Kerana Mesin Angkat Kita Dilabel Tidak Beradab!

2011-04-02


Selamat sejahtera para Kakkoiis semua. Hari ini timbul pula mood nak ke library. Malah entry ini ditulis di library! Huahuahua.

Ok berbalik kepada tajuk kita hari ini. Apa itu...


MESIN ANGKAT?


Itu merupakan panggilan dalam bahasa melayu bagi LIFT

Dan apa kaitan lift dengan label "Tidak Beradab"?

Inilah ceritanya...

Setibanya di library, Kakkoii dapati agak ramai juga pelajar di situ. Almaklumlah, musim peperiksaan.. Bagi memudahkan pelajar mengakses ruangan study yang terdiri dari 5 tingkat, pihak pengurusan telah menyediakan lift. 

Dipendekkan cerita, Kakkoii masuk ke dalam lift dari "ground floor" library. Bersama Kakkoii ada lah 2 orang pelajar luar negara, dari Yaman jika tak silap. Tujuan kami sama, iaitu ke tingkat 4 dimana letaknya bilik Iqra' iaitu bilik belajar perseorangan lengkap dengan kemudahan komputer (Port paling best... aka rumah ke-2 Kakkoii.. haha)

Tiba di tingkat 1...

TING!

Lift berhenti mengambil penumpang.. Masuklah 2 orang pelajar Malaysia. Tujuan mereka adalah ke tingkat 2.

Tiba di tingkat 2...

TING!

Lift berhenti sekali lagi. 2 orang pelajar Malaysia mahu keluar dan pada masa yang sama 3 orang pelajar Malaysia mahu masuk ke dalam lift. berlaku sedikit pergeselan antara mereka.

Setibanya di tingkat 3.. 

TING!

Lift berhenti sekali lagi dan 3 orang pelajar tersebut mahu keluar dan sekali lagi situasi yang sama berulang dimana pergeselan berlaku apabila 5 orang pelajar Malaysia mahu masuk ke dalam lift pada masa yang sama.

Dan akhirnya tiba ke tingkat 4..

TING!

Kami semua mahu keluar dan situasi yang sama berulang lagi di mana terdapat beberapa orang pelajar Malaysia yang mahu masuk ke dalam lift.. Berlaku pergeselan lagi!
Dan secara spontan pelajar Yaman tersebut berkata kepada rakannya.

"You see how uncivilized these Malaysian.. They cannot bear even a moment!"

Kami berpandangan sesama sendiri..


"Kurang ajar ke?"


Kakkoii bertanya..


"Ntah la... Si Yaman ni ingat kita bodoh English agaknya."


"Betul betul. Dia fikir kita tak faham apa yang dia cakap?"


Tiba-tiba pelajar Yaman tersebut menoleh ke arah kami dan berkata..


"Tidak kurang ajar jika kamu mengambil turn untuk keluar dan masuk lift!"


Even pak arab pandai cakap melayu! 

Semua terkedu...

Bila difikirkan kembali.. Ada benarnya apa yang dia kata. Orang kita tidak tahu beratur! Tidak kira untuk masuk lift atau menaiki bas awam.. Tidak hairanlah kita dilabel


TIDAK BERADAB!



P/s: Oh malu sungguh bila dilabel tak beradab! Maka kawan-kawan, ingatlah kepentingan beratur...

16 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Mr.Kerro on April 2, 2011 at 2:13 AM said...

pergh kene sound direct.. mmg rkyt malysia ni ada juga yg kurg ksdrn sivik..hai..

Kakkoii on April 2, 2011 at 6:36 AM said...

tau x pe... direct sampai semua terkedu...

huhuhu kesedaran sivik~

naqiah on April 2, 2011 at 6:46 AM said...

betul apa ckp mat saleh 2..

Kakkoii on April 2, 2011 at 6:57 AM said...

haha tu bukan mat saleh la... tp pak arab!

Mss Ieza on April 2, 2011 at 7:17 AM said...

haha..
klu sy..
sy akn jd owang last kua dr lift..
bnci btl bgesel nie X(

Kakkoii on April 2, 2011 at 7:18 AM said...

mss, jika orng last keluar dri lift, confirm akan bergesel~ coz orng dah penuh dlm tu

Anonymous said...

:ouh lift

tapi fa pun melayu jugak tapi ta adela panggil mesin angkat =="

hoho, btw

bagus entry nih utk mengingatkan malaysian about our sivik yang dah makin luntur

chaiyok la kk ^^ :syg kk

p/s ; library uma ke2, hoho sama la an fa mase nak exam dulu, rasa macam nak tdo skali kat situ :P

Kakkoii on April 2, 2011 at 10:36 AM said...

mesin angkat itu istilah engineering bg lift dalam translate BM nye..

Kakkoii dpt tau pun lepas tengok lesen yang dia tampal dlm lift tu haha

kindergartenlibrary on April 2, 2011 at 5:10 PM said...

hanya sebab tu je ?
tak patutnya !!

Kakkoii on April 2, 2011 at 10:17 PM said...

nelly, perkara remeh pada pandangan kita, tp besar pd pandangan orng luar... budaya kan berbeza..

Siti Safiyyah on April 3, 2011 at 6:34 AM said...

erk kalo ss dah sentap gak tu..hukhuk malu giler kene sound direct camtu..peh lepas ni silalah beradab ye sebelum anda diadab2kan..hahaha ;p

Kakkoii on April 3, 2011 at 7:08 AM said...

hehehe disebabkan cuka setitik, rosak susu sebelanga

FatinNad on April 5, 2011 at 10:56 AM said...

takutnye. kene sound direct :(
tp memang betol pon. ramai je yg xreti sabar. mcmla lif tuh xd butang untuk delay dye tutup pintu. haish ~

InGkLate on April 10, 2011 at 12:02 PM said...

kadang2 kita xsedar perbuatan kita tu xberadap dari pandangan org lain.. tp bg kita menda tu biasa ja..huhu.. sama2 kita la muhasabah diri.

Kakkoii on April 11, 2011 at 7:44 AM said...

nadzirah : biasa lah orng kita... "gelojoh"

Kakkoii on April 11, 2011 at 7:45 AM said...

ingklate : betul tu... memang x disedari sehingga ditegur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011