Jika kambing itu memudaratkan, mengapa nabi Muhammad memakannya?

2011-06-02


Salam sejahtera para Kakkoiis sekalian..

Seringkali kita dapati ramai orang kita tidak berani makan daging kambing. Ini kerana kambing diketahui sebagai penyumbang kepada penyakit.

Tapi kita harus sedar..

JIKA KAMBING ITU MEMUDARATKAN, MENGAPA NABI MUHAMMAD TIDAK MELARANG UMATNYA MEMAKAN KAMBING? MALAH BAGINDA SENDIRI MEMAKAN DAGING KAMBING.

Cuba kita renungkan sebentar.. 

Kisah ini diceritakan sendiri oleh rakan Kakkoii sewaktu dia sedang menuntut di Universiti Malaya.

Pada suatu hari..


"Prof, saya ada satu soalan berkenaan pemakanan dalam Islam."

"Silakan."

"Mengapa Nabi Muhammad makan kambing sedangkan kambing itu memudaratkan?"

"Memudaratkan?"

"Iye lah, saya selalu dengar orang kata jika kita makan kambing, kita akan kena darah tinggi atau stroke."

"Ye, memang orang kita berpendapat begitu. Kadang-kadang ada sesetengah doktor pun berkata benda yang sama."

"Persoalannya jika ia memudaratkan, mengapa nabi Muhammad tidak melarangnya?"

"Ok, ini jawapannya. Kambing memang tidak memudaratkan. Malah sebenarnya ia lebih baik daripada daging lain kerana ia mengandungi kandungan protein yang tinggi. Sebenarnya, kadar lemak daging kambing hampir sama dengan kadar lemak yang terdapat pada ayam. Jika tak silap saya 3% je."

"Tapi mengapa orang yang makan tu dapat penyakit?"

"Ini kerana, di Malaysia kebanyakan kambing yang diternak untuk daging adalah biri-biri. Maka yang mereka makan itu sebenarnya biri-biri dan bukannya kambing."

"Biri-biri? Itu kan kambing juga?"

"Ye memang kambing.. tapi spesis yang berlainan. Kambing biri-biri berasal dari kawasan bersuhu rendah. Maka kandungan lemaknya jauh lebih tinggi dan ia berbulu tebal untuk melindungi suhu badan mereka. Itu sebabnya, di tempat asalnya, biri-biri diternak untuk bulu dan bukan daging."

"Jika begitu mengapa di Malaysia ia diternak untuk daging?"

"Kerana bulu biri-biri berkualiti rendah dalam iklim kita. Lagipun ia lebih murah berbanding kambing."

"Maksudnya kambing memang selamat?"

"Ya memang selamat dan bagus untuk dimakan. Cuma kita sukar untuk membezakan antara daging kambing dengan biri-biri."



P/s : Diharap info ini mampu menghuraikan kekeliruan Kakkoiis semua. ^^

14 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

Siti Safiyyah on June 2, 2011 at 10:18 PM said...

owhh.. terjawap jugak persoalan semalam. hehe. so yg teori kata kambing takleh makan tu sebenarnya refer kepada biri2 la ea? ok3 catit dlm otak. :p

Kakkoii on June 2, 2011 at 11:08 PM said...

ss >> yep sebenarnya yg kita selalu mkn tu biri-biri tu yg makan je kene drh tinggi dll...

nisa abdullah on June 2, 2011 at 11:55 PM said...

lgpun itu smua rncgan org yahudi, pendidikan dn pyelidikan yg kita plajari hri ini ialah hsil drpd mreka, mreka memberi kita fakta yg sdkit serong hgga kita mlupakan sunnah rasul kita, mreka berkta daging kambing dan susu kambing itu mudarat sdgkan mreka sndiri memaknnya dan meminumnya krn mreka tahu manfaat2 mgikuti pmknan rasulullah, sdgkan kita terlalu patuh dan mudah percya dgn fakta2 yg dktakan...
P/S: mreka mperdyakan kita mjauhi benda yg terbaik, krn mreka ingin yg terbaik itu hnya utk mreka

Kamal Halim on June 3, 2011 at 12:02 AM said...

aku suka makan daging kambing,terutamanya masak kari.Ada kawan aku kata makan daging kambing ni baik utk tenaga lelaki.Entah betul entah tidak tak tahu pulak aku.Tapi apa2 pun,bg aku,asalkan benda tu halal disisi agama,tak membawa masalah.

acaibudaktepeng.blogspot.com on June 3, 2011 at 12:23 AM said...

daging kambing bakar terbaik...sedap,.

ziera on June 3, 2011 at 2:17 AM said...

kambing steak.... yummy...~
firstime mkn stea kmbing raya ari tu...
nasib baik xpening2 cm kebanyakan org... ^_^

kakrose on June 3, 2011 at 2:37 AM said...

memang suka mkn daging kambing.

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:05 AM said...

farah >> info tambahan, kita jgn sesekali makan organ haiwan kerana ia amat ditegah.. yahudi kata organ baik untuk tambah sel darah... hakikatnya MEREKA SENDIRI X MAKAN ORGAN!

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:07 AM said...

cleverspider >> memang betul kerana daging kambing ni boleh buat badan kita panas.

sesuai untuk suami yg mencari ubat alternatif kepada viagra haha

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:07 AM said...

acai >> memang sodap pun... huhuhu cicah air asam

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:08 AM said...

ziera >> mayb yg ziera mkn tu kambing tulin kot huhu

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:09 AM said...

kakyon >> makn tapi make sure kambing tulin ye

SyahmiFikri on June 3, 2011 at 5:59 AM said...

errr.. yer ke.. selalu kambing biasa la yang org cakap tak leh makan! darah tinggi laa.. anythng else! tapi for me takde apa ponn.. okl jer!

Kakkoii on June 3, 2011 at 5:59 PM said...

syahmi >> bersyukurlah ko x kene penyakit tu... have fun mkn kambing hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011