"Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata diam (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat"
Seringkali kedengaran hadith di atas dibaca sebelum khutbah jumaat dimulakan.. Maka umat Islam semua akan diam dan mendengar khutbah dengan khusyuk.
Di hujung serambi masjid kedengaran sekumpulan kanak-kanak sedang berbual..
"Wei kau tau, semalam ada eksiden depan rumah aku.."
"Ye ke! Sapa langgar?"
"Budak naik motor tu nak elak kucing, pastu dia langgar bonggol. Tergolek katak depan rumah aku."
"Mati ke budak tu?"
"Tak da la sampai mati. Tapi terseliuh pinggang je."
Tiba-tiba...
Zassss~
Datang seorang pakcik melibas tongkatnya..
"Shhhhhh.... Dalam masjid korang duk bual buat apa! Lupus pahala jumaat tu!"
"Dah tu pakcik bercakap dengan kitaorang ni tak lupus ke pahala jumaat tu?"
"Ish budak ni pandai menjawab pulak. Aku libas lagi kang!"
Kakkoii yang duduk bersama dua orang rakan lain hanya memerhati apa yang berlaku.. Al-maklumlah nak tegur nanti luput pahala jumaat.
"Kakkoii, kau tengok tu, garangnya orang tua tu."
"......"
"Dah la cakap kuat gila. Tak segan ke dekat orang lain?"
"......."
"Orang tua tu pun satu, suka-suka je libas anak orang. Buat mati ke budak tu tak ke naya."
"........."
"Nasib baik tak ada yang melatah tadi. Kalau ada dah hilang pahala jumaat dia."
"............"
"Wei yang kau diam ni kenapa? Aku macam cakap dengan patung!"
Sambil memandang rakan tersebut, Kakkoii meletakkan jari di mulut dan secara spontan..
"Shhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"
Dan rakan yang seorang lagi mengingatkan..
"Woi. Tengah khutbah mana boleh cakap!"
Maka luputlah pahala jumaat untuk 7 orang umat Islam pada hari itu...
P/s : Tolong diam ketika khutbah sedang dibaca!
20 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:
kakakakakak ... n3 kk slalu lawak
erk kesian 7 orang tu kan.. :p eh patutnye masa khutbah raya pon kene cakap gak gini. sbb ss slalu bermasalah kalo time khutbah raya. kene tgk2 sape yg duk sebelah masa khutbah. hoho
OoO.... Baru tahu masa khutbah tak boleh cakap.. Ingat dlm kelas je xboleh bersembang dgn kawan masa cikgu ngajar.. Nice info...
elyna >> that's me :P
ss >> x pasal2 member kene khutbah dgn kk lak haha
bella >> erk... speachless
hahaha.. last2 semua habes! kesiann.. jahhahaha
syahmi >> tau x pe... geram betul. kk lak leh je terlepas shhhhhhhh tu
hahaha... pahala dengar khutbah zero ...
khairil >> tau x pe... dah nak abis lak tu khutbahnye...
hahaha sia2 sudah hari jumaat 7 orang tuh..oh rugi2...
syuxer >> huhu memang terasa kerugian yg teramat sgt
hahaha...lawak n ada mesej ;) suka2
hahaha ! lawak2.. lps nie time khutbah jgn bercakap tau ! ngee ~~
HAHAHAAHAH..
BAGUS entry ni..
unsur nasihat, tapi digarap dgn cara yg menarik.. :)
princess >> thx kerana suka artikel kk ^^ suka sgt3
teha >> bek cikgu... saya x cakap lagi huhuhu
cikgu fikri >> trimas kepada pujian yang diberikan ^^
hahahahhahaha, igtkn kakkoii ni kakak
--__--''
pergi khutbah jumaat tiyap2 jumaat rupanya..
maaf~
sorry~ sorry~ sorry~ (soju la plak)
p/s: SHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
opps~ ok,kn dh kne marah! haha!
raima >> alamak kantoi~ haha
Post a Comment