudah sembahyang Subuh?"
"Belum...Lewat dah, aku Qada zohor karang je.."
"Woi pigi semayang! LU MAU MATI MASUK NERAKA KA!"
"Erk...."
Teringat igauan lama kembali....
P/s: Tak malu kah kita orang bukan Islam menyuruh kita sembahyang sedangkan kita sendiri lalai akan perintah-NYA?
8 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
perghhh malu woo.. pasni kene jaga2 sikit dgn kawan2 yg bukan muslim tu.. :p
eyh.. tau plak dia yang masuk neraka kalau tak semayang.. haha.. terbaik.. malu malu orang non-muslim yang gesa kita solat, tapi kita buat-buat alpa :D
SS >> tau x pe memang malu kot bila difikirkan balik
CL >> ehehehe dewang ni walaupun jahil pada Islam, tapi kebanyakannya tahu tentang sembahyang, pahala, syurga dan neraka tau!
Assalamualaikum kk..
wah..lama kk ilang..entry anda sprti biasa..mmg bgs dan berilmu..keep up your good work.. =)
miss ct >> wslm... menghilang kerana menumpukan perhatian pd pelajaran ^^... thx kerana terus menyokong kk~
haha..malu2 ku2 malu XD
mss leza >> malu memang malu... yg kene sound direct ni lagi malu hak3
Post a Comment