Servis Untuk Lelaki

2011-06-06


Salam sejahtera Kakkoiis sekalian..

Peristiwa ini berlaku sewaktu Kakkoii berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah di Melaka...


"Beb, aku sakit perutlah. Kau tunggu sini kejap. Aku nak pi tandas."

"Ha cepat sikit. Aku tunggu dekat outlet depan tu."


Bad habbit.. Setiap kali ke pusat membeli-belah, pasti perut akan memulas..

Sewaktu Kakkoii sedang melepaskan hajat, kedengaran orang melangkah masuk ke dalam ruangan tandas.


"Boy, masuk dalam ni."

"Daddy jangan pergi tempat lain tau. Boy tak tahan."

"Iye, buat dekat sini je.. Cepat sikit tau."


Kedengaran pintu disebelah Kakkoii dibuka..


"Daddy, zip sangkut."

"Lah, bukak zip pun nak suruh Daddy? Manja betul.."

"Cakap perlahan sikit la Daddy. Orang dengar nanti malu."

"Ish Boy, susahnya nak bukak zip kau ni."

"Cepat la Daddy. Tak boleh tahan lagi ni."

"Eh, Boy bukaklah sendiri. Susah sangat."

"Daddy, tak boleh bukak.. Cepatlah!"

"Sabar la.. Tahan sikit."


Zupp~


"Hah, dah bukak dah. Pergi kencing cepat. Jangan lupa cebok."

"Iye...."


Kedengaran bunyi tandas sedang digunakan...
Tiba-tiba..


"DADDY!"

"Haa kenapa?"

"SERVIS UNTUK LELAKI TU APA?"

"Hah??"

"Ni ada iklan tulis belakang pintu."

"Iklan?"

"A ah.. Dia kata servis untuk lelaki, Sedap punya. TEL : 01X-XXXXXX"

"Errr tak ada apa-apa. Orang conteng aje tu. Jangan tengok."

"Daddy, orang tu siap lukis lagi. Ada gambar orang.."

"BOY, KELUAR CEPAT! KITA DAH LAMBAT NI!!"

"........"


Seorang lagi kanak-kanak telah dicemari pemikirannya...
P/s : Sikap kaum songsang yang mencari makan di pintu-pintu tandas awam secara tidak langsung telah merosakkan pemikiran generasi muda.. Diharap ada tindakan yang akan diambil.

10 Komen Dari Mereka Yg Kakkoii:

diana on June 6, 2011 at 7:09 AM said...

kesian boy...
ada sesuatu yang dah masuk dalam kepala otak dia..
walaupun dia tak paham mesti dia akan cari jalan untuk memahami satu hari nanti..
esok lusa mungkin..

Kakkoii on June 6, 2011 at 7:12 AM said...

diana >> ini adalah faktor yang menyjmbang kepada kerosakan minda budak2 zaman sekarang

kucing on June 6, 2011 at 7:54 AM said...

nti bdak tu kontek...
terus dapat servise sedap pnyer..hahaha.
geli laaa

Kakkoii on June 6, 2011 at 8:02 AM said...

kucing > huh... nakal nye pemikiran ko

Siti Safiyyah on June 6, 2011 at 9:14 AM said...

erkk teruknye. bahaya budak2 zaman sekarang ni. apeee pon dah boleh dapat senang2 jek kan?

Mss Ieza on June 6, 2011 at 9:15 AM said...

hahaha..sian bdk yg pmkirn suci ^^

Kakkoii on June 7, 2011 at 4:51 AM said...

ss >> tu la pasal... itulah kenapa budak2 zaman sekarang senang je terjebak dlm kegiatan negatif

Kakkoii on June 7, 2011 at 4:52 AM said...

miss leza >> tau x pe... sian sgt

Khairil on June 7, 2011 at 6:38 AM said...

geram betul le dgn orang2 yg suka menconteng atau buat vandalisme ni...

Kakkoii on June 7, 2011 at 6:56 AM said...

khairil >> kita bako je deme

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kakkoii-me Copyright © 2011