Nur Kasih, Filem Yang Memalukan!

2011-06-01


Siapa tak tahu filem Nur Kasih? Dramanya sahaja telah menyebabkan ribuan peminat mengalirkan air mata..

Maka, filem ini telah dijadikan sebagai hadiah hari Ibu kepada ibu, makcik dan nenek Kakkoii..


"Mak, hadiah Hari Ibu ni Kakkoii nak belanje tiket wayang Nur Kasih. Boleh?"

"Wah, Nur Kasih! Boleh aje.. Bawa la makcik dengan nenek kau sekali."

"Ok boleh aje.."


Kakkoii pun menelefon makcik..


"Assalammualaikum, makcik nak pergi tengok Nur Kasih?"

"Eh, Kakkoii belanje ke? Nak aje.."

"Iye la Kakkoii belanje. Ajak nenek sekali tau."

"Ok nanti makcik bagitahu nenek."

"Nanti pakai baju tebal sikit tau."

"Kenapa?"

"Sejuk sangat dalam tu.."

"Ahh... jangan risau la. Setakat sejuk panggung wayang tu. Apa la sangat.. Sejuk lagi kipas angin rumah makcik ni ha.."

"Huiyoo... berlagaknye.. haha. Ok nanti Kakkoii datang ambil."


Setelah menjemput mereka... Di dalam kereta menuju ke panggung.


"Nek, pernah tengok wayang tak?"

"Lah, kenapa kau tanya?"

"Saje je.. takut nenek terkena kejutan budaya."

"Eleh, nenek dah biasa tengok lah.. dulu nenek ni selalu pergi tengok wayang tau!"

"Ooo... Bagus lah macam tu. Tak ada la terkejut nanti kan.."


Selepas 15 minit perjalanan, kami selamat tiba ke destinasi. Sewaktu pembayaran tiket..


"Kakkoii, berapa harga kena bayar ni?"

"RM 10 aje satu tiket.. Makcik jangan risau lah.. Kakkoii belanja."

"Mak ai mahalnya tiket sekarang."


Setelah membeli tiket, kami menuju masuk ke dalam panggung..
Melangkah sahaja kaki ke dalam panggung, terdengar satu suara..


"Fuh.. ni baru la semangat Nur Kasih. Siap bawak mak dia sekali.."


Dalam hati Kakkoii membalas..


"Lantak kau lah.. Aku sayang mak aku. Dari kau bawak awek pergi panggung, apa barang der. Ibu kau kat rumah tak dihargai."


Kami mengambil tempat duduk yangtelah ditetapkan.. Tiba-tiba makcik bersuara.


"Ish sejuknya! Kuatnya kipas angin dia!"

"Ish kau ni. Ni ekon la bukan kipas angin!"

"Hah! Ekon? Lah mak, dulu pakai kipas angin je!"

"..????"

"Ye lah... sekarang kan dah maju. Kipas angin dewang tak pakai dah. Tengok ni kerusi pun SOFA! Dulu kita pergi kerusi bangku kayu aje kan?"

"...?????"

"Ha ah la.. patut la selesa. Tengok lantai dia. Karpet tebal ni.. Patut la tiket dia mahal kan, Kakkoii."

".....errr ye ye mahal."


Hati Kakkoii mula tertanya-tanya... Apa yang dibualkan ni?


"Dulu masa makcik kecik-kecik dulu, panggung guna kipas angin je. tak da besar macam ni. Kecik lepas tu panas pulak. Harga tiket pun RM 1 je tau, kan mak?"

"Ha ah.. dulu wayang hitam putih je.. Tengok pun citer hindustan.. Tak pun citer P.Ramli tu.."

"Bukan nenek kata tadi selalu pergi tengok wayang ke?"

"Iye lah.. time muda-muda dulu!"

"Erk..."


Budak-budak perempuan yang duduk barisan hadapan Kakkoii dah mula tergelak..
Kakkoii berdoa dalam hati supaya tidak berlaku lagi perbualan yang memalukan.

Tidak lama selepas itu, lampu dipadamkan dan serentak itu juga iklan mula ditayangkan dengan sound efek yang berdentum-dentum... Tiba-tiba...


"OPOCOT MAK KAU MELETUP BOM BOM BOM!"

"EH BOM KAU MELETUP BOM"

".............."


Sekali mereka melatah serentak la...
Satu panggung gelak! 

P/s: Nur Kasih... FILEM INI MEMANG MEMALUKAN!

36 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Siti Safiyyah on June 1, 2011 at 8:59 PM said...

hahaha cite betol ke ni? mesti cover2 muke masa nak kua panggung kan? ngeh3

Kakkoii on June 1, 2011 at 9:04 PM said...

memang kisah benar pun... senyum aje la mase nak kuar panggung.. berjam2 duk dlm tu rasenye orng pun dah lupe kejadian tu haha

ismail on June 1, 2011 at 9:14 PM said...

tak boleh bayang kalau bawak mak aku tengok wayang... mungkin situasi yang sama macam blog entri ni :)

tapi wth kan ... bawak mak tengok wayang berjuta - juta lemon lagi bagus yang diorang bawak awek tu... huh!

sebut diorang .. termasuk aku :P

Kakkoii on June 1, 2011 at 9:51 PM said...

ismail >> memang betul.. bila lagi kita nak tunjukkan kasih sayang kita.. takkan nak tunggu mereka x ada baru nak mkenyesal?

HAZIRAH SULAIMAN on June 1, 2011 at 9:53 PM said...

haha, kelakar lah. mesti emak dan nenek kakkoii suka cita nur kasih ni. emak kita tak suka sgt. hee. kita pun tak sempat tengok lagi filem ni. wee

Kakkoii on June 1, 2011 at 10:01 PM said...

hazirah >> dewang memang kipas susah mati nur kasih hahaha.. time drama jgn harap nak tukar citer lain.. lama2 kk pun layan jugak

erleena on June 1, 2011 at 10:03 PM said...

haha bgus gile !
tp lawak la dorg melatah..its fun rite :DD

ha knpe filem memalukan itu pning sket :P

Kakkoii on June 1, 2011 at 10:06 PM said...

itu bukan lawak... itu segan tahap karma dah haha..

memang memalukan... antara filem yg paling memalukan pernah kk tgk haha

Unknown on June 1, 2011 at 10:27 PM said...

wakaka..kalo drpd penceritaan kakkoi, Nur Kasih mmg cerita yang memalukan..tp bagi ko la. ahaks..

surianisiti on June 1, 2011 at 10:48 PM said...

haha.. time ak baca mule2, muke serius giler.
bile baca smpai habis.. pergh.. ko mmg lawak la kakkoi..haha

Unknown on June 1, 2011 at 11:27 PM said...

tu baru bawa pergi tgk nur kasih..kalau bawa dia nonton cerita perang mesti melatah dari A sampai Z...hahaha

Mss Ieza on June 1, 2011 at 11:50 PM said...

haha..cite dr awl cm serius je ^^

Anonymous said...

heheh time dah pasang lampue lepas habis cerita tuh..
mesti laju je nak keluar kan??
:P

Kakkoii on June 2, 2011 at 12:14 AM said...

Jejaka >> Tau x pe... memang memalukan bagi kk

Kakkoii on June 2, 2011 at 12:15 AM said...

siti suriani >> thx kpd pujian... sokongan anda amat diperlukan ^^

Kakkoii on June 2, 2011 at 12:15 AM said...

khairil >> tau x pe.. nasib baik la dewang x minat citer perang

Kakkoii on June 2, 2011 at 12:16 AM said...

mss leza >> memang seyes kan miss... huhuhu

Kakkoii on June 2, 2011 at 12:16 AM said...

chemay >> ermm x jugak. kitaorng tunggu sampai sume dah kuar baru bgun haha

miss ct on June 2, 2011 at 2:57 AM said...

Assalamualaikum kk..
wah..siap bw mak pg tgk wayang tu..cara gak kan.. ct sdg tunggu utk didownload je..tgk dgn family kat laptop je.. =)

Kakkoii on June 2, 2011 at 6:25 AM said...

wslm miss ct >> then, apa hadiah hari ibu yg miss ct bg? hik3

Addin on June 2, 2011 at 8:40 AM said...

haha ! :)

macam best je wayang dulu dulu tiket singgit je .

sekarang mana la nak jumpa kan .

Kakkoii on June 2, 2011 at 9:13 AM said...

miss >> singgit berpatutan le dgn tempat dan keadaan... dulu wayang itam putih, sound efek x kuat mcm sekarang.. tempat duduk kerusi bangku, penghawa dingin dia kipas angin jek

Anonymous said...

hehehe... ok la tu... asek sedih je. at least ada 'adegan komedi' terselit dalam muvi tu. hahaha :P

Kakkoii on June 2, 2011 at 10:17 AM said...

redvixen >> itu bukan adegan komedi terselit... tapi permulaan muvie hahah

MiZ Rayy on June 2, 2011 at 2:02 PM said...

heheheee..

mak sy plak org ajak xmau ikot..

misscha on June 2, 2011 at 3:05 PM said...

oh my...oh my.....xpe2 malu sat je...syg mak balik.....

ziera on June 2, 2011 at 8:22 PM said...

haha... so sweet la kakkoi ni...
tak pernh terfikir plak nk ajak mak g tgk nur kasih..

lawak gler la story ni.... slalu tgk movie time muda2 rupenye... ^_^

Unknown on June 2, 2011 at 9:25 PM said...

so sweet..haha gadis pun bwk sepupu pompuan g tgk.....hihi

Kakkoii on June 2, 2011 at 9:31 PM said...

Miz Rayy >> hurmm mayb die segan kot...

Kakkoii on June 2, 2011 at 9:31 PM said...

mischa >> haha memang sayang mak.. tapi yg wat malu tu makcik n nenek kk hehe

Kakkoii on June 2, 2011 at 9:32 PM said...

ziera >> nampaknye dah berjangkit lah dgn kk... kaki wayang ni haha

Kakkoii on June 2, 2011 at 9:33 PM said...

gadis >> cuba la bawak nenek dgn makcik2 lak... tgk apa jadi hehe

♥ Princess ♥ on June 3, 2011 at 6:58 AM said...

hahah lawaknya...kikikiki

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:59 PM said...

princess >> ukenye gelakkan eh haha

Muhammad Izuan on July 26, 2011 at 3:45 PM said...

ahahahaha...

Kakkoii on August 11, 2011 at 6:33 PM said...

muhammad burn >> gelak sakan no...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011